bila tamu datang bertandang Part2
July 14, 2009 at 12:40 am | In family | 3 CommentsSambung citer..
Selepas rombongan Hijjaz dan Ikin pulang..Pakcik Peli pula tiba dengan keluarganya..Pakcik yang telah diwarning dengan kehadiran bau durian (dia sangaaaat taktahan bau durian) belum sempat minum apa-apa lagi ,Pakcik tiba-tiba pening dan muntah teruk bila masuk umah yang masih berbau aroma durian disluruh umah..ehheee cian dia..terpaksa mama belikan sebakul Arang@charcoal diletak ditengah ruang tamu untuk menghilangkan baunya..dan Pakcik terpaksa di kuarantin sementara dalam bilik..Fuhh! mujur charcoal dapat membantu..

Bersama Pakcik dia bawa anaknya,Ahh yang baru hamil 10minggu juga masih morning sickness dan anak KakTam,Mat Syauqi yang juga demam setelah 2minggu belajar di UTM..dua pesakit yang perlu dirawat hhehe..

Esok pagi minggu..selesai sarapan pagi, nasi lemak ’special edition’ yang mama sediakan baru dapat berbual santai dengan semua..
pakcik pun dah okey cuma menceritakan sayu hatinya dengan anak nya yang dah berkerjaya hebat,menjadi harapan keluarga tapi lupa pada keluarga setelah berkahwin(nak jadi siTanggang ke?kenang kembali asal usulmu dulu..) dulu anak ini yang ditatang bagai minyak yang penuh tapi kini seolah terputus kasihnya..tepon takberjawab, dah lama tak balik melawat mereka walaupun Pakcik tau anaknya itu pasti melalui jalan yang yang sama untuk pulang ke umah mertuanya tapi kenapa tak sempat singgah umah sendiri(kalau hang terbaca blog ini…nasihat mama ..pulanglah menjengok mereka ..rindunya pada kamu dan cucunya yang belum pernah dia lihat… mama nampak dalam genang air matanya bila bercerita pada mama… walaupun mama cuba pujuk hatinya supaya sentiasa memaafkan silap anak dan mendoakan agar hati anaknya lembut untuk pulang semula ),
Syauqi masih demam dan Ahh nampaknya boleh tolerate nasi lemak mama setakat ini..tiba-tiba bunyi hon depan umah.Eh? siapa pulak?

Lop Rizal, sepupu abah datang sekeluarga!.ehehehe..Rizal pernah tinggal ngan mama semasa menunggu result SPM suatu masa dulu..Masa tu along baru lahir dan dialah yang rajin mendokong Along ke hulu ke hilir bersama my MIL bila mama yang ‘mamun’ masa bertugas oncall selang sehari di O&G spital KB (masa tu bertugas di bilik bersalin di spital tu.. bizi tahap maksimum!anak pun taksempat nak tengok tau..Along yang sakit pun my MIL yang kena bawa pi klinik!zalim kan? ) .. Rizal sangat manjakan Along yang pernah dijaganya semasa kecil..dan kasihnya pada Along masih menebal katanya.Buktinya duit raya yang diperuntukkan untuk Along berbeza dari yang lain..pssst Along jangan bagitau adik-adikmu yang lain tau..dan sekarang Lop Rizal sibuk jadi usahawan ikan keli.siapa yang berminat boleh hubunginya…dan Along tolong siapkan websitenya disini
Selesai makan makan semuanya dah bertolak balik..Selepas zohor,Mama dan abah bergegas bersiap nak hantar Angah pulang ke Penang…zzzzzz sepanjang perjalanan.
Kami tiba di rumah dah hampir 9.30mlam….
3 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Memang kesian tgk makcik n pakcik time dtg umah aritu…
Moga dilembutkan hati anaknya utk ingt, pulang, n minta ampun pada parent dia…
Amin…………..
Comment by ila — July 15, 2009 #
Ila,
Kadang kadang anak keliru antara kasih dan kekasih.
Takmau dia hanya pandai berpantun gini;
nasi lemak buah bidara,
sayang selasih saya lurutkan,
Tinggal emak buang saudara ,
kerana kasih saya turutkan..
Insyaallah akan cuba hubunginya untuk tindakkan pembetulan..Doakan kasih mereka bertaut kembali..
Comment by drzeze — July 15, 2009 #
Amin……….
Comment by ila — July 16, 2009 #