Bersambung……dari ICU Gathering 

Ujung minggu itu mama sekeluarga bertolak balik tengok adik di hospital.Setelah hampir sebulan di dalam wad, buat wound dressing setiap hari, phone call dari adik mengatakan ada najis keluar ikut luka jahitan benar benar mengganggu mama.

“Tolong bagitau misi yang nak buat dressing petang ni , tunggu sat hingga kak sampai”pesan mama pada adik.Mama nak lihat sendiri lukanya.

Mak yang dah dekat sebulan menemani adik hanya tengok kat luarannya saja.”Elok, tiap tiap hari depa cuci” kata mak..bila mama tepon tanya.Adik sekarang di wad sakitpuan kelas biasa, ‘third class’.

Petang itu mama sampai tepat pada waktu melawat belum habis lagi…Malam ni mama nak temani adik di wad walaupun mak enggan balik berehat di rumah.

Habis waktu melawat, nurse memakai tudung putih bergaris dua ditepi berwarna ungu , panggil adik nak buat dressing,adik ditolak ke dressing room, baring..kemudian setelah plasternya di buka………..mama lihat ini!

dan ini…. 

Masih dalam terkejut mama tanya nurse,”Doktor dah tengok ka ni?”sambil menunjuk pada cecair kuning berbau najis yang keluar melalui luka jahitan adik.

Tanpa menunggu jawapan mama mencari doktor di kaunter.Ada seorang doktor muda sedang sibuk menulis sesuatu di bed ticket, ada 3 lagi nurse memakai cap bergaris biru di kepala berada di situ.

mama minta dia melihat luka adik,mama minta dia maklumkan pada doktor bahagian pembedahan.Dia enggan, bukan tarafnya untuk memanggil doktor dari unit lain katanya.Dia tepon seniornya,MO .Entah apa di bagitau ditalian mama enggan curi curi dengar tetapi kemudian junior doktor itu dok explain kat mama yang adik akan dilihat oleh doktor bedah esok, ada procedure yang akan dibuat keatas adik,macam sigmoidoscopy untuk tengok usus adikyang tinggal dari colon ke anus ok ke tak?KIV nak re-anastomosis.Nak re-anastomosis dengan parut luka yang tercemar dengan najis macam tu?

Tapi mama mohon untuk bercakap dengan doktor bedah yang on-call malam tu  kalau procedure hospital tak mengizinkan mereka berbuat demikian ,”ini telepon hospital  orang luar tak boleh guna”staff nurse memberi alasan,angkuh dan muncungnya panjang.Mama faham.nak guna tepon sendiri kredit dah abih.

Mama berlari turun dari tingkat 3 kebawah,lift rosak.Mama menerpa masuk wad pembedahan sebelum sempat guard berbuat apa apa.Mama nekad kali ini.

Alhamdulillah….. di hujung wad, mama nampak Dr V**** dengan beberapa orang doktor lain sedang berbincang sesuatu di katil pesakit.Mereka  nampak terkejut dengan kehadiran mama yang tercungap cungap penat tetapi memberi perhatian kepada apa yang mama cakapkan dan berjanji akan melihat adik selepas itu…

Mama kembali ke wad adik ditingkat 3 sekali lagi, berlari naik tangga…penat woi! , bagitau  junior doktor dan tunggu….Tak lama kemudian Dr V**** tiba dengan seorang pakar bedah GIT diperkenalkan kepada mama, terus ke katil adik.

“open it…”serentak dengan itu Dr.V**** dengan tangan tanpa glovenya merobek luka adik dan tangan satu lagi pantas menetas benang benang jahitan adik.Adik mengetap bibir kesakitan sambil tangannya mencengkam tepi katil.”Sakit Dr..sakit!”.Adik menahan sakit.

“give sedation,”respon Dr. V****.Pantas nurse flush injection ke tangan adik.

“esok kita close and re-anastomose” kata Dr. V****.Mama kehairanan. 

Lepas tu kedua dua doktor meninggalkan adik, ke kaunter nurse berbincang sesuatu,meninggalkan adik dengan luka di perut yang terbelah sebegini…

dsc04150.jpgdsc04151.jpgdsc04162.jpgimage002.jpg