“Kenapa?kalau kamu balik tengok nenek kamu yang sakit tu… dia boleh baik ke?…”herdik cikgu pikachu bermekap  tebal dengan bengisnya.Kawan Azim yang tak hadir sekolah Jumaat lalu dan terlepas tuisen sekolah dengan alasan mengikut ibunya ziarah nenek yang sakit di kampung  jadi bingung, terkejut disergah begitu….

“Mama, penting sangat ka balik tengok orang sakit macam kita selalu balik tengok makngah tu?”Tanya Azim selamba masa makan tengahari tadi.Kisah kawannya dimarahi cikgu kat sekolah tadi benar benar mempengaruhinya.

Mama sangat bimbang sikap yang cuba di tanam oleh cikgu ni yang sorang ni….Rasa lega apabila Azim percaya bahawa tindakan cikgu memarahi kawannya adalah tindakan yang kurang bijak sebenarnya.

Ilmu akademik yang dikumpul kenalah seiring dengan pekerti mulia wahai anakku..itulah yang membezakan kita disisi Allah….