poster dah dicetak ,dah diedarkan….semua jemaah dan warga setempat dah dimaklumkan ,sejak 2 bulan yang lalu selepas ‘pak syeikh’ minta ditunda ke awal bulan Mei ini.Walaupun agak kecewa pada awalnya tetapi persetujuannya untuk hadir juga …memberi ceramah melegakan hati para jemaah di surau mama.Ya lah beliau seorang yang dikenali di TV,selalu dijemput dalam forum perdana, ada slot agama ditv,jadi ramai yang teruja menantikan ceramah beliau secara langsung di depan mata. Sehingga lah bila dihubungi untuk kepastian disaat akhir, begini jawapannya…..sms yang diforwardkan kepada mama oleh setiausaha surau…..

ustaz.jpg

Ya la kita yang kurang ilmu agama pun tahu…kalau kerbau kita pegang pada talinya, kalau manusia kita pegang pada janjinya…Tapi kalau ustaz sendiri memungkirinya……last minute nak cari penceramah untuk menggantikan tempatnya bukan satu isu tetapi alasan yang diberikan oleh ustaz ini kerana membatalkan bukan menunda ceramahnya terlalu remeh..terlalu kebendaan .Mama jadi susah hati.Jadi gundah gulana bila ada lagi ustaz bersikap begini , tidak berasa cukup dengan habuan diberi…memangpun yang kita offer pun bukannya sedikit untuk satu jam ceramahnya ,rasanya setaraf dengan gaji sebulan kerani …doktor yang buat locum pun dibayar ciput ~RM 4O untuk sejam khidmatnya..kecualilah dia nak samakan tarafnya dengan Mawi ke,dengan CT Nurhaliza.

Masa Dr SHarifah Hayati datang menyampaikan ceramahnya di surau mama baru baru ini, mama cukup sanjung kesantunannya,”berapa dibayarpun saya datang”,katanya lembut…Pulangnya terkesan hati mama bila Dr Syarifah Hayati sebelum masuk ke keretanyanya, menyatakan,”keramahan dan silaratulrahim yang ditunjukkan jemaah disini menyentuh hati saya”.Yang diucapkan dalam ceramahnya dan yang dipraktikkan pekertinya seiring.

pc290838.jpg

Begitu juga Saudara baru,Ustaz Riduan Tee yang ilmunya agamanya masyaallah…mungkin mengatasi kita yang Islam sejak lahir…pun tidak pernah bertanyakan berapa yang akan di bayar kepadanya sebagai syarat persetujuan untuk hadir berceramah di tempat mama..

“Tak ngapa ,kita jangan kecewa…duit yang ustaz tu tak mau, kita boleh buat awning untuk surau kita”…..semua jemaah bersetuju dengan saranan pengerusi.

‘kalau tak cukup , esok makcik nak bagi duit RM 200 untuk tambah mana yang perlu” jelas kecewa hasrat makcik tua yang nak mendengar ilmu agama dari penceramah kegemarannya. tak kesampaian….