azim.jpg

“banyak betul dugaannya, mama,”keluh  Azim setibanya dari sekolah.

“Cikgu nak buat perkemahan KRS hari Jumaat,Sabtu dan Ahad ni.Azim dah jemput kawan kawan datang umah hari Sabtu ni?”sambung Azim berkerut dahi.

Azim memang nak sangat pegi perkemahan tu,abah dah belikan uniformnya lengkap siap ngan butnya  bajunya kemeja hijau bertangan panjang yang tersilap beli patutnya untuk pempuan tu mama belum kerat lagi tangannya, dah bagitau mama sejak sebulan lepas tapi cikgu tak bagitau bila tarikhnya,hari ni baru habaq?.

“Tu la mama ,kalau sambut besdei Azim hari Khamis ni kan tak jadi macam ni. mama dah ubah hari Sabtu plak”gerutu Azim.

“Kan mama dah bagitau ari Khamis ni Azim boleh buat majlis tu tapi ..takada sesapa kat umah,Along takada,Abah kena ambik Along balik kesini petang tu,Arif nak ikut abah gak.Angah ada jamuan perpisahan dengan guru praktikal kat sekolahnya,jadi mc lagik.Azim boleh bergembira dengan kawan kawan hari tu tapi..bagaimana dengan adik beradik yang takdapat bersama sama??, …

kalau Sabtu ni ramai yang dapat bersama,selain keluarga kita, Acu dan Ya ngan Fija.Opah ngan Tok pun boleh datang ngan Ayang.Ien, Own dan kembaq pun mungkin ada sekali,tentu meriah.” pujuk mama.

Azim mengesat matanya yang dah berair…..

“tapi kawan tadi dah bagitau, dah balut hadiah Azim untuk hari Sabtu ni, jadi Azim bagitau cikgu tadi ,minta gantikan tempat Azim dengan Amirul,cikgu setuju”

Abah dah mula tersenyum sambil memandang mama.” kira okey la tu, anak abah dah boleh buat keputusan sendiri.Kan abah dah bagitau dulu dalam dunia ni kita tak boleh dapat kedua dua benda yang kita suka serentak,mesti ada pilihan”

memang….dalam  keadaan tertentu, kadang kadang kita terpaksa membuat pilihan ,walaupun bukan begitu kehendak kita.So besdei Azim esok,26hb ni ditunda pada 28ni….