sesi santai bulan puasa
August 28, 2009 at 5:28 am | In Uncategorized | 3 Comments
Hapit dan sikecik Hadif ..


Nabila dan adiknya Akmal yang rajin menyapu..wakil MPPP ehehehe.




Amy plak bertugas..Wakil dari MPPP gak
Lepak di taman plak..


aktiviti dalam umah..cam selalu kanak-kanak cyber taklepas ngan tenet


emak gelak sakan bila ayah buat lawak..jap jab nak buat rambut pacak cam Haikal sebelum mama petik kamera..
Ok tak rambut ayah?

All in one

masa berbuka..anak-anak di ruang tamu.respek depa puasa…yang dewasa di dapur..

Dekna sempat buat lawak lagi tergelak Amy..yang lain tensen laparr


Amin……. moga puasa kita diterimaNya
Mortaliti H1N1 ..
August 15, 2009 at 7:01 am | In health issue | Leave a CommentTags: H1N1
Kata menteri kesihatan 40% pesakit H1N1 yang meninggal akibat lewat mendapat rawatan..
Itu kata menteri yang mungkin dapat figure dari staffnya..tapi dari pengamatan mama ada beberapa tindakkan pembetulan yang perlu dilakukan di peringkat pengkalan hadapan perkhidmtan hospital atau kLINIK Kesihatan..
Kualiti pengesanan yang tidak efisen dan juga pemeriksaan terhadap kes yang dianggap ringan simptom yang dibuat sambil lewa mungkin menyebabkan banyak kes -kes akut menjadi komplikasi teruk kemudiannya…
Alasan makmal Sg.Buloh dah tepu dengan specimen,wad padat ngan patient dan orangraamai takmau bekerjasama hanya alasan remeh yang ada langkah penyelesaiiannya…
Doktor yang diletAkkan di emergency unit,OPD atau di klinik yang keletihan tanpa betul-betul memeriksa pesakit(patient meningkat berkaliganda oooo but please peksa depa ni betul-betul) mungkin terlepas pandang kes yang ada co-morbid feature spt kencing manis, ibuhamil ,obese dll yang mampu berubah gejala menjadi teruk dengan tiba-tiba..
Pernah mama terpaksa call tanya doktor kat emergency kat sebuah spital kenapa takmau admit patient yang mama rujuk..Kenapa patient yang obese,demam panas tahap maksima dengan penat ,batuk dengan dada penuh crept dan wheezing tu dengan gejala H1N1 tak layak masuk wad?
Jangan kata wad dah penuh sebab masa tu baru kes nak menular..wad lengang lagi..
.takcek pun tahap oksigen… tak di x-ray kata isterinya yang juga bekas nurse dispital tu dulu..Awat jadi macam tu?Adakah alasan takmau mendedahkan patient pada sinar-X yang membahyakan(doktor tu habaq camtu kat mama) boleh diterimapakai dalam kes ini?
Setakat bagi nebuliser pastu disuruh balik umah itu kat klinikpun ada..pastu mama susahhati bila patient panggil mama semula sebab sesak nafas dan demam panas nya takmau turun…bila mama tanya bos besar kesihatan kat state apa kriteria depa nak bagi patient masuk wad? beristifar dia bila tau doktornya kat barisan hadapan manage pateint cam tu sewaktu dalam wabak begini ..Baru kelam kabut nak masukkan patient ke wad..baru nak x-ray baru nak buat itu… nak buat ini…bla..bla..bla..Tak syok la kerja cam tu.
Dah tu bila patient mati, depa report patietn lewat datang dapatkan rawatan tak gitu?
Tu la hangpa asyik buat meeting ja..maklumat taksampai kat orang bawah..surat arahan simpan kat bilik pengarah je ka?sekali sekala turun la tengok depa buat keja camna.Takkan kat emergency unit bagi MA ja tengok kes malam-malam ..doktor on-call pi mana?Mungkin kat spital besar benda ni takberlaku tapi kat spital kecik ,yang orang kampung takreti komplen doktor on-call boleh tido lena malam-malam..kes bagi MA tengok ..(seronok nooooo dok komplen pasai orang hang ni…sambil menunjuk diri sendiri.dah tu patient mai dok bagitau camgitu…mama yang risau… dulu-dulu mama kerja tak buat camgitu pun.Awat la ni jadi gitu?)..
Mama bukan kata semua camtu tapi bila berlaku banyak kematian begini kita kena kaji setiap rawatan kita dimana bolosnya jangan buat kesimpulan yang menyimpul belit KKM sendiri.
fikirkan lah
August 11, 2009 at 8:48 am | In Uncategorized | Leave a Comment3 stages of life..
1.Teen age:
Have Time + Energy …but No Money

2. Working Age:
Have Money + Energy …but No Time

3. Old age:
Have Time + Money …but no Energy

Take a break my dear..
August 10, 2009 at 5:39 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: perhimpuna perdana PPIM SC 2009
Anak-anak RCMP( Royal College of Medicine Perak) yang very hardworking..aunty hargai usaha kalian semua..

semua dah keletihan..di final meeting ..Nur cahayo(bukan nama sebenar), pengurus program sempat buat joke lagi.

PERHIMPUNAN PERDANA PPIM STUDENT CHAPTER 2009
August 7, 2009 at 10:12 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: PPIM 2009

Akhirnya segala susah payah penat getir anak-anaak medic RCMP berusaha merealisasikankan perhimpunan perdana PPIM student chapter 2009 sudah mencapai kematlamatnya…
Mama ucapkan….
Selamat berhimpun dan berukhwah kepada semua para peserta Perhimpunan Perdana PPIM student Chapter 2009 di K.Kangsar dan Cameron Highland ,dari 7-11 Ogos ini.
Kepada anak-anak RCMP yang menjadi penganjur program teruskan perjuangan………
Taksabar nak jumpa kalian di sana.
dariNya kita datang
August 5, 2009 at 1:45 pm | In Uncategorized | 1 CommentSenin ,3 Ogos 2009 ayahanda kesayangan Ila,my SIL telah kembali kerahmatullah… kesembuhan hakiki dari penyakit yang dihidapinya selama ini.
Innalillah…
Mohon rahmat Allah moga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Orang yang baik, kehadirannya disanjungi…matinya ditangisi..
Moga Ila dan keluarganya diberi kesabaran dan kekuatan dalam melalui kesedihan ini.
Surga Cinta
July 27, 2009 at 9:39 am | In Uncategorized | 6 Comments
Filem komedi dakwah yang agak menarik patut di tonton oleh remaja yang ketandusan filem cinta bercorak dakwah…
Antara dialog dalam filem itu:-(syuhada=lakonan Heliza,Irham=lakonan Awal)
Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.
Irham:Tiga?
Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
Apa pendapat anda, setujukah begitu?
Demam lagi..
July 23, 2009 at 8:16 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: chikungunya fever, demam Chikungunya
Salam Syaaban..
Semenjak dua menjak mama perasan dah ramai pulak yang datang dengan demam mengejut,sakit sendi-sendi dan ruam di badan cam campak@measles..demam bongkok@Chikungunya kembali lagi..
Kalau masih ingat posting mama 7hb Julai tahun lepas wabak Chikungunya bermula kan?Wah sekarangpun dah Julai kembali dan nampaknya virus tu cam menyambut ulangtahun serangannya pulak.mula mengganaz kembali…tapi sasarannya kini di kampung yang lain plak..mula menjangkitkan jiran dan jiran sebelah menyebelah..
Memang sangat senang berjangkit bila ada jiran-jiran yang masih kuat mengamalkan budaya ziarah orang sakit..tapi mereka menziarah di waktu makan nyamuk tu …waktu petang ler waktu santai kan( baguz budaya tu memang dituntut pun tapi mungkin kena ubah waktu menziarah tu.)..kan dah tau perangai Cik Aedes time hisap darahnya antara 5ptg-8 mlm …so bila jiran-jiran keliling berkumpul di rumah pesakit yang demam Chikungunya waktu tu senang ler menggigit mangsanya..takperlu terbang jauh kan..?So tu yang ‘terkena’ badi orang sakit tu ,lepas ziarah orangsakit mula la rasa seram sejuk plak.Lenkali bawak ubat nyamuk masa menziarah ehehehe..sure nyamuk takut nak dekat..
Fuhh! sabar ajelah ..tentunya Vektor unit kat JKN taktidor malam bila terpaksa bertarung ngan nyamuk yang kecik tu..denggi merata-rata, ini Chiku plak tiba..H1N1 mujur tak dibawa nyamuk jugak kalau tidak haruuu biru jadinya…
Bila tamu bertandang meriah..meriah..
July 12, 2009 at 5:29 pm | In Uncategorized | 8 CommentsPagi semalam mama menunggu tetamu- tetamu istimewa..tamu dari jauh yang ukhwah sudah lama terjalin..Kumpulan HIJJAZ ,keluarga Munif dan Isman akan datang bertandang..Abai tak dapat walaupun awalnya mama mengidam sangat Choclate Moist Sarah..ehhee..mungkin takde rezeki kali ini..Ikin pun akan turut serta..tentu meriah dengan kehadiran semua..
Petangnya Pakcik Peli sekeluarga juga akan datang bertamu dan bermalam..alhamdulillah tamu datang membawa rahmat.
Dah plan nak masak apa …dah agak lewat ke pasar pagi itu.Lebey kurang 9lebih baru balik pasar.
Tapi takjadi hal kerana dapur mama yang 3tungku dalam satu dapur banyak membantu sekali masak semuanya..sebelum 11.30 pagi dah siap menu hari tu.
Nak tau apa?Meesup utagha, pulut lemak dengan kuah durian,nasi putih dengan rendang pedas ayam,udang masak bercili ngan petai dan ikan masin…



semua dah siap terhidang.Angah siapkan air minuman.Along tolong hidangkan kat depan…tapi mama tau feberet mereka semestinya tropikal fruit terutamanya durian,rambutan,manggis serta dukulangsat.

Munif dan isteri serta anak-anaknya tiba dulu di ikuti Isman sekeluarga,ikut serta anggota kumpulan Syifa, Zidan n kawannya Nasir…
Jom layan gambar..

Anak-anak semuanya teruja dengan sirabbit,JUJU dan biarkan JUJU, melayan mereka..

menikmati durian;

Putra Aiman

Anak ke2 Munif..cian demam plak hari tu katanya;kenapa duriannya ni rasanya masam?

Yang cute ni anak bungsunya..minat sgt ngan rabbit.

Faroq hero Isman,

Kakngah

Simata bundar ,anak yatim yang coba dibahagiakan Munif sekeluarga









Gambar ramai jadi kenangan.

Aduhai cik Aedes durjana!
July 4, 2009 at 2:02 pm | In Uncategorized | Leave a CommentTags: denggi

Seminggu Zam terikat dengan drip di katil gara-gara tikaman nyamuk Aedes..berdebar melihat plateletnya menurun dari sehari kehari..seperti berdebarnya Zam menunggu bil rawatan bila discaj dari spital yang gah di Ampang tu nanti..ehehehe mujur spital panel.
Alhamdulillah… plateletnya pulih dah melonjak kembali selepas hari ke-7 melepasi tahap kritikal…doa Mak & ayah yang berada disana sepanjang Zam terlantar diwad terkabul jua akhirnya..
Cuma awas untuk secondary infection yang mungkin lebih serius selepas ini..ehehehe mungkin kena pakai kelambu sepanjang masa atau bawa insect repellant kerana Cik Aedes betina tu memang suka sangat mencari mangsa untuk parking virus denggi tu.Jangan dedahkan diri pada gigitan nyamuk semasa dinner atau breakfast nyamuk ini….
INGAT 5.00-8.00 iaitu waktu nyamuk ni breakfast dari jam 5pagi-8pagi dan waktu dinner timenya 5ptg hingga 8malam.
* Cuma agak terkilan dengan sikap staff di hospital canggih ini..mungkin gah nama pakar dan alatannya tetapi gagal mencanggihkan budibahasa staffnya.Mungkin kena fikir dua-tiga kali kalau nak ke spital ni lagi..

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.