image266.jpgsambung…..

selepas adik ditolak masuk ke OT(dewan bedah) kami semua menunggu di luar ICU(OT dan ICU dalam same building).Di sini mama lihat ramai waris duduk menunggu saudara mereka yang di tempatkan di ICU.Mak memilih tempat yang paling hampir dengan pintu masuk dewan bedah, dan kami tunggu di situ.

“semalam mak tunggu tang ni juga ngan ayah hang,Maie,kakAnis,maksu,paksu,wa,pakcik …………”

Jam ~12.30mlm pintu ICU dibuka,”sapa waris Z******, doktor nak jumpa”jengoi misi dari pintu ICU.Ma’ie bingkas bangun,mama ikut belakang di ikuti oleh mak dan yang lain lainnya.

“dia  ok tapi masih dalam pengaruh ubat bius lagi,kami tempatkan kat ICU dulu untuk pengawasan rapi oleh doktor bius disini,dah stabil nanti baru kami tolak keluar”jelas Dr V****  dalam bahasa yang non medical, yang semua orang kampung boleh faham.Mama enggan bertanya lebih lanjut,dah lewat begini , Dr V**** pun dah letih,mama pun dah mamun.Malam ni kami ramai ramai tido kat corridor ICU walaupun banyak sembang dari tido..bertanya kabar waris lain yang ada dalam ICU.

“saya tunggu adik pempuan , baru umuq lewat 20an, koma kena kencing manis, baru tau.Kawan dia jumpa pengsan kat rumah sewa.doktor kata 50:50″kata lelaki dilewat 30an tak berbaju duduk bersila diatas pelenggaq tepi koridor.

Ada gadis bertudung labuh membaca Surah Yasin dalam teresak esak ditemani emak dan abahnya.Difahamkan adik lelakinya koma,berdarah otak akibat dihentak besi pencangkuk yang dibawa lori kren yang tak diikat kemas semasa adiknya menunggang motor.Baru umur 16 tawun.2 hari lagi sikakak(yang dok nangis tu) nak kawin, kat umah penuh saudara mara sedang buat persiapan.

lebey kurang jam 3.00pagi, sepasang suami isteri mungkin dalam usia lewat 40an dalam keadaan tergesa gesa menghampiri pintu ICU.

“Anak kak kena tikam tang dada, kak tak tengok lagi.kawan dia bawa mai tadi.Depa kata bawa mai tang ni.gaduh ngan bebudak mana ntah, depa tuduh dia ngorat girlfriend depa.Dia baru habih PMR”Laaaa….. pukui 3.00 pagi biaq anak jantan dok melilau kat luar rumah lagi? gerutu mama , mamun ka depa ni?

Pakcik yang dok pelenggaq hujung corridor dah lena ,tangan letak atas dahi.Ada bantai sebiji ,beg pakaian  satu bawah pelenggaq.

“dah 3 bulan dia dok sini,tunggu bini dia.Kata barah dalam perut.Siang dia p kerja , balik gheja dia p tunggu bini dia kat wad,dah habih waktu melawat baru dia mai dok sini,tu la tempat tidoq dia”.

esoknya pagi pagi sebelum misi sif malam balik, mama minta nak masuk tengok adik.Sebelum masuk mama dah pesan pada mak dan yang lain lain.”Jangan dok teghiak nangis depan dia,nanti dia putus harap”

Dia dah sedaq sikit tapi masih drowsy.mulutnya separuh terbuka dengan intubation tube masih di tekak.Nurse dah lap badan dia, dah pakai bedak sejuk kat muka.” masih on sedation” bisik nurse yang jaga dia .

Ni kak ni,hang tak sorang disini,kami semua tunggu kat luaq dari semalam lagi, mak,ayah,Ma’ie dll…..masa payah dah lepas, hang dah berjaya melaluinya malam tadi“Adik angguk lemah.

malam kedua kat corridor ICU…

image268.jpg