Pantang lepa aja malam-malam dia akan menyusup masuk ke bilik anak pempuan saya yang nak ambik SPM tu…Dia cuba meraba dan memeluk anak saya,tak senonoh betul perangainya.
Bukan sekali dua begitu, dah selalu sangat.Bila anak saya kunci pintu biliknya malam-malam,teruk kami akan diamuknya..dia jadi ganas ,tendang sana, tumbuk sini tak bagi pintu bilik dikunci.
Tau la kederat bekas askar ni , Saya sebagai isteri dah tak sabar dah ngan perangai dia.Dia macam dah jatuh hati dengan anak dia sendiri hinggakan masa bersama saya pun dia asyik bayangkan saya ni anaknya, dok sebut nama anak saya tu

keluh si isteri berusia lebih setengah abad ini mengadu.

Mengarut sungguh bapa tua ni.Sakit jiwa jenis apa ni?
Peliknya sang suami durjana ni tak sedikitpun menunjukkan rasa bersalah dengan perangai jahatnya tu sebaliknya dia rasa sepatutnya dia berbuat begitu kerana sebagai balasan menjaga anaknya dari kecik!…Gila!!!

Mama berkerut dahi heran campur pelik..Salah siapa?

Nak kata tak cukup ilmu agama ..kopiah sentiasa di kepala,tasbih ditangan, amal ibadat tekun tapi tidak mampu mencegah nafsu jahatnya.

Anak dara suntinya berpakaian menjolok mata ke di umah ke?
“Mana ada,dalam ramai-ramai anak dara saya 7 orang ,anak saya sorang tu yang suami saya minat sangat..anak saya ni bersekolah agama, bertudung labuh, di rumah pun dia bertudung litup depan ipar-duai.Kesian dia, tekanan betul ..dia sentiasa takut..ni tengah peksa pulak. ”

” Gamaknya ini akibatnya suka tengok filem lucah dulu kot.Masa muda dulu dia bukannya baik sangat.Masa kerja dulu dia suka sangat tengok filem-filem lucah walaupun jenuh saya melarangnya.Inilah kot balasanNYA”

kesimpulan si isteri ini , nampak sangat tertekan dan kecewa dengan perangai haruan makan anak ,suaminya.
Padanlah bertambah statistik sumbang mahram di negara kita..