infusionempathy.gif

Dalam menyusuri umur kita yang semakin takmau berkurang setiap tawun,perasaan  semakin panik dalam menghitung amal yang sedikit untuk dibawa bekalan kesana.Belum lagi yang terpaksa di tolak disana nanti.

berapa jam kita peruntukan untuk beribadat dari 24jam yang ada, sembahyang fardu kalau berjemaahpun paling lama 15minit x5 kali/sehari=75min=1jam 15 min dari 24jam !tupun tidak sekusyuk saidina Ali yang tertusuk lembing yang tak sakit pun ,boleh dicabut diwaktu sembahyang..kerana kusyuknya.

ibadat lainnya?….berjayakah kita menjadikan kerja sebagai ibadat?menjadi isteri/suami sebagai ibadat, menjadi mama/abah sebagai ibadat? menjadi anak/menantu sebagai ibadat?menjadi jiran sebagai ibadat?

Kata seorang ustaz:” kita nak masuk surga adalah atas RAHMAT Allah pada kita, bukan atas pahala ibadat kita”

Sempena Maulidur Rasul ini moga kita beroleh kebaikkan daripadanya serta dapat berusaha menjadi orang yang lebih baik dari semalam kerana:

Orang yang baik; kehadirannya diHARGAI, ketiadaanya diRINDUI,kematiannya diTANGISI.

Orang yang jahat: Kehadirannya diBENCI, ketiadaannya di SUKAI, kematiannya di SYUKURI