Archive for the 'Uncategorized' Category



Reaching for the Stars

Buku yang mesti dibaca!..itu komen mama bila selesai membaca buku Reaching for the Stars terbitan MPH Bookstore hasil tulisan Sheikh Mustapha Shukor; adik angkasawan negara,Dr SMS(Sheikh Muszaphar Shukor).Buku ini mama sempat habiskan sepanjang perjalanan menghantar Along pulang ke Cyberjaya.Entah kenapa bila membaca buku tersebut kandungannya cukup menyentuh hati ,tak terasa airmata menitis walaupun mungkin bukan tujuan pengarangnya berbuat begitu.

Semasa mama sekeluarga pergi bersantai di Jaya Jusco Sabtu lalu,Azim yang sangat sangat mengkagumi angkasawan Dr. SMS , tidak melepaskan peluang untuk memiliki buku ini bila terpandangkan gambar besar DrSMS mempromosikannya di kedai MPH di situ

“Belilah ..niat sedekahkan untuk anak anaknya” kata mama bila Azim senyum senyum sambil menunjukkan pada buku yang di pamerkan di cerminkaca kedai MPH itu.Memang itu hasrat Dr SMS ( baca di sini http://drsheikhmuszaphar.multiply.com/reviews/item/9 8) ,katanya hasil jualan buku tersebut akan digunakan untuk biaya pelajaran anak anak arwah adiknya yang masih kecil; Sheikh Aiman,3 tahun dan Siti Balkish, 18 bulan.

Kisah berkisar tentang kekaguman seorang adik terhadap kejayaan abangnya( Dr SMS) yang berjaya mencapai cita cita menjadi angkasawan negara..rasa bangga seorang adik terhadap abangnya diterjemahkan dengan menulis sebuah buku menceritakan detik perjalanan abangnya ke angkasa dengan niat untuk dihadiahkan kepada Dr Sheikh Muszaphar pabila dia kembali dari missionnya tetapi hasratnya tak kesampaian bila dia meninggal dunia sebelum sempat mereka bertemu kembali.Dia jatuh terhantuk di sebuah restoran dan koma hingga meninggal kemudiannya(sangat tragiskan?).Arwah bercadang nak tanya abangnya macamna dia bersembahyang diangkasa?tak tercapai hasratnya….Memang agak kebetulan bila dia terjatuh dan koma terjadi pada hari abangnya landed di bumi….dan tentunya kata-kata Dr Sheikh “I have found my life in space but lost a life upon return” dapat menggambarkan bagaimana hubungan mereka.

Ini gambar lima bersaudara, kiri sekali Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor ;adiknya Dr. Sheikh.

Yang sangat mama kagumi nilai kekeluargaan yang dipaparkan dalam buku ini.Ia menterjemahkan hubungan akrab antara adik dan abang,bagaimana hubungan ini tidak dicemari dengan sikap cemburu atau irihati atas kejayaaan saudaranya seperti yang biasa kita baca.Kisah sebuah keluarga yang bercita cita tinggi penuh dengan tujuan hidup,bertimbangrasa, sepakat, bertanggungjawab terhadap sesama sendiri dan berbuat sesuatu atas dasar kekeluargaan…Bersatu mengecap kejayaan dan bersama membantu bila tiba waktu berduka…

Jadi pada yang belum memiliki buku ini ..cepat ke MPH sebelum terlambat! cuma RM20..cari nilai kekeluargaan di dalamnya.

tumpang glamer?

berita hari ini:

KUALA LUMPUR: The Prime Minister’s Department and the Malaysian Missionary Foundation (Yadim) will try to assist former child mathematics genius Sufiah Yusof, now aged 23 and fending for herself as a prostitute in Salford, Manchester.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Zahid Hamidi said they would help the gifted girl return to the right path through the “Save Sufiah Programme”.
“The first thing we should try to do is to contact her mother or arrange a meeting with Sufiah to find out the reason she turned to prostitution, offering her services through the Internet, using the name ‘Shilpa Lee’,” he said.

It was reported in the News of the World that Sufiah is now a $130 (RM821)-an-hour hooker operating from her dingy flat.

The “Save Sufiah Programme” is headed by Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim who will come up with strategies to assist Sufiah.

Tiba tiba kerajaan kita begitu prihatin terhadap bukan warganegara kita yang genius bertukar hooker hingga sanggup membelanjakan wang dan tenaga yang banyak hanya untuk insan ini?Menteri wanita di JPM dah takada ke tugas yang lebih penting untuk negara hingga segala tenaganya terpaksa dikerah ke sana semata mata untuk membetulkan gadis ini.Apakah perlu mission khas atas nama negara, atas OGS untuk tujuan tersebut?

Apakah tidak ada individu atau kumpulan Islam di sana yang boleh mengambil tanggungjawab ini?Janganlah kita menjadi seperti menyusu kera di hutan sedangkan banyak lagi remaja di sini yang bermasaalah so’sial’ yang perlu dibetulkan.Nak nama atau nak glamer?

Membetulkan remaja yang dah ‘biasa’ dengan airberbuih memabukkan dan dah ‘ketagih’ nafsunya ini perlukan kesabaran…Apakah perlu gadis ini nanti di tempatkan di rumah perlindungan seperti gadis bermasaalah yang lain atau perlu diberi layanan 5 bintang atas alasan geniusnya dulu?Fikir fikirkanlah….banyak perkara yang dirasakan kurang relevan diutamakan oleh pemimpin kita.

Suatu ketika dahulu Ketua Puteri berhabis tenaga membawa balik seorang ibu Melayu dari Korea yang berkahwin dengan warga Korea untuk kembali ke sini selepas berpuluh tahun takbercakap Melayu ,Ibu yang sanggup meninggalkan anak yang masih kecil di Malaysia semata mata untuk mengikut kasih hatinya ke Korea…pun bukan sedikit publisiti yang diberikan untuk ibu ini diatas ‘pengorbanannya’ itu.Kesian melihat anak anak yang cuba berkomunikasi dengan ibunya yang dah lupa dengan bahasa Melayunya sendiri atau mungkin lupa agamanya dulu.Nampaknya kita dah semakin keliru membantu.

Masih ingat pada gadis yang diambil dari selatan Thai yang kononnya waris Mahsuri,dibawa oleh Menteri Pelancongan ketika itu dan gadis bertuah ini dimartabatkan sebagai keturunanMahsuri dan diberi keistimewaan luarbiasa termasuk biasiswa khas untuknya?Tapi bila mama baca sejarah Mahsuri tu mati dibunuh dan rasanya taksempat mengandungpun , jadi masa bila pulak dia ada keturunan?Atau hanya sekadar lagenda seperti Hang Too Wah lima bersaudara?

pedoman pada yang tinggal…

Lagu ini sebagai pedoman untuk kita yang tinggal……….Ayuh hayati liriknya sungguh  menginsafkan..Antara lagu terbaik Hijjaz.Terima kasih Hijjaz!

kristal tak berharga

“Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku anggota badan yang punya kekuatan dan keupayaan”.Ada tangan yang boleh menyuapkan makan, ada kaki yang boleh diajak berjalan tanpa diajar bagaimana nak mengatur langkahnya.Ada pancaindera dan organ yang sistem nya berfungsi dengan automatik .Bayangkan tiba tiba nak bersin tak jadi..nak BO (b*r*k) takmau keluar.Naknafas tak boleh …ohhhh when you can’t breathe..lagi kalut ..lagi kelam kabut…..Jadi jangan lupa setiap hari berterima kasih atas kurniaanNya.

Pernah kita terfikir suatu masa kita rasa teramat sangat nak pergi ke tandas untuk kencing tiba tiba bila nak kencing airkencingnya tak boleh keluar?jenuh diteran hingga naik meremang bulu roma tapi tak setitispun mau keluar?Mau keluar peluh jantan(peluh betina takada ke?) dibuatnya!.Ini bukan main main ni ..mungkin boleh terjadi kepada kita,kamu atau mama(nauzubillah..)

Makcik berbadan gempal itu datang dengan kesakitan yang didiamkan mengadu sakit takdapat kencing dengan terasa ada macam ‘makhluk asing’ berada disitu menghalang kencingnya keluar.”Rasa macam bergigi tajam benda itu..eee takut makcik”

Mama dengan penuh rasa simpati(kan doc kena empati?) cuba membantu.Ni mesti kes koleksi kristal tak berharga yang dilombong dalam sistem kencing di badan kita.Dalam hati berdoa dipermudahkan urusan…Makcik tu baring dan mama dah bersedia dengan senjata yang perlu untuk konon -kononnya nak tarik makhluk asing tu keluar.Belum sempat mama berbuat apa -apa tiba ternampak benda ini ‘merangkak’(tergolek  keluar sebenarnya) keluar sendiri dari bukaan urethranya.Fuhh!legaaa.Begini rupanya…batukarang makcik tu.”Sebesar biji asam jawa” kata makcik tu ditunjukkan padanya.

Boleh teka batu karang jenis apa kalau begini rupanya?Calcium oxalate?-merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam.Calcium phosphate?-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.Asid urik? - akibat dari serangan gout.Atau Cystin?

dsc06581.jpg

dan amat rapuh sekali;

dsc06582.jpg

bila rimau mula mengaum…

Masa Dalam Alam Percintaan(D.A.P) nampak macam comel sangat dengan bulunya yang lembut; pakat dok belai dan boleh buat main -main lagi,boleh pegang pegang usik usik mana mana bahagian badannyapun dia tak marah.Kukunya dan giginya yang tajam tupun tak perasan sangat masa tu.Boleh dipercayai hinggakan sanggup diajak duduk sekandang.

Tapi….Kita lupa deme tu rimau bukan kucing..Kucing pandai membalas jasa,masih ingat nak balas jasa orang yang baginya makan.Sebab tu kalau kita bagi kucing makan lepas tu dia datang gesel geselkan manja badannya pada kita.. mungkin sebagai terima kasih.Tapi tidak rimau!

Sekarang rimau tu dah mula mengaum;mula mula di Penang pastu hari ni bapanya merangkap penasihatnya dah mula nak ajak yang lain mencakar!Mungkin dah mula masuk fasa kedua nanti dia mula tunjuk taringnya ;Dalam Alam Permusuhan=masih DAP gak kan?.Cakap berdolak dalik; hari tu bagitau siapapun nama yang diperkenan oleh Yang Mulia Sultan akan dipersetujui dan disokong tapi apa dah jadi???

Ini kenyataan Lim Kit Siang yang di petik dari website nya:-

No DAP CEC mandate for PAS MB in Perak

March 12th, 2008 (4 hours ago) The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.

lawak PRU12

dapat ni dari e-mel.Lawak pilihanraya.Ada nak tambah?

DUN yang paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yang paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yang paling panas , DUN Pedas.

DUN yang paling miskin . DUN Sekupang

DUN yang paling muda , DUN Sri Muda

DUN yang paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yang paling basah , DUN Sg Besar

DUN yang kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yang banyak hantu , DUN Pucong

DUN yang ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yang banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yang paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN yang paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN yang banyak air , DUN Ampangan

DUN yang banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN yang paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN yang paling bahaya , DUN Baling.

DUN yang banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN yang paling pelik , DUN Sg  Burung

DUN yang ada binatang , DUN Kijang

DUN yang paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN yang paling tak cantik, DUN Batu Buruk

mission complete…

Tujuan nak ke T.M mencari pokok kesidang aka kerak nasi terpaksa dibatalkan hari ini..panggilan telepon dari MIL(dibaca mak mertua) di T.Intan mengatakan abah tak sihat menukar program hari minggu ini sertamerta.Pagi pagi lagi kami sekeluarga dah bertolak ke T.Intan ~ 30min perjalanan, mama bawa bekal makan untuk dimasak di sana; rebung jeruk-boleh buat masak lemak cili padi ngan bilis, tulang-buat sup untuk abah, ikan kakap -goreng bercili ;cadangan menu untuk tengahari …okey gak kan?

Bila tiba nampak abah terbaring di sofa.Kata mak, abah tersilap makan , muntah muntah sejak semalam..tapi ni dah nampak okey sikit.”Abah heboh nak kamu tengokkan dia” bisik MIL .Ajak dia makan bihun sup yang dibawa berselera gak ditemani abah(dibaca husband),anak lelaki tunggalnya…pastu beri ubat apa yang patut.

Selesai masak hehehe ajak mak ke nursery….tau tau aje kan mission mencari bunga kesidang masih tak complete lagi;.Singgah kat 2 nursery dapat 6 pokok bunga tersebut !Nampak ada hikmahnya kan?Mission complete 2 in 1 lagik!.Dapat berziarah abah dan jumpa bunga yang dicari…

Tapi pergola bersama buaian kat nursery tu cantik lerrrr…kalau bagi bunga kesidang panjat pergola tu tentu cantik nanti.”Nanti ler apek, mama nak balik kira budget dulu…tapi kalau lu bagi halega yang mama minta bagitau okey.”

Tiba di rumah sebelum azan maghrib mama dah siap pindahkan kesemua pokok yang baru dibeli itu ke dalam pasu.Okey cepat berbunga ye.

sheila abdul

lagu yang sedang terhangat sekarang…Mungkinkah oleh Sheila Abdul…tapi siapa Sheila Abdul? sedap suara(mixed misha+ct sarah+ct nurhaliza) tapi takpernah tengok rupanya…

hidup tak selalunya indah…

Masih ingat citer makcik yang mama pegi umah dia…diabetic coma dalam tajuk ‘petang yang panjang” di sini http://drzeze.wordpress.com/2008/01/24/petang-yang-panjang/…Beliau tidak pernah sedar dari komanya dan telahpun meninggal dunia akibat itu.Innalillah..

Anak pempuannya yang menjaganya datang berjumpa mama baru baru ini dengan masaalah baru…

Wanita ini (suri rumah sepenuh masa) agak malang selepas kehilangan ibunya… suaminya pulak terlantar di wad ..mulanya masuk wad hari tu nak buang batu dalam hempedu(just a simple operation kannn) tetapi selepas tu lain plak jadinya..demamnya tak mau kebah..sakit kat tempat operation takmau hilang sebaliknya semakin bertambah..tak tidur malam dibuatnya berdenyut sakit..akhirnya terpaksa pergi semula ke hospital dan didapati suaminya yang ada penyakit diabetic tu mendapat liver abscess (i.e bernanah dalam hati) yang kemudiannya menjadi liver failure(dibaca kegagalan fungsi hati) .yang mengejutkannya suaminya juga ada penyakit hepatitis B yang kabarnya dibawa sejak 20tahun lampau(i.e hepatitis B carrier)….yang dia sendiri tidak tahu sebelum ini…suaminya yang dikahwini sejak 2 tahun lalu(ni suaminya yang ke-2 selepas ditinggal mati suami pertama) tak pernah memaklumkan pun yang dia adalah hepatitis carrier…( kes nanya kann…boleh berjangkit ni…nampaknya JAKIM kena masukkan satu lagi ujian saringan selain HIV screening i.e Hepatitis B /C sebagai ujian wajib untuk bakal pengantin selepas ni hehehe..if not partnernya tak pasal pasal jadi patient gak)

Kini suaminya dah hampir sebulan terlantar dalam wad..perut semakin buncit dengan badannya dah jadi kuning seperti kunyit..suatu gambaran yang tak berapa menggembirakan….Dan sejak itu dialah yang berulang alik ke hospital yang sejauh 60km dari rumahnya dengan bas..disamping menjaga anak anak suaminya yang masih bersekolah rendah.(dia sendiri tak ada zuriat)….di hujung kampung itu.

“Doktor hospital suruh saya cek darah kerana katanya penyakit ini boleh berjangkit” akhirnya dia bagitau tujuan sebenar dia datang hari ini…

ubat oh ubat…

pill_reminder_hand.jpg

Anda ada pakai gelang tangan? errr..bukan you..maksud mama ni mama tanya yang bernama lelaki..Hari ni mama tengok dah macam satu trend la pulak..kaum lelaki bergelang di tangan tapi bila diselidik rupanya ini bukan sebarang gelang..kononnya gelang magnetik…harganya pun buleh tahan gak;dari titanum(eh ye ke?),platinum ,stainless steel hingga ke aluminium kategorinya.Rata rata yang lelaki dah bergelang tangan.Para alim ulama pun mula mengeluarkan pendapat yang berbeza beza pandangan untuk memberi hukum pada lelaki yang bergelang tangan…Nak kena tepuk dada tanya selera gak ke?…

“Errr doktor boleh ke pakai gelang ni?”tanya seorang makcik yang berdarah tinggi sambil mengeluarkan gelang berwarna biru diikat dengan ‘besi’ disekelilingnya dari handbagnya.”Rasa kebas sikit tangan ni lepas pakai gelang ini; tapi yang jual hari tu kata gelang ni baguz itu bagi darah berjalan( sejak bila pulak aliran darah perlukan magnet extra untuk berjalan lancar ni ?).”Kalau tak leh pakai rugi rasanya mahal saya beli ni RM 700 hengget satu ni”

Mama belek belek gelang biru yang nampak macam manik koran yang selalu di jual ditepi jalan Tunku Abdul Rahman di KL atau reganya kurang RM50 hengget di Pacifik Aloq Setaq.Kenapa mahal sangat?

“Orang tu cakap ni bukan gelang biasa sebab tu harganya mahal,yang kat kedai biasa tu lain yang ini lain”mama senyum dengar penjelasan makcik tu.Selalunya benda benda gini bermusim sekejap aja…macam musim spirulina, musim propolis,musim kopi gano,musim aloevera atau musim jelly gamat…Orang kita cukup minat dan tak banyak pertikai untuk mencubanya walaupun kadang kadang harganya yup!taklogik langsung;lebih mahal dari harga ubat kencing manis atau darah tinggi yang dimakannya setiap bulan..tapi demi jaminan dan kelentong tanpa bukti klinikal atas dasar boleh menyembuhkan penyakit maka sanggup pesakit ini meninggalkan ubat yang digunakan sebelum ini.

Seorang pakcik kehilangan isterinya sebab terlalu percayakan yang ubat titis yang berharga RM40 sebotol sebesar saiz ubat titis mata tu yang hanya perlu dititik dalam mulut 3 titik sehari yang dikatakan cukup untuk merawat diabetis isterinya..sanggup berenti makan ubat yang doktor bekalkan semata mata percaya simptom muntah,pening isterinya selepas itu kononya ‘berkesannya’ ubat itu ;kerana itu pesan si anaknya yang bekerja di bandar yang hantar ubat itu untuk ibunya  selepas menjadi ejen jualan langsung ubat berkenaan…Sejak bila ejen jualan langsung mengambilalih tugas doktor?Akhirnya isterinya terlantar koma diabetik acidosis sehingga akhir hayatnya…

Pakcik dihujung kampung sanggup bayar RM800(banyak duit deme ni kan) hanya untuk ubat yang dijual oleh tabib Cina yang bertandang ke rumahnya.Ubat darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung serta gout yang dimakan sebelum ini ditolak ketepi atas ‘nasihat’ tabib berkenaan yang takmau ubatnya dicampur dengan ubat lain. Nasihat isterinya dan anaknya yang risau melihat dia yang semakin sembab membengkak tak dipedulikan …Akhirnya isterinya menjanda dan anaknya jadi anak yatim selepas itu.

Seorang janda; penoreh getah yang sebelum ini kurus kering menjaga aruah suaminya yang lamaaaa terlantar sakit tiba tiba mengejutkan mama bila datang ke klinik baru baru ini dengan perubahan yang ketara pada muka dan badanyanya.Muka moon face dan badanNya yang dah gemuk gedempol tu mungkin setelah makan makjun ‘kuat’ yang dibeli makcik yang datang menjual ubat dari utara itu.Mungkin makjun itu dicampur steroid itu yang jadi cushinoid gitu.

Sorang makcik muda bersuamikan lelaki berusia 70an, datang menjual kopi ‘kacip fatimah’ yang didakwa boleh menguatkan stamina pempuan dan kopi ‘tongkat ali’ untuk menguatkan kejantanan lelaki.Mungkin frust dia bila bagitau mama tak minum kopi(ehehehe mama minum cuppucino )….walaupun dia nak bagi free.”Ni budak budak universiti banyak beli ni..terutamanya yang pempuan depa beli yang ini” sambil menunjukkan kopi ‘kacip fatimah’ yang kononnya power tu.

Mama terkejut, letak pen dan memandang makcik tu;”Makcik! ,yang budak budak pempuan yang masih belajar dan belum kawin kat u dok minum kopi tu buat apa?Depa nak kacip apa nanti?”soal mama.”Dan yang lelaki kalau dah bertambah ‘jantan’nanti kan susah jadinya”…Benda aphrodisiac yang ditambah dalam makanan atau minuman gini boleh menambah ransangan nafsu yang kononnya boleh jadi ‘kuat’.Pastu kalau dah teransang…duduk dalam bilik dah jadi macam kucing nak mengawan tu nak buat macam mana?Kalau dah kawin tu tak apa la jugak..Uish!makcik biar betul promo makcik ni..Udah ler dok pegi jual ubat ‘kuat’ kat deme to biar diaorang belajar dengan tenang..usah menambah masaalah ’so sial’ di kampus tu lagi….pesan mama pada makcik tu .

mban1113l.jpg

« Previous PageNext Page »