Alhamdulillah Yin dah dijumpai..setelah hampir 2minggu di’miliki’ oleh sepasang keluarga Myanmar secara penuh curiga.Ngeri kehilangan Soon Seng(betui ke namanya?) yang belum dijumpai hingga kini memang akan membuat semua ibubapa tak tidor lena memikirkan nasib Yin.Yin seperti ada masaalah attention deficit disorder dan hyperaktif  kelihatannya tak erusik sikitpun emosinya.Ceria  dan senyum .

Apapun kisah Yin telah membuka banyak mata terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara kita.Antaranya:-

1.Keselamatan anak anak kita sebenarnya tidak lagi ‘selamat’ ketika kita di shopping komplek.Kita nak minta tolong pada security guard kebanyakkan Nepalese yang tak pandai berkomunikasi .Engliesh..syeket syeket tau, Melayu tak da fahem..

2.Masuk toilet..Orang Bangla cuci  tandas (kat PLUS pun mereka juga,baru baru ni ..singgah kat hentian sebelah selatan Simpang Pulai, terkejut beruk terserempak dengan Mat Bangla lelakicuci tandas pempuan!Loqlaq betui..).

3.Check in kat hotel…Minah Filipina yang bersih bilik hotel penginapan kita.Kureng sikit adap sopannya.Arif, anak mama yang sedang berendam dalam bathtub terkejut malu bila dengar ” room service”…dan terus masuk!Nasib baik buih buih sabun menyelamatkan keadaan.ehehehe….

4. Kita baru nak duduk makan makan kat gerai.Kanak kanak Myanmar mai dok hulur  tangan sambil hulur surat kebenaran minta derma.

5.Kita dok kat ofis.lagi ramai yang huluq surat …derma, sponsor, etc…..

Tapi yang kesian pada penduduk setinggan di Sentul Pasar, tempat pasangan Myanmar yang me’culik’ Yin yang kena tempias selepas Yin dijumpai.Kabarnya status tanah disitu akan dikaji, dicerobohi atau apakah akan diroboh rumah di situ selepas ini?

Status suaka politik juga akan di kaji?

Apakah pemimpin kita hanya akan terngadah selepas terantuk lagi selepas ini?…