Bila yang mudah menjadi payah
April 30, 2009 at 9:21 am | In family | Leave a Comment“Hello..kak, kita punya road tax tak boleh renew..geran kereta kita tak der di bank ” adik di ujung talian(mana ada tali enfon saja) memaklumkan.
Dah renew roadtax tahun ni?pejam celik dah cukup masanya untuk buat perjanjian semula dengan syarikat insuran kereta setiap tahun dan renew semula roadtax.Alangkah bahagianya kalau semuanya ini takpayah kan?..Rasa macam tiap-tiap tahun tu percuma aje bayar duit kat agen insuran tu cam mencurah garam ke laut aje …syarat wajib yang membebankan.
Aik! selalu tu mudah saja ..tepon syarikat kereta yang juga penjual insuran kereta tu..bank-in duit..then tunggu je zup zap pos laju, roadtax pun sampai di atas meja.Mudah kan?
Rupanya agen penjual kereta syarikat kereta tu yang selama ini jadi runner untuk menguruskan hal-hal gini dah cabut lari..dah diberhentikan kerja..dah keluar namanya dalam suratkabarpun kata dia dah ‘tak ada apa-apa urusan dengan syarikat kereta tersebut” tapi padahnya kami yang kena..bukan kami tapi beberapa customer lain pun mengalami nasib yang sama bila syarikat terlalu percaya sangat dengan staff dia yang satu ni..dan bila amanah dikhianati yang mudah menjadi payah.
Mujur ada Myeg memudahkan segalanya…ehehe
Laman impian no?
April 28, 2009 at 5:56 am | In Uncategorized | Leave a Commentnext…………my secret garden



bunga dahlia yang menjadi idaman…

nak undo my laman…rasa bahgia menghidu bau bunga kesidang yang dah meriah berbunga


mampukah mereka bertahan?

Pig Flu Update
April 27, 2009 at 11:23 pm | In health issue | Leave a CommentTags: pig flu, swine flu

entry Along yang membuatkan mama senyum sendiri tentang pig flu di sini
Petikan dari Kosmo,
BANDAR RAYA MEXICO – Bimbang dengan selesema babi yang semakin merebak di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, berjuta-juta penduduk Mexico tidak keluar rumah bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan yang sudah meragut 103 nyawa.
Menteri Kesihatan, Jose Angel Cordova dalam kenyataan lewat semalam berkata, angka kematian akibat penyakit itu di Mexico meningkat kepada 103 orang manakala 400 yang lain masih dirawat di hospital di seluruh negara.
Di ibu negara Mexico, keadaan bandar raya berkenaan hampir lumpuh apabila berjuta-juta warga kota tinggal di dalam rumah bagi mengelak dijangkiti selesema babi.
Mereka yang berani keluar rumah berbuat demikian dengan memakai topeng muka manakala sesetengah majikan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah semalam.
“Ini ialah kali pertama saya keluar rumah dalam tempoh dua hari. Saya perlu mengambil angin,” kata seorang pekerja pejabat, Juan Casino, 39.
Ketika kematian akibat selesema babi terhad pada Mexico, penyakit itu semakin menular dengan 20 kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dan enam di Kanada selain beberapa kes baru di Eropah, Israel dan New Zealand.
AS mengisytiharkan darurat kesihatan manakala seorang pegawai kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan kebimbangan kematian akan berlaku ketika penyakit itu semakin menular di negara berkenaan.
Beberapa pegawai kesihatan New York pula mengesahkan lapan pelajar sekolah tinggi Saint Francis di bandar raya berkenaan dijangkiti virus maut itu manakala 140 pelajar lagi turut menunjukkan simptom influenza.
Kesemua mereka disyaki dijangkiti virus H1N1 daripada seorang pelajar yang baru pulang dari Mexico baru-baru ini.
Kelapan-lapan pelajar sekolah St. Francis yang disahkan positif virus H1N1 itu menyertai 12 orang lagi di AS yang dijangkiti selesema babi.
Mereka yang menghidap penyakit itu akan menunjukkan tanda-tanda selesema biasa seperti demam mengejut, sakit tekak, batuk dan sakit sendi sebelum merebak menjadi jangkitan paru-paru teruk.
Ketika ini wujud kebimbangan wabak selesema babi yang merebak melalui jangkitan antara manusia akan menular ke seluruh dunia dan mengakibatkan kematian lebih 100 juta orang.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) me nyatakan ubat selesema burung, Tamiflu didapati berkesan bagi merawat penyakit maut itu. – Agensi
Kata menteri kesihatan kita pulak,
Kita tiada vaksin untuk H1N1
Pig flu
April 27, 2009 at 2:00 pm | In Uncategorized | 2 CommentsTags: pig flu, swine flu
Symptoms, which include a fever of more than 100 F, body aches, coughing, sore throat, respiratory congestion and in some cases, vomiting and diahorrea.
Aduh!tiba-tiba rasa tersentap sebentar bila terbaca berita iini.Influenza B*b* mempunyai simptom biasa telah menjadi sesuatu yang luarbisa lagi merbahaya?Susah ati juga kan?Pasni kena pakai mask pulak ke ?
Memang nampak ada peningkatan kes influenza yang agak ketara di klinik tapi apakah mereka di KKM sedar dan cukup fasiliti untuk mengesan virus ini sebaik mungkin?Apakah wabak ini akan segera dikesan disini setangkas kapalterbang yang mendaratkan pelancong dari semua penjuru dunia di negara kita?
Macam biasa bila sebut bab sensitif binatang pembawa penyakit ini tentu kita masih ingat wabak JE yang pernah kita alami dulu..dan binatang yang sama juga penyebabnya…kesian pada haiwan ini ..bukan diminta dilahir begini tapi takdir menjadikan dia begitu..benda kotor yang haram dimakan oleh orang Islam atas alasan penyakit yang dibawanya yang bermacam rupa..
Batuk,selsema,demam adalah simptom yang terlampau umum kan?merasalah nanti klinik dan fasiliti kesihatan akan ‘jem’ panjang dengan patient yang bimbangkan selsema glamer ni.
**makin rajin ler menteri buat spot check di klinik kerajaan selepas ini..
Mad cow disease or HFMD?
April 26, 2009 at 3:47 pm | In Uncategorized | Leave a Commentcuba peratikan kanak-kanak disebelah tu kenapa asyik meragam aje? makan tak mau,minum tak nak,air liur asyik meleleh aje, letak tangan kat dahi rasa cam demam “dedar”( low grade fever) kata maknya..mamanya komplain kat punggung penuh ruam,tapak tangan ada bintik-bintik merah…dan cuba tengok kat tapak kakinya pun mungkin ada cam tu jugak..
Apa ke bendanya ni?
AAAAAAAAAAAA

bintik-bintik di tapak tangan

dan juga di kaki

Inilah rupa sakit tangan ,kaki dan mulut(hand,foot and mouth disease or HFMD).Semenjak dua menjak ni ramai pulak kanak-kanak yang datang begini jangan keliru dengan sakit kuku dan mulut yang menyerang lembu tu pulak ehehe..Ini antara penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasikan ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan untuk di buat pemantauan selanjutnya.
Peksalah anak anda…
ole-ole dari kampung
April 25, 2009 at 5:06 pm | In family | 2 CommentsTags: kampungku


Hmmmm. dah seminggu balik kampung baru dapat upload gambar dari sana.
Cuaca agak panas dari biasa walaupun bendang dah penuh dengan air..musim menabur padi sudah bermula.
Ayah masih ketagih untuk turun ke bendang walaupun puas dilarang,katanya hanya sekadar menebas rumput dibibir batas bendang sebelum kerja menabur dilakukan.
Emak dah jenuh melarang tapi kata ayah dia lebih rela berpeluh di bendang dari duduk berpeluh kosong.di rumah…rasa lebih sihat katanya walaupun kesian tengok dia dua tiga kali berenti penat di atas batas sawah …tapi dia lebih bahagia begitu apa nak buat kan?


Risau juga atas batas bendang tu bila tengok banyak lubang ular..kata ayah dah banyak ekor ular senduk yang telah terserempak dengan ayah, ada yang berjaya dikorbankannya ada yang hanya di biar pergi kalau tak mengganggunya..mungkin dibiar untuk menangkap tikus yang suka merosak padinya.Nak harapkan burung hantu yang bertapa atas pokok kelapa depan umah ayah mungkin tak dapat menghapus tikus yang semakin banyak tu.
Tengok lah ayah..masih cinta dengan sawah bendangnya berbanding cucu -cucu yang hanya sekadar meniti batas bendang mencium lumpur..


Sambail bersantai ketagih udara petang sempat mama snap gambar-gambar ini sekitar umah..

Dari batas bendang…fuh! cobra jangan jengoi please..


Owh!matahari dah nak tenggelam..kalaulah chaletku menjadi kenyataan hari-hari dapat capture pemandangan indah ini.

Buah kampung yang mama sendiri taktau apa namanya..

nampak serupa ceri tapi bukan ceri dan bukan cermai ,rasanya masam manis

begini rupa pokoknya

bila masak berwarna merah gini

close-up sket

aduh!sakitnya..
April 22, 2009 at 1:11 am | In clinical image | 5 CommentsTags: tick
“Adoi! sakitnya..kayap ke ni?” makcik ni memberi diagnosis sendiri bila terbongkok jalan menahan sakit di perutnya.
Nampak gayanya cam sakit tu serupa macam ada kayap melingkar kat pinggangnya..Mama minta dia baring untuk periksa perutnya..tapi bila diselak nampak camgini.

Warna putih disekelilingnya benda hitam tu adalah kapur sireh yang telah disapu kononnya untuk ‘mematikan’ kayap yang telah di jampi oleh pakar kayap di kampungnya.
“macam ada makhluk asing je kat sini makcik”mama cuba berseloro.”Ada masuk dalam semak sebelum ni?”
“Uish tu kulit makcik yang mengelembung tu..semalam makcik garu dia dah pecah..pagi ni nampak dia dah berisi semula”masih bertegas dengan diagnosisnya..Takpa makcik nanti saya tunjukkan…
Mama spray LA untuk redakan sakitnya..pastu titik dua-tiga titik ubat yang patut pastu tadaaaa!..berdebuk! makhluk tu tergolek jatuh …mama ambik letak atas gauze ….letak bawah cermin mikro dah tunjuk pada makcik tu.aik!masih boleh bergerak lagi.Makhluk halus ni berlenggang kangkung dia berjalan dengan bellynya yang mengelembung tu..terkejut beruk makcik.Benda kecik yang membawa kesakitan teramat sangat pada perutnya rupanya hanya sebesar saiz tahi lalat saja..rupanya begini..

dan bila di telentangkan begini rupanya..

Hah sekarang baru dia percaya..
“Laaaa! kutu b*b*” jeritnya mengubah diagnosisnya tiba-tiba.”eeeeeeee malunya nak citer ngan orang nanti” sambungnya sambil bangun menutup perutnya.”Ni mesti dapat dari ayam makcik.. 2-3 hari lepas makcik bawa turun ayam yang beranak kecik dari reban belakang rumah.Makcik selalu nampak ada kat badan ayam makcik ni”..siap ngan data lokasinya …wah makcik dah bagi lebih dari yang mama perlukan.
Mama pecahkan perut cikenit kecik(tick) tu nampak hitam darah makcik yang telah dihisapnya mungkin dua tiga hari lepas dah duduk bergayut di situ..dan serahkan ‘bukti’ penyakitnya untuk ditunjukkan pada pakcik yang sedang menunggu diluar.
Kesimpulannya…seeing is believing.
Tempat jatuh lagikan dikenang..
April 17, 2009 at 5:34 pm | In family | 2 Comments” Hajjah tak balik kampung ke?”
tanya patient mama,makcik yang peramah ini selalu mengingatkan mama pada emak di kampung..Mama membelek kalendar..wah dah genap sebulan tak balik kampung..dah rindu dengan bau selut di bendang…dah ketagih nak bersembang ngan ayah…dah mengidam masakan emak..terliur teringatkan sambal ayam kampung yang selalu mak janjikan tapi ayam yang mak bela tu selalu tak dapat di tangkap untuk disembelih..laju ajer larinya tak dapat dikejar cucu-cucunya yang tembam tembam tak cukup stamina tu..Alamak jangan melepas lagi kali ini…Arifpun dah target nak pulun nasi lemak spesel Makngahnya seperti selalu..
Kebetulan minggu ni cuti hari keputeraan Sultan jatuh hari Senin jadi merasalah dapat 3hari lepak di kampung…Dah pelan dah. macam-macam…Nak ziarah umah Rohani yang tenggelam banjir, nak melawat Pakteh yang sakit( doktor dah operate ususnya tapi dia minta tangguh dulu dengan alasan nak minta pandangan mama…walaupun bersungguh mama suruh dia follow nasihat doktor tapi masih beralasan nak tunggu mama balik juga…mujur bukan jenis penyakit yang acute cam appendicitis ke apa kalau tidak haru juga di buatnya)….
Tapi hati kecil mama sebenarnya masih rindukan Makngah, masih teringatkan Pakngah yang kalau masih ada pasti akan sentiasa menanti kepulangan mama..Semasa hayatnya Makngah dengan tongkatnya pasti akan terkedek-kedek melangkah parit kecil depan rumah untuk datang berjumpa mama sekeluarga..yang awal pagi lagi akan tercongok depan meja makan minta mama cek darahnya sebelum makan..yang kemudiannya akan turut serta sarapan dan makan tengahari bersama-sama…yang akan mengadu sakit lenguhnya pada mama minta dirawat..tapiii sekarang keduanya telah bersemadi kaku di kampung seberang..hanya bilik mereka berdua di tinggal sunyi pasti menitis airmata mama bila melihatnya..dan gambar ini yang abah capture semasa hayat mereka..(setianya Pakngah yang akan membawa Makngah bersiar-siar menghirup angin petang ..mencium bau bendang yang suatu ketika dulu mereka bergelumang meraih rezeki di dalamnya.).
]
semasa bersama..kini keduanya telah pergi..
mama sentiasa selitkan dalam ceramah mama…cerita cinta sepanjang hayat mereka yang boleh dijadikan iktibar panduan .Berkasih sayang sepanjang hayat, berbelas kasihan diakhir usia…
anak-anak medic di rumah
April 15, 2009 at 10:11 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: tetamu
Hujung minggu lalu umah mama dikunjungi kawan Along ,Elyas(yang rambut nya cam along jadi Kojak selepas balik Trendak),seniornya Waqi dan beberapa lagi senior Along yang seramai 12 orang semuanya…bakal doktor insyaallah 2tahun lagi..
Cuba nak ingat nama mereka semuanya,jejaka macho seperti Fizi,Ridz Ridzuan,Arif,Azrul(wah!bleh jadi imam gak ni..sedap bacaannya),yang pempuannya manis-manis Hannan,Salwa,Roihan,Arfah ,Nadirah

Jamu diaorang makan meesup utagha yang kaw kaw gitu..hehehe ada yang hirup sup ngan staw ehehe..enjoyy..makan


dari kiri waqi,fizi,elyas,arif dan azrul..

Yang pempuan bersimpuh di meja..ehehe wawa taktahan pedas kesian..

Dari kiri Hannan yang mata ala-ala Ashiwara Rai and kengkawannya sedang menikmati mesup utagha spesel edition tau..

wawa yang comey mencuba meesup…

lepak-lepak ramai-ramai best gak..mama berkongsi cerita dan pengalaman..


Waqi yang halus budi bahasa dan Ridz yang murah ngan senyum..

Waqi dan Along dah mencapai tido yang REM agaknya
Semuanya dah kepenatan zzzzzzzzzzzzzzz.
Bimbang juga hati melepaskan mereka pulang dalam hujan lebat malam tu.Harap dapat jumpa lagi..
get inspired..
April 8, 2009 at 4:14 am | In motivasi | 2 CommentsTags: motivasi
Mokk ..got this from your website..very inspiring video…nak share di sini ya..
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.