Innalillah….dan  takziah kepada Dato’ Dr. Adham Baba yang  kematian isterinya, Datin Taibah.Semoga roh allahyarhamah di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman.Semoga sahabat kita dan anak anaknya bersabar di atas dugaan ini…

Di kampung mama juga ada kematian semalam,makcik Mimah yang berusia 66 tahun pergi setelah ~ sebulan menderita barah tulang.Bersinar lembut wajahnya tenang sewaktu mama mengesahkan kematiannya..Walaupun almarhumah bukan nama besar untuk dikenali tetapi keluhuran budinya meninggalkan kesan pada handai dan taulan.masing masing ingin memberi bakti terakhir seikhlas hati dari majlis tahlil hingga ke lianglahat.

“Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan mereka mereka ini kepada kami,dan terimalah mereka kembali disisimu,tempatkanlah mereka bersama sama orang yang beriman dengan RahmatMu…Amin”