owh! my wabbit!

June 29, 2009 at 5:51 pm | In Uncategorized | 7 Comments

DSC01601

sekor demi sekor wabbit kami mati ..entah kenapa agaknya semuanya mati tiba-tiba..paginya sihat petangnya dah lesu …diam takmau makan pastu menggelupur dannnn mati…mula-mula JIJI..pastu JJ..pastu JIJI Jr…aduh! kenapa ni?…

hanya JUJU yang masih aktif ..pantang nampak kami kat sangkarnya pasti diangkat kedua kakinya ke atas seperti minta di bawa keluar ke halaman..

Tiga hari lepas mama singgah kat kedai ..nampak ada dua ekor wabbit kecil baru lahir ..comel sangat tanpa ibunya..kesian sangat tengok kesejukkan dalam sangkar di kedai tu..’terbeli’ la jugak akhirnya.

Pagi hari minggu lalu sedang Ajim biarkan mereka makan di laman..sekor di terkam kucing jantan ganaz di ‘Banggal’…cup! cap! laju di bawa lari taksempat Ajim kejar..hingga kini tak jumpa..Sadaqallah dah rasanya.Petangnya yang sekor lagi dah kejang seperti diserang sawan…KO juga akhirnya..
Hingga kini JUJU yang masih berkuasa di sangkarnya..hingga ada yang buat spekulasi yang semuanya angkara JUJU..

‘Tolonglah mama… jangan bawa balik lagi rabbit baru..dah tak sanggup tengok depa tu mati depan Ajim lagi ‘ …rayu Ajim..

Orait …nak cari sarang burung plak lepas ni..banyak burung cantik yang sedang berkicau di keliling rumah..peeeewitt!

terkenang-kenang bezanya..

June 29, 2009 at 5:01 pm | In Uncategorized | Leave a Comment

Bezanya…
Masa jadi housemen di Penang bila patient minta AOR discaj(=patient sain minta balik atas risiko sendiri)MO suruh hantaq patient balik tanpa sebijik ubat pun!.padan muka! .(contohnya patient yang patah tulang minta balik nak berubat tradisional@jumpa bomoh patah, patient takmau kaki di balut ngan simen, i.e istilah org kampung sebenaqnya ’simen’=POP tu ringan aje.. depa ingat ’simen’ yang selalu orang buat rumah tu…berat cek oii!)..dengan muka bengis doktor suruh patient balik…patient pastu takut dah nak datang semula kalau apa-apa hal terjadi selepas tu…

Bila bertugas di Pantai Timoq, bila patient nak minta AOR dengan senang hati MO bagitau hantaq balik dengan beri ubat yang sepatutnya…sambil senyum bagitau patient …TCA prn=boleh mai semula bila-bila masa…patient tak takutpun kalau nak mai kalau rawatan tradisionalnya tak mujarab selepas tu..pasai malunion ke apa?

beza nooooo….

Innnalillah to Mikaeel Jackson

June 26, 2009 at 11:02 pm | In hiburan | 1 Comment
Tags: ,

Innalillah dan al-Fatihah untuk Raja Pop Dunia Mikaeel Jackson …or lebih di kenali Michael Jackson.
Walau apapun kejahilan yang dilakukannya sebelum ini Hidayah Allah melimpah ruah kepada yang dikehendakiNya.

michael_jackson_converts_to_islam

sebagaimana Abangnya Jermaine Jackson
Jermaine_jackson_Muslim_small

Drebar oh drebar

June 23, 2009 at 9:50 am | In family | 1 Comment

marah!geram!sedih! bercampur baur…kenapa manusia dah jadi semakin tidak berperi kemanusiaan..bersifat enau dlm belukar yang hanya tau melepas pucuk masing-masing…hampeh!…

Ye la maka ayah bergegas datang dari kampung semalam bila dapat tau anak bungsunya masuk wad…singgah diumah mama supaya boleh Along bawakan ke sana esoknya.terpaksa naik bas ekspress malam yang hanya ada 6 orang penumpang aje..yang drebarnya pecut macam bawa konkord..yang tak punya otak untuk memikirkan keselamatan penumpangnya…

Ditengah malam buta sanggup pemandu bas ekspres tu tinggalkan mak, ayah dan cucunya yang debab tu kat tepi highway aje..kenapa dia tak nak masuk R & R yang dah disediakan dan turunkan mereka di situ.susah sangat kah nak berbuat camtu…….memang drebar ni tak berhati perut !..tak terfikir ke kemungkinan yang akan terjadi…yang boleh menambah statik kemalangan di highway..

Kesian mengenangkan ayah dan emak terpaksa mengheret beg pakaian berjalan kaki ditepi lebuhraya ditengah-tengah malam buta…sanggup pemandu durjana itu menggadai nyawa emak dan ayah kesayangan mama !..

Jam satu pagi, kami yang menunggu di R & R terkejut beruk bila mak call bagitau …rasa nak nangis pun ada..

sitelinga panjang

June 20, 2009 at 10:15 am | In Uncategorized | Leave a Comment

Hai..saya JIJI Jr…
DSC02027

DSC02032

Ni JIJI and JUJU yang kamceng…
DSC01600

DSC02036
ini kawan saya JJ

Dan pengasuh kami…ER yang setia menunggu.
DSC01625

DSC01631

ER sedia beri penampar bila perlu
DSC01643

mmemerhati kemana kami pergi..
DSC01562

DSC01576

selalu warning kami
DSC01572

tapi kalau tension pelik ler perangai..
DSC01570

country road… take me home

June 18, 2009 at 1:19 pm | In Uncategorized | Leave a Comment

jlnbaru

Ini jalan baru ke kampung kami..jalan alternatif orang kampung untuk keluar ke pekan..jalan pintas untuk mengelak melalui jalan depan hospital yang selalu sesak dan ‘jem’..

Hari-hari ayah menjadi ‘mandor’ memantau jalan baru yang sedang dalam pembinaan ke kampung kami..ayah akan duduk di kerusi lusuh di luar belakang rumah dari pagi hingga petang memerhati pekerja, pemandu traktor dan jentolak tu menjalankan kerja menambak tanah dan meratakan tanah disepanjang batas bendang yang dulunya hanya boleh dilalui motor sahaja… bila pekerja berenti rehat makan tengahari …baru ayah beredar masuk untuk makan tengahari dan solat..selain memaklumkan mak bila patut minuman dan makanan patut di hidangkan kepada mereka..

Ayah mahu memastikan berapa lori tanah yang ditambak,berapa lebar jalan patut di ratakan agar tuan bendang tidak komplen saiz bendangnya tidak menjadi kecil dengan pembesaran jalan itu atau tidak ada padi yang tertimbus di tambak, akan inform TNB bilamana ada tiang letrik yang menghalang jalan perlu diubah,nak pastikan jalan tu elok boleh bersambung dari hujung bendang sana hingga ke kampung kami…ayah lakukan dengan rela, tanpa dipaksa, tanpa di upah…

Mama tahu ayah suka melakukannya hingga dia keberatan nak tinggalkan ‘tugas mandornya’ bila kami semua berangkat menghantar Angah tempohari.Ayah takut jalannya tak siap,takut lori tak datang tambak tanah seperti sepatutnya,bimbang jengkaut terlupa mengaut tanah yang terlebih tambak@ terkurang tanah.ayah risau kalau-kalau hujan akan turun membantutkan usaha menambak jalan pula..begitu sayang ayah dengan jalan barunya…mama tahu hati ayah berbunga bahagia…hatinya puas bila usahanya memanjat pejabat Menteri di Putrajaya dengan mama 2tahun lalu berbaloi(lihat entry mama http://drzeze.wordpress.com/2007/08/23/selamat-harijadi-ayahdan-impian-ayah/

Hatinya bahagia bila orang kampung yang dulunya pernah marahkan ayah bila jalan masuk rumah mereka tidak di turap sebab tak cukup peruntukan mula menegur ayah kembali..mau senyum bila berjumpa..ayah puas bila pendudk kampung dah mula bersatu tanpa mengira fahaman politik..orang kampung mungkin dah rasa seronok bila kereta anak-anak mereka dah boleh sampai hingga ke depan rumah,tidak lagi berselut belemuih bila balik kampung cam dulu ..itu impian ayah sejak dulu.

Dalam semput dan penat ayah akan menapak perlahan-lahan melalui jalan baru yang hampir siap diwaktu petang…Mugah-mudahan usaha ayah diberkatiNya.Moga ayah di sihatkan badan untuk melakukan kerja-kerja baik untuk orang kampung..

Alert! swine flu

June 18, 2009 at 9:54 am | In Uncategorized | Leave a Comment
Tags: ,

H1N1_130px

SWINE FLU@ iNFLUENZA H1N1 dah ada kat pekan ini..kabarnya seorang guru yang baru balik dari negara kanggaru, Ostrolia..
wah! banyak ler nak kena buat contact tracing nih..nak kena trace penumpang satu flight ngannya,satu rumah,satu tuisyen, satu pejabat , satu sekolah?

Seluruh dunia sedang diratah oleh virus yang sedang menular dengan cepatnya seperti belalang juta yang sukar di kawal…berhati-hati dan jangan lupa mohon perlindungan dari Nya..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)

Dengan nama Allah dan segala puji hanya bagi Allah, muhammad pesuruh Allah, (kami) tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas agama kami dan diri kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ahli-ahli dan harta benda kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kami. Dengan nama Allah sebaik-baik nama, dengan nama Allah Tuhan (bagi sekalian makhluk) di bumi dan di langit, dengan nama Allah yang tidak memberi bahaya sebarang penyakit bersama namanya.

Dengan nama Allah kami memulakan (segala sesuatu) dan dengan (nama) Allah kami mengakhiri (segala sesuatu) dan pada Allah kami berserah. Kami memelihara diri kami dengan (Allah) Yang Mempunyai kekuatan dan kusasaan. Dan kami berpegang dengan Tuhan Yang Memiliki kekuasaan, dan kami berserah pada (Allah) Yang Sentiasa Hidup, Yang Tidak Mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, palingkanlah kami, dan pemerintah kami, dan negara kami serta seluruh orang-orang Islam di pelusuk tempat daripada waba’ ini (terutamanya wabak selesema burung), dan lindungilah kami daripada kebinasaan dan selamatkanlah kami daripada terbunuh dan daripada penyakit ta’un dan daripada bencana dengan belas kasihanMu wahai Yang Maha Meliputi segala yang tersembunyi, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (3 kali)

Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbiran seluruh alam.

untuk update kes terkini boleh lawati link sebelah kanan website ini ,bawah tajuk OUTBREAK!

cutting loose again

June 17, 2009 at 11:37 pm | In family | Leave a Comment

Angah meneruskan perjuangan di Matrikulasi..
daftar

6kereta mengiringi Angah untuk hari pendaftaran..sokongan padu dari keluarga..Tok,makngah & pakngah serta sepupu Anis, Dekna,Huzaid;keluarga Maklang Ani,Ap,Faiz,Emelia,sikecik Haikal; Anjang & Paknjang(thanks for da belanja makan ari tu);Pakteh ,Makteh dan sicomel Hadif travel dari Johor-KL -Penang semata-mata untuk hantar Angah, Paklang Halim,Maklang Salmi serta anak-anak ,tak ketinggalan Nek Teh juga….terima kasih semua..
DSC_4604

Paklang kalau posing memang dahsyat!
DSC_4626

Selamat berjaya Angah.Ramai yang mengharapkan kejayaanmu..Mama tahu Angah kesana dngan satu azam yang kuat untuk berjaya..Doa mama yang terbaik buatmu.
Cuma Ajim dan Arif akan mula merasa sunyi tanpa gurau senda dan geletek Angah lagi selepas ini.

Cutting Loose

His clothes are packed and now it’s time, for him to take his leave,
Emotions are all jumbled up; I’m happy but I grieve.
I knew someday this time would come but it just came too soon,
I thought I would be happy; now I sing a different tune.

For eighteen years my life revolved around his wants and needs,
I never thought that I would have emotions such as these.
We talked about his leaving and we even made the plans,
We worked so hard to make it right fulfilling all demands.

But now I look around the room while sitting on his bed,
The emptiness I’m feeling now, in words just can’t be said.
The planning and the preparations we’ve gone through this year,
Has caused so much excitement mixed with happiness and fear.

For almost twenty years we had a unit that was tight,
And we worked hard to keep that unit running smooth and right.
We knew someday it would divide and each would go their way,
But now it seems it came too fast because it is today.

I try to hold the tears back but it’s hopeless as they flow,
And I feel foolish crying ’cause I knew someday he will go.
But as I think of losing hiim from underneath my wing,
I also think about his future and what that will bring.

I try to get excited as he steps out in the world,
But it is hard; I feel I’m losing my hansome precious boy
I will always be here for him and he knows that but,
In my heart I know that when he leaves the cord is cut.

So as I sit and look around his room that is now bare,
I think of all the memories that we had time to share.
I think of all the happiness, the good times and the bad,
And now the tears flood forth again, why do I feel so sad?

I guess the pain of something ending always hurts this way,
But endings bring us new beginnings and a different day.
These feelings now that I am feeling, I am not alone,
There are others feeling what I am, with others grown.

But now I face the mixed emotions as so many do,
When it comes right to the day, when they are leaving you.
So as I dry my eyes and take another glance around,
It’s finally here and now today my son’s college bound.

catitan mama today..

sesi santai

June 16, 2009 at 11:48 pm | In keluarga | Leave a Comment
Tags:

Tugas baru ER mengasuh JUJU & JIJI

DSC_4322

ER pastikan JUJU tak meratah bunga-bunga di laman mama.

DSC_3405

Jangan lebih dari sempadan ni tau, warning ER pada JUJU
DSC_3404

Bermain bersama
DSC_4311

“Kamu ni asyik nak makan aje”, komplen ER pada JUJU
DSC_4319

Dah letih jaga dua ekor ni nak baring ler kejap..
DSC_4328

Uarghhhh! ngantuknya..menguap ER…
Terkejut JUJU berundur ke belakang..
DSC_4327

DSC_4326
“Kamu JIJI, jangan pergi jauh-jauh,” warning ER
Orait boss ,patuh JIJI yang agak nakal..

Okey bleh sambung tidur zzzzzzz.
DSC_4324

nyenyaknya tidur
DSC_4334

Alamak! mana si JUJU dah pergi?
DSC_4338

Elakkan DVT

June 11, 2009 at 11:24 pm | In health issue | Leave a Comment
Tags: ,

Tahukah anda duduk yang terlalu lama boleh membunuh?
Duduk ngadap komputer berjam-jam boleh dapat DVT(deep vein thrombosis) tau..i.e darah beku dalam urat betis tu..
dvt
dvt-legs
dvt2
pastu kalau darah beku tu travel naik dan tersumbat di saluran darah di paru-paru jadi pulmonary embolism (dengan simptom sakitdada dan sesak nafas tiba-tiba) bleh mati mengejut tau..
Pada yang selalu duduk aje depan komputer tu hilangkan ketegangan dengan lakukan senaman berikut..
So ikut cik rabbit ni ye…

1st: Warming up

warmup
breath in,breath out

2ND: Stretching

stretching
pom cak cak pom cak cak

3rd: the upper body exercise

3upperbodyexcercise

4rd: lower body exercise (moving to left and back)

4th

5th: lower body exercise (moving to right and back)

5thlowerbody

6th: Head exercise

image006

7th: whole body exercise

7wholebody

7wholebody1

7wholebody2

8th: Jumping exercise

8thjump

9th: relax

9relax1

9relax2

10welldone

Over..well done

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.