icu1.jpg

ICU tu …artinya I SEE U atau mungkin juga sama dengan ‘saya tengok kamu’ sebab pesakit yang masuk wad kat situ tak boleh bergerak, ada yang taksedar kena ubat bius,ada yang koma…jadi kita yang kena p tengok depa..jadi betui la ICU.

selepas tiga malam dalam ICU, keadaan adik makin stabil.Malam ketiga, dah dekat tengahmalam ~kami(mama,mak,Ma’ie,Apit,Ap dan Along, Halim dan Usup) yang menunggu kat corridor ICU dimaklumkan, adik telah  ditolak keluar ke wad bawah,wad sakitpuan intensif.pastu baru kewad sakitpuan yang biasa dihari berikutnya.

Hari ke5 post op, doktor bedah arahkan jahitan adik di buka semula..wound infection(seperti dijangka),buat daily dressing hingga seminggu pastu jahit semula….

hari hari berikutnya adik beransur pulih .Mak setia menunggu di wad bersama kakAnis,anak kedua adik.Pelawat silih berganti.Kadang kadang maksu akan datang bawa nasi dan lauk dalam mangkuk tingkat/sia untuk mak.Kadang kadang mak lang datang bawa tepung talam dan kueh mueh.Mama bertanya kabar dari jauh.

Suatu hari adik tepon,”Pasai apa misi kata ada najis keluaq ikut tempat jahit?”

“doktor bedah tau dak?” hati mama mula berdebar.

“dah dekat seminggu depa tak mai tengok”

“OOO..memang saya oncall hari ni. Dr.V*** cuti seminggu. mungkin hari ni dia dah balik”

esoknya Dr V*** datang .

Ujung minggu itu, mama bertolak balik nak tengok keadaan adik.