Aduh!badan terasa sakit semua gara-gara menjadi ajen CSI..tapi bukan siasat mayat cam dalam citer tu sebenarnya menjadi ejen me’narik’kereta..
Mula-mula tu semua dah macam tak jadi..tiba-tiba bila ayah nekad tepon ‘pemilik’ kereta adik …jenuh dok kompromi ngan dia akhirnya baru dia nak serah kereta tu kembali dengan bersyarat tunai sebagai tukarganti..Hampeh! yang dia dok pakai kereta tu free selama ini dengan beban hutang adik mama yang menanggung selama ini dia tak peduli?
Bukan 3bulan tapi dah 3 tahun!Dah puas pujuk..dah jenuh berbincang..cuma tak mau buat aniaya kat dia saja..kalau ikutkan boleh saja report dia curi kereta tu habih cerita..janji palsunya kononnya nak terus sambung bayar tak dikotakan..Ini jenis manusia yang tak takut Tuhan.manusia munafik….yang hanya takut pada undang-undang dunia.
Kesian Zam yang terperangkap dengan keadaan,hanya kerana tersilap jual taktukar nama,bank dah nak blacklistkan nama dia kalau takjelaskan bakinya,mau takmau hangus juga lebh 20K+ kat bank..nak bersihkan namanya.Tapi keretanya takdak dalam tangan..sebaliknya orang lain yang melaram kete tu tanpa perlu risau dimufliskan.Zalimkan?
Berdasarkan clue yang ada kami nekad sekeluarga berombongan seramai 12orang nak pergi sendiri berjumpa dengan dia.Nunnn! diGua Musang tempat yang kabarnya tempat simpan lebih 2,000 buah kereta berpenyakit begini. yang dijaga oleh sindiket yang kononnya berselindung disebalik kumpulan 3line, kumpulan yang kononnya amal maaruf nahi mungkar.


Perjalanan awal pagi merentasi banjaran Titiwangsa dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang dimulakan dengan ayah membaca doa selamat sebelum kami sekeluarga melangkah keluar pintu umah mama.Semuanya sehelai sepinggang kerana berdasarkan perkiraan kalau semuanya berjalan lancar sehari perjalanan pergi dan sempat balik pada hari yang sama ..tak perlu bermalam.Lagipun semua kanak-kanak tak ikut serta misi ini kecuali Haikal yang masih kecil.

Abah dan my bro-in-law,Usop jadi pemandu terhormat ..membawa kami yang kalau apa-apa terjadi hanya tinggal Rohaya ,adik di Penang yang akan menjaga waris lain yang tinggal..Ayah,emak,mama,Zam dan Angah dalam satu kereta dipandu abah dan MPV saatu lagi dinaiki Zaharah,suaminya Maie,Rohani,Haikal,DekMira dan Hapit dipandu Usop.
Tepat 12 tghari kami tiba di G.Musang(sori takada gambar atas highway Simpang Pulai-Gua Musang-x ada mood nak ambik gambar)..singgah balai polis buat report dulu then lunch pastu bertolak ke tempat yang dijanjikan..suspen jugak mulanya…orang yang nak kami jumpa di tengah gazebo di dataran Kesedar tu rupa tidak sendirian..ada 3orang kawannya bersama ..dan di atas jalan depan kedai makan mama perasan juga ada lagi..atas lori pun ada..dalam van pun ada sedang memerhatikan kami.Mungkin mereka ingat kami akan datang seperti ajen tarik kereta macam samseng tu..yang berbadan tegap berkepala botak denga otot berbenjol dilengan serta berdada berketol ketol kot?


Mereka silap telahan bila melihat yang datang; ayah yang agak uzur berjalanpun tercungap penat,emak je masih tegak berjalan takperlu dipimpin yang sentiasa meyakinkan kami,anak-anaknya biar berlembut dalam berbincang dan mengalah jika perlu demi kepentingan semua..ipar mama , Maie yang sentiasa tersenyum ramah menegur siap saja,Usop bermisai tebal tapi lembut dalam tegasnya, Abah tetap konfiden sebagai jurucakap ditemani bekas staff dibawah jagaannya semasa abah bertugas di sana 20tahun yang lalu.
“Beri duit dulu baru ambo g ambik keta”
tegas ‘pemilik’ kereta Zam yang hanya bersinglet putih Pagoda yang di panggil Abe Wee oleh saingnya yang lain..
Mana mungkin gitu?
Kami sebaliknya bertegas jugak nak tengok kereta dulu baru janji dikota.
Dah puas dipujuk dan di’jampi’ ehehehe..akhirnya baru Abe Wee ni berlembut .Susah sangat nak berbincang dengan demo ni.Tapi masaalahnya kereta yang dijanji untuk dipulangkan tak berada di situ,katanya masih di simpan di nun Kuala Krai ~1jam perjalanan lagi kalau nak ke sana.Aduh!!!!!Jauhnya di sorok?Sabar mama dah hampir-hampir nak hilang limitnya mujur dia buat keputusan segera nak pegi ambil bawa ke tempat kami berada.Katanya beri dia tempoh 2jam untuk pergi kesana dan bawa depan kami kereta tu.Okey..kami tunggu…masih bersangka baik.
Kami buat keputusan untuk lepak di masjid untuk selesaikan kewajipan dengan Allah bersolat jamak dan qasar disamping melepaskan penat letih di situ.Nak chek-in kat hotel ayah kata tak berbaloi pulak untuk tempoh 2jam tu.

Congak congak masa lebey kurang jam 4petang boleh le selesai semua urusan dan boleh le bertolak balik sebelum hari malam.
Tunggu punya tunggu dari langit cerah bertukar gelap,dari siang menjadi malam,dari panas bertukar hujan ribut..hingga hampir maghrib kereta yang dinantikan tak muncul-muncul juga..bila tepon tanya macam macam alasan diberikan..Mujur sesi pujuk memujuk antara keluarga berjaya mengurangkan panas hati masing-masing..sabar mak dan letih ayah menenangkan kami ..

Selesai Maghrib baru Abe Wee ni tepon suruh ambik kereta di tempat yang dijanjikan.perjanjian dikotakan.kereta dan cash bertukar tangan..paksa rela kata Zam.Benci kami melihat pastu dia dengan bangganya melaung kengkawannya ajak ke kedai makan.Tak sekelumit rasa bersalah pun.
Rupanya kengkawan Abe Wee yang kesian melihat nasib kami menceritakan siang tadi sebenarnya ramai geng Abe Wee dok tunggu disekeliling untuk sebarang kemungkinan…Fuh!gitu sekali.Depa ingat kami ni gengster ke apa?
Hapit, bakal mekanik kami peksa kereta Wira kesayangan Zam yang dibelinya dengan duit kerjanya 7tahun dulu mujur masih elok..cuma jalannya tersengguk-sengguk..perlu direpair.Road tax dah mati sejak 2006..
Di luar hari dah gelap,hujan masih renyai-renyai mana mungkin berani kami nak meredah highway Gua Musang -Simpang Pulai dalam gelap gulita malam berkabus camni.
Lagipun kereta yang kami nak bawa balik pun tak sempat cek lagi sihat ke tidak nak melalui jalan berliku penuh gaung tu..so buat keputusan bermalam di sana.Call Along di umah bagitau kami tak jadi balik minta dia jaga adik-adinya Ajim dan Arif serta sepupu-sepupu mereka, Mat, Kak Anis, Dekna, Melia.Kebetulan letrik takder pulak kata Along.Kesian Arif…
Kami check-in di hotel Fully Inn semua dah kepenatan ..apa-apapun esok kita selesaikan…Terliur nasi kerabu, kopok lekor dan nasi dagang menjadi igauan.Rezeki kami telah ditentukan untuk makan pagi dan tengahari di Gua Musang hari ini.


Selesai report polis sekali lagi untuk bawa kereta balik ,bawa cek ngan mekanik …

baru bertolak balik,Jam 5 petang baru kami tiba di rumah…12.30malam baru depa semua sampai di kampung.
Mar 25, 2009 @ 02:11:11
Terima kasih yang terhingga atas pengorbanan bantuan semua family kepada zam. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas..
Mungkin ini iktibar kepada yang lain untuk lebih berhati2 dalam berurusan. Sikap sambil lewa kadang2 boleh memakan diri sendiri.
Kepada hamba Allah tu, mudah2an dibukakan pintu hatinya utk sedar segera semua tindakan tu salah & mampu menjerat diri sendiri & family. Jauh di sudut hati kami sekeluarga menghalalkan habuan yang diterimanya tu.
Hanya Allah yang boleh mengampunkan dosa2 beliau…
Wassalam.
Mar 25, 2009 @ 02:12:11
Ops silap taip atas tu. Patutnya… Terima kasih yang tidak terhingga…. hehehe
Mar 25, 2009 @ 03:17:39
salam Ila,
Alhamdulillah semua dah selesai..kita berkeluarga semua tindakan hendaklah sepakat dan membantu sebagai tanggungjawab bukan dianggap beban..gembira tengok Zam dah mampu tersenyum kembali.
Terima-kasih atas doa kalian ..urusan di mudahkan.
Ngeri juga bila tengok Abe Wee keluarkan parang berselimut suratkabar yang tersimpan dari kereta itu.
Mar 26, 2009 @ 04:31:14
alhamdulillah sume dah selesai…
*hmm yg pasti kasut baru angah tetap maintain .. :p (lain kali beli dua .. lebeh afdhal..hehhe)
Mar 26, 2009 @ 09:30:04
Along ,
memang Angah beli 2 pun tapi dua belah le ehehehe..
Apr 03, 2009 @ 06:44:13
minta maaf dr.mama…terpaksa komen juga di cni…nak buat n3 di blog x sampai hati sbb perkara yg sama jd pada abah sendiri….
dah 3, 4 kali sy dgr kisah serupa…..pelik sbb semua mangsa adalah lelaki….kenapa ye? selalu dgr perempuan yg lebih lembut hati…tp agaknya lelaki lebih lemah kalau dgn kawan2 kan?
sakit hati bler kena mcm ni sbb anak bini pon terheret sama…sy masih lg dok byr hutang abah di bank angkara percaya sgt pd kwn….wpun masih ada 3 thn lg sblm instalment di bank selesai sy maafkan abah dan redha bantu dia kerana kenangkan nasibnya dpt kwn2 x guna di usia2 emas ni…
Apr 04, 2009 @ 04:55:40
Alhamdulillah…tabik spring ngan keluar Dr Z ni…kakak saya pun ada masaalah serupa…baru 2 hari ni selesai…tapi masaalah dia adalah ngan Car Rental Co…kami tak tau yg sewakan kereta private ni satu kesalahan undang2…so bila kami nak mintak balik kereta dia kata tak boleh…nak report polis pun tak boleh, pasal kita jugak yang salah, tak pasal2 nanti kita jugak yg kena hukuman. So bersabar2 punya bersabar, dan ada gak mintak other car rental Islam untuk beri pendapat dan pertolongan…akhirnya berjaya jugak depa bagi balik…baru 2 hari lalu…Alhamdulillah lega rasanya…tapi tu lah kami pergi hantar kereta ke workshop untuk periksa kereta…habis semua…radio dan dvd original habis di tukar dengan ntah apa punya brand, dah tu tayar kereta pun yg original depa kebas…kereta kemik, dan macam2 lagi…last2 kena charge S$1700.00. Inilah satu pengajaran bagi kami semua. Sama jugak macam kes Zam, adik Dr Z ni, cuma org je yang berlainan, Zam kena ngan kawan dia, dan kami pulak ngan Car Rental…pada sapa2 yang mungkin hendak buat apa yg kami buat ni, yaitu sewakan kereta pada car rental, baik fikir semula… jangan jadi seperti kami…Alhamdulillah semua kini dah selamat!!!
Just to share…wassalam
Kak Rose
S’pore
Apr 04, 2009 @ 14:02:32
Kak Rose ,Salam windu sih,
Wah sampai gak kat umah kita ye. Jemput ler masuk.
Biasa-biasakan diri di sini ye.
Salam buat abang dan anakanda di umah.Take care.
Apr 04, 2009 @ 14:39:35
vivavogue,
memang ramai rasanya yang mengalami nasib gini cuma segan nak declare kan?Bank je yang dok senyum, kita ditelan tersedak diluah tercekik tak gitu?
Jun 10, 2010 @ 07:36:53
salam.. boleh sy dptkan no tel abe wee tu x? atau pun siapa2 di sana. kereta sy juga mengalami nasib yg sama. dr tahun 2006 lg. dan dgrnya dijaga oleh geng2 3 line di Kelantan. ribuan terima kasih