Semalam Azim tido lewat nak siapkan buku scrap siviknya.Mama yang memang suka benar bila tengok anak anak mama buat buku scrap sebab itulah masanya depa akan baca suratkabar,belek satu satu helaian paper tu nak cari bahan.Kalau tidak nak suruh baca  suratkabar memang zero…Tapi kesian tengok tersenggok-senggok dia cuba menyiapkannya…esok Azim ada peksa, pastu petang ada motivasi..pastu malam ada tuisen sekolah pastu…pastu…

Last last mama yang kena belek belek suratkabar pulak carikan bahan dan siapkan….Takpa kan cikgu?Sian anak mama….

Along dan angah memang mama dah boleh berbangga dengan buku scrapnya…along menang wangtunai RM 80 masa darjah enam, angahpun dapat cek besaq  replika je jugak masa darjah enam dulu tapi sampai sekarang dah form 4 duitnya tak dapat lagi.Gurubesarnya pun dah bersara.Sian angah…Tapi usaha sekolah tu sangatlah mama hargai.

Malam sebelumnya, mama temankan angah buat projek sekolahnya juga ‘Roket Berparachute’ sampai waktu orang dah bangun tahajjud..baru angah tido rasanya sebab mamapun dah tertidur….zzzzzzzzzzzzzzzzz….

Esoknya angah bagitau,di sekolah ,roketnya naik tapi parachutenya tak leh kembang….pehal?