8/11/06 

11.45pm:smsMa’ei:Klinik T*****g  skali lagi.Sakit ari ari.

11.46pm:smskakAnis: kami kt klinik ni.mak sakit.Dr. kata jangkitan kuman.

9/11/2006 @5.46pm

sms-Ma’ei: Kecemasan tunggu jumpa doktor.

Lady Doktor A&E:” ooo ni kak yang saya jumpa kat Klinik T******g semalam ya.Dah scan ada fibroid, UTI.bla..bla..bla…..”.(sambil dia ceritakan pada doktor lelaki yang merawat adik.,doktor yang sorang ni pun tanpa memeriksa hatta walau sekadar meletakkan tangannya pada perut adik yg sakit,tulis surat referral ,rujuk pada klinik pakar sakit puan yang akan dibuka 2 hari lagi sbb weekend, “pegi dapatkan temujanji kat klinik ni, lusa”-la baru nak buat appointment….tengah sakit sangat ni!).

“Patient kat A&E  teramatlah ramainya,mungkin itulah sebabnya doktor pun dah tak sudi nak cek betui betui.Hanya misi kat luaq tadi yang sudi ambik BP “kata adik berprasangka baik.Kalau Prof.Danaraj masih ada dan tau doktor takmau cek patient ,tentu terbeliak biji matanya!silap silap pedih berbekas  perut kena pulas! 

adik balik dalam kesakitan.Mak call mama kesian tengok keadaan adik yang dah telentang kesakitan- sakit perut,cirit,muntah.adik beradik,jiran tetangga dah mai penuh umah tengok adik.

“Bawa mai sini la.Kalau kencing kotoq takkan la sakit sangat macam tu.Kot kot ada masaalah lain sama” ajak mama dalam telepon.

9/112006@9.45pm:

smsKakAnis: Nak berubat macam wan ka?Kami ikut ckp Long la.Depa kata kalau mak tahan, kami p esok.

Memang petang esoknya depa sampai selepas 3 1/2jam perjalanan.Adik memang dalam kesakitan , berjalan pun terbongkok bongkok. Rasa perutnya memang keras dan sakit bila dipalpate.Buat blood test-leukocytosis , buat scan , Dr R****, O&G specialist di hospital daerah disini mengsyaki rupture ovarian cyst! disamping fibroid.

Perlu dibedah…Selepas berbincang ngan Dr. ,adik mohon untuk balik buat pembedahan di hospital besar yang dekat dengan  tempat tinggalnya,senang mak/anak/maklang/adik nak jaga nanti.Dr pakar setuju memandang hospitalnya masih baru, tak cukup kepakaran nak handle kalau kes ini jadi komplikated nanti.Cuma ada dia sorang pakar O & G disitu.Dia buat surat rujukkan untuk diserahkan di sana nanti.

Untuk kepastian, mama call ketua unit O& G di hospital sana, maklumkan keadaan adik.”terus ke A&E dan admit wad “Mama tulis nota kecil disurat rujukkan sebagaimana di arah olehnya.

Mama mohon maaf pada adik sebb tak dapat nak rawat dia kali ini.Ini bukan kes sakit biasa.

Esoknya(selepas 3 1/2 jam perjalanan balik) adik dah dimasukkan ke dalam wad di hospital sana,bawa barang yang perlu dan bersedia untuk di bedah.Kemudian……adik membilang hari 1,..2,..3,..4,..5,..tiada pembedahan?Hari hari mama call adik, masih demam, berpeluh peluh, cirit dan sakit perut masih ada, makan tak da selera.Doktor melawat/merawat silih berganti setiap hari, dari doktor pakar hingga housemen/housewomen ,dari saudara mara hingga orang kampung penuh setiap waktu melawat.

Mama dalam kesibukkan tugas beberapa kali cuba telepon untuk bercakap dengan doktor yang merawat adik tetapi hampa,”doktor outstation,bila mama minta nak bercakap dengan Dr Pakar merangkap ketua unit O&G.

 “doktor sedang sibuk ward round”,”doktor dah abih round”,”doktor tak ada lagi”.”doktor sedang buat operation”..selepas seminggu akhirnya mama nekad call Dr pakar @ketua unit sekali lagi,”‘ooo u yang call hari tu ya?saya out station tak sempat tengok adik u,tapi kami dah bagi antibiotik dah, dia plan untuk cat scan hari ni kan?”

“bukan semua ruptured cyst kena buat emergency opn, kena kawal jangkitan dulu”jwb Dr Pakar dengan tone suara yang tak friendly.

‘tapi saya risau dengar keadaan dia,difahamkan renal profilenya pun tak bagus, white cell count pun tinggi dan terus meningkat setiap hari”tanpa bagitau dia yang mama almost every day monitor rawatan adik.Jangan tanya mama how but mama tau how to do it.

Tapi why? selepas hampir 1 minggu baru plan nak catscan?

“List patient nak cat scan ramai, kena tunggu giliran”…La awat tak habaq kat patient yang dia perlu scan baru bleh confirm?Bleh depa pi buat kat mana mana private hospital.Bawa result tunjuk kat Dr. Pakar.

” Doktor kata cyst dah pecah, ada nanah dalam perut.Nak kena opn hari jugak!”dengar suara adik diujung talian.Talian putus belum sempat mama bercakap.Mungkin adik sedang diprepare untuk opn.

Call doktor yang buat scan,” Ya memang betul, nak kena opn skrg!”

Mama jadi keliru; pagi tadi Ketua unit kata nak control infection dulu,tak leh opn lagi.tu yang simpan dalam wad dekat2 seminggu.Tengahari ni dah kata nak opn plak?…dah pecah ,dah menanah, dah melekat yang pasti..Mama ngeri memikirkan kemungkinan yang adik akan lalui seterusnya nanti……

bersambung……