peringatan bagi yang lupa-MAK KU SAYANG
October 13, 2009 at 5:24 am | In family | 8 CommentsMinggu lepas mama dan famili berpeluang balik kampung selepas bercuti raya ..walaupun rasanya baru je balik tapi rindu ngan kampung sentiasa berbunga..jumpa mak dan ayah yang dah berusia.

emak dan cucu-cucunya
Mak cam biasa akan kalut sediakan makan kegemaran..dan kali ni KakAnis dah bagitau mak sibuk buat ketupat palas lagi bila mama bersungut raya hari tu takpuas makan ketupat mak..

Bila sampai atas meja ada ketupat, dah masak seperiuk..masih panas-panas.. baru masak dan lahap sekali kami menikmatinya dengan rendang daging yang adik masak.

Mak bangun duduk dimeja bila mama bagitau ada beli kuetiew goreng kegemarannya..dulu mama selalu beli KFC bila balik tapi mama terlupa yang mak tak suka makan ayam KFC..jadi tanpa mama perasan itu bukan makanan emak..yang laju makan anak-anak Ribena ehehhee mak nak makan apa? yang selalu ingat makanan feberet kita…mak.
‘Awat ketupat mak jadi gini’ abah bersuara tiba-tiba ..baru mama perasan ketupat palas yang mak balut dah tak sekemas dulu..dah tak seketat dulu cam yang mak selalu komplen bila mama dan adik balut ketupat tu..yang jadi cam herot berot dan nampak nasi pulutnya terkeluar disana-sini dibucunya yang ber3 segi tu..tak kemas kata mak.Tapi kali ni ketupat palas mak dah sehebat dulu.
Tiba-tiba airmata mama jadi tergenang..Jadi sayu.Baru mama sedar Mak sebenarnya dah semakin tua… dah semakin letih..dah takmampu nak ikat ketupat tu kemas-kemas cam selalu… tapi mak tak pernah bersungut.Bila kami balik emak akan ligat di dapur sediakan itu ini …pastu dia akan berbaring di bilik ‘rakamannya’ bila semua makanan dah siap..
15 haribulan Oktober ni genap umur mak 64tahun..lagi dua hari moga anak-anak dan cucunya akan mengingati tarikh itu.Mungkin takder suprise kek cam yang Along dan cucu-cucunya lakukan pada tahun lepas tapi mudah-mudahan tarikh itu akan di ingati..
Puisi ini menceritakan segalanya ,…….
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. MakBila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. makBila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. makAku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. makBila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. makkalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. makBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. makBila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. makBila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakkuBila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. makBila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat akuBila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon makSelalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emakRenungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
8 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Anak-anak cucu nampaknya dah kena mula belajar bungkus ketupat daun palas… baca tulisan k.z ni teringat pada tok tuna, Alhamdulillah masih hidup cuma semakin hari semakin tak sihat & lemah tapi bila anak cucu balik kampung dialah yang paling kalut. Raya baru2 ni siap pulun masak gulai seperiuk besar sbb nak jamu anak cucu, kesian jugak… then balut ketupat semua orang dok harap kat dia sbb dia ja yg terra, yang lain2 smua bungkus ketupas jantan jadik ketupat betina isk isk, so dah nekad nak belajar bungkus ketupat… satu hari kita akan ada anak2 cucu2 sendiri, pada kita pulak la depa nak bermanja, tapi klu kita pun masa raya dok harap ketupat cap Nona ja payah la… ketupat here I come!
Comment by syalinamd — October 14, 2009 #
tuna,
tok tuna brapa umornya masih kuat masak lagi..siapa gulai seperiuk dan ketupat hebat tul!
ya betul..kena belajar sebelum ilmu tu pupus..
Comment by drzeze — October 14, 2009 #
Dah tua sangat jugak k.z, nak berjalan pun tak larat sangat tapi dia gagah jugak buat keje… isk isk isk…
Comment by syalinamd — October 15, 2009 #
tak der nak cakap. nak nangis jer. MAAAAKKKKK!!!
Comment by atie — October 15, 2009 #
Hepi Besday to Mak (15/10/2009)
Terima Kasih kerana berjaya menjadi ibu yg the best & tok yang sentiasa peka dengan cucu-cucunya….. Semoga dipanjangkan Umur + sihat sentiasa, & Semoga Selamat di Dunia & di Akhirat.
Amin………
Comment by ila — October 15, 2009 #
semalam tok dapat 3biji kek …2dari Perak, 1 dari KL..meriah tok sambut hari jadi kali ni..
Mak sms ucap time kasih *terharu..
Comment by drzeze — October 16, 2009 #
Rezeki tuh….
Wassalam
Comment by ila — October 16, 2009 #
baru balik dari kg kelmarin,rasa puas duduk 3 hari 2 malam.Anak-anak gembira sangat.Akmal siap duk komplen kata kami bilang hari silap,dia kata baru tidur semalam saja, x puas.Wan duk gelak tengok gelagat dia,pagi-pagi dia mai habar kat wan dia kata ayam kat rumah tok boleh cakap.sebenarnya ayam tu berkokok waktu pagi.Time kami balik pulak musim budak2 kg duk cari ikan darat,merasa la makan ikan keli bendang digoreng sambal tumis kak zaharah yg sedap tu..
Comment by rohaya — October 20, 2009 #