“mama, awat nasik nya tak mau mai kat Apiz?”terkejut kawan mama bila anaknya yang darjah 1 bagitau tak boleh nak makan nasi lemak yang dibelinya kat kanteen sekolah pada hari pertama persekolahannya.

Rupa rupanya baru dia sedaq selama ini anak bungsu yang disayangi dan manjainya itu ada masaalah nak suap nasi .tak tau nak suap nasi sendiri?Tak tau macamana nak kuis nasi tu ketepi ,pastu jemput masuk dalam mulut.Memang selama ini bila waktu makan dialah yang menyuapkan sendiri nasi ke mulut Afiq.Itu tanda kasih, tanda sayang mamanya pada Afiq.

Mama pun baru sedaq yang anak bungsu mama Arif ,pun ada masaalah nak makan ikan, tak tau nak cubit isi ikan, taktau nak nak buang tulang ikan last last bila tercucuk tulang dia fobia nak makan ikan.Bila ingat ingat kan rupanya mama pun selama ini kalau Arif nak makan ikan , mama yang cubitkan ikan tu, asingkan tulangnya.Tapi mama silap…bila dia dah besaq tak reti nak kute makan ikan sendirian.

Satu hari bila balik kampung, mama kagum tengok Adik Melia yang baru umuq 4 tahun dah pandai makan ikan keli!Habis licin dimakan isinya dengan tulangnya masih tak terusikpun.Pandai Adik Melia….mungkin sebab maknya dah ada adik Haikal ,jadi dia terpaksa berdikari,makan sendiri, suap sendiri.

Teringat cerita pasai belalang  2 ekor belalang, sekor di kurung dalam kotak dan dijamu makan ,sekor lagi dibiar terbang bebas mencari makan sendiri.Bila dibandingkan belalang mana yang lompat lebih tinggi….lompatan belalang yang dibiarkan bebas lebih tinggi berbanding belalang yang terkurung!