selepas itu semuanya senyap…masing masing berdoa untuk adik agar segala galanya berjalan lancar.Mak yang setia menemani adik di dalam wad sejak hari pertama masuk wad sentiasa yakin dengan kebolehan doktor merawat adik.

“takpa, ramai yang dah belah perut,Pah dulupun sakit dalam perut jugak dah brapa kali buat opn, dah sihatpun dia la ni…makcik2  kat sebelah menyebelah kate dia ,pun dah belah perut gak…insya’allah, kita pakat2 doa. tak pa aih!”Mak memberi semangat.

smsMa’ie: dah tolak masuk dewan bedah 2.30pm

tunggu…tunggu…4.30ptg..tunggu…9.30mlm dpt call dari Ma’ieCemas bunyinya.

“Kak, Doktor kata dalam perut dia dah teruk , taliperut dah melekat lekat,ada nanah,ada rambut, peranakan semua kena buang.Doktor tu kata, kerja depa dah selesai dah, ada doktor lain pulak ambik alih,doktor belah pulak dok buat la ni.Doktor kata nak tebuk lubang kat perut ,nak bawa keluaq taliperut kut situ.Takpa ka?” 

” Itu pilihan yang terbaik buat masa ni, insya’allah..takpa” mama menarik nafas , geram..emergency opn,bowel taksempat  prepare betul betul..dalam dah ada pus.Sepsis!…Mama berdoa dalam bimbang.

Pukul 12 tghmalam opn selesai.Dah bagitau Ma’ie esok mama sekeluarga akan balik tengok adik.Adik dah di pindahkan ke surgical ward bukan lagi wad dulu,dulu wad sakit puan.

Mak kata adik dah sedar tapi mak takut nak tengok perut adik, banyak wayar berserabut.selain di tangan,hidung ada wayar, tempat kencing ada wayar,kat perutpun ada wayar.Paling mak ngeri tengok kat tengkok pun ada wayar!

“Hang balik mai tengok la….kami tak tau nak buat apa”

Pukul 5.00ptg kami dah sampai kat wad.ini waktu melawat,adik beradik,saudara mara dah penuh kat katil.Lepas salam salam dengan semua, mama mengadap adik.Mak kata adik baru lepas muntah.Adik nampak pucat,nampak dalam kesakitan walaupun dia cuba tersenyum melihat mama.

Ada tompok basah  warna kuning spt najis kat baju/kain  spital yang adik pakai.Mama selak baju adik.Masya’allah….!

Tak percaya seperti yang mama lihat!najis!najis! melimpah dari colostomy bag yang dah penuh, separuh terbuka dari tapaknya,melimpah basah plaster yang menutup belahan perutnya,melimpah sampai belakangnya.

Apa ini!mama berlari ke kaunter memanggil nurse.S/Nurse datang(muda lagi, agak agak baru posting kot) tengok pastu dia  panggil Student nurse untuk bersihkan.Tarik curtain keliling adik, pastu student nurse pakai glove, pastu…pakat pakat tengok hang aku.

‘Adi adik ni tawun brapa?” saja mama menduga.1’st year “ooo padan la”Pastu p la pangge senior hangpa,kalau tak tau nak buat ,lagi lama dok biaq najis tu atas perut tu ,lagi mudah la dia  dapat wound breakdown dan sepsis.”

“Kami tunggu s/nurse bawa colostomy bag, nak ganti yang baru.”

S/Nurse dok sibuk cari colostomy bag ,takdak saiz!dah habis store dia punggah katanya tak jumpa.

“S/nurse ,u bagi saiz colostomy bag tu , biar husband dia pegi cari kat pharmacy”cadang mama.

Dalam dok kalut tu adik muntah lagi, dia nampak penat.

Mama takut adik tersedak , masuk muntah dalam paru paru.Boleh dapat aspiration pneumonia plak.

” Nurse boleh u call your doctor or pakar bius untuk tengok adik i ni?”minta mama.Tiba tiba terpacul doktor pakar bedah ,Dr V*** yang bedah adik semalam.Syukur….

“What is this!”sergah Dr V*** sambil menunjuk pada perut adik yang penuh ngan najis.Pastu segala galanya jadi kalut.

Mama thanks Dr V*** tentang apa yang telah di usahakan atas adik serta mama nyatakan kebimbangan mama tentang adik yang masih muntah dgn ryles tube,serta perut adik yang semakin kembung dengan lelehan najis dari tepi colostomy site,nampak adik susah bernafas!Adakah ianya normal?

Selepas diperiksa, adik ditolak ke ke bilik HDU(High Depedency  Unit)

selepas magrib, nurse panggil mama, ” doktor nak jumpa”

” adik u nak kena bedah semula,kami syak ada leaking kat dalam ,mungkin anastomosis dia terbuka.Kami tak pasti kecuali buka dan tengok semula.Adik u tak mau sign” kata Dr V*** sambil memperkenalkan 3 orang doktok pakar bedah yang bersama sama mengelilingi adik.

Mama pujuk adik…”Kita tak ada pilihan.Insya’allah adik boleh melaluinya…but please don’t cry.”

“Lepas opn nanti adik u mungkin masuk ICU”bisik doktor bius selepas periksa adik.”

Mama sms bagitau Ma’ie dan yang lain2 yang dah balik umah.Depa kat umah baru selesai baca Yasin untuk adik.”Balik pakat2 baca Yasin kat adik agar di permudahkan” pesan mama pada Rohani dan Rohaya sebelum depa balik tadi.

Mama keluaq bagitau mak yang tunggu kat luar wad.Mak capai beg telekungnya terus ke surau semula.Mama tunggu yang lain2 tiba.

” Aku kesian kat adik hang, awat jadi lagu tu,semalam dah dekat 10jam depa buat dia, malam ni nak buat lagi”ayah menangis hiba.

Tiba tiba mata mama pun berkaca kaca…..