
“Dah sihat makcik?” sapa mama dengan makcik sorang ni bersama suaminya..semasa berjumpa di tengah jalan bila mama menziarah orang meninggal tempohari.Dia baru keluar dari hospital…tapi kata-kata suaminya membuatkan mama terpana seketika;
“Ala bukan sakit biasa tapi kena buatan orang” lantang suaminya bersuara.”Bukan orang lain pun anak menantu sendiri”..mama kelu kata-kata.EH! dengar kabar hari tu makcik ni hyperglycaemia(paras gulanya tinggi melangit) ala ala DKA(Diabetic keto acidosis) gitu..dah meracau bukan -bukan…dia diabetic.Tapi diagnosis mereka jadi lain pulak..mana mereka nak mengaku gitu…kalau dah meracau tu mesti kena rasuk ler..tapi mama malas ler nak bersoaljawab panjang ditengah jalan tu..lagipun diaorang pun nak gi ziarah orang meninggal gak..so biar dia dengan diagnosisnya..
“Ada ke anak sanggup nak bomohkan ibu sendiri..lagipun ada lagi ke orang yang sanggup nak ber bomoh ni?” soal mama pada abah.Tu yang bahayanya bila jumpa bomoh begini siap buat tuduhan lagi..Kan makcik ngan pakcik ni dah marah sangat ngan anak nya..pasti lepas ni hubungan mereka tentu tidak akan semesra dulu lagi…jadi benci tapi rindu..dahsyat kan?
Teringat cerita makteh Ma, kawan mak di kampung yang menyesal tak sudah.Apa ke tidaknya bila rantai emasnya yang besar gedabak macam tali sauh itu hilang..jenuh dia pergi jumpa bomoh untuk meniliknya ..dan bagitau siapa pencurinya..tak lain takbukan bomoh tu kata KAKAKNYA sendiri..kebetulan kakaknya yang satu satunya tu pernah datang bertandang ke rumahnya dan rantai tu hilang masa ketika tu juga menguatkan tomahan bomoh tersebut..sejak itu mereka bermasam muka..tak bertegur sapa putus saudara hingga kakaknya menjadi aruahpun dia tak pergi ziarah jenazahnya..marah sangat ler tu padahal kalau dah hilang tu redha sajalah..bukan rezeki kita lagi..
Tapi bila dia berkemas biliknya pada suatu hari berderau darahnya bila terjumpa semula rantai besarnya tu terselit dicelah papan katil di dalam biliknya..BUKAN di curi kakaknya.Sesal tak sudah selepas itu.Nak minta maaf kat kakaknya camna?
Satu kes lagi sepasang suami isteri yang baru 3 bulan kawin datang jumpa nak minta rawatan isterinya yang selalu pening pitam semenjak dua menjak ni..bila pergi jumpa bomoh..pakcik bomoh bagitau isterinya terkena ‘buatan orang “..tapi walaupun dah dirawat dek bomoh tu masih tak reda jugak penyakitnya… tu yang datang jumpa mama plak.Haaa biar mama pulak yang mengengoknya…
Tapi kali ini si suami pulak terkejut bila mama bagitau isterinya memang ter kena penyakit buatan orang dan orangnya dekattttttt dengannya..setelah buat UPT(urine pregnancy test) isterinya positif!..Tu la masa kursus kawin tempohari hang tidoq ka?
Jan 19, 2009 @ 04:18:35
hahahhahaaha….mmg masyarakat melayu kita kdg2 tlalu percaya benda2 mcm ni. kalau ada penyakit yg diorg rasa pelik sikit, atau pyh nak baik, bomoh la jawapan bg diorg.
kdg2 sampai berpecah belah keluarga sbb saling salah tuduh menuduh. percaya bulat2 apa yg bomoh katakan..
Jan 20, 2009 @ 05:28:16
Salam..
Seperti sedia maklum saye ni dari kecik dah terdedah dengan alam bomoh/ tradisional ni. mcm2 hal/masalah org dtg merujuk. demam sikit2 dtg, bukan la tak suka tetamu dtg tapi bnda2 cmtu p la klinik dulu..
last2 baca la ayat2 suci kat air penawor tu. mudah2an ada izin Nya sihat.
Ada kes pulak, isteri dtg mintak air penawar dilembutkan ati suaminya yg konon nya panas baran. Pada hal suma org tau si isteri ni yg slalu buat masalah. husband punya la baik. penyelesaian nya terpaksa la berdoa sejahterakan umah tangga sipolan & mudah2an si isteri tu bersikap baik ngn hsband dia…
Macam-macam….
Wassalam
Jan 20, 2009 @ 06:27:52
Salam dr.zeze,
Macam tu lah sifat kebanyakan org kampong. Tu yang meluat duduk kampong lama-lama. Ada sekali tu nak jadi cerita, reyoh satu rumah bila depa jumpa ada telor ayam depan rumah. Depa kata ada orang nak buat kat depa, walhal saya nampak cucu dia baru balik makan kenduri, dok main bunga telur dan telor tu lah yang jatuh depan laman rumah dia. hampehhh….
Jan 20, 2009 @ 13:09:52
memang kak zeze.. melayu ni tak lari dari penyakit hati.. suka sangat nak cakap orang tu dengki orang ni dengki.. padahal diri sendiri yang salah.
banyak jugak kes yang neeza jumpa (walaupun neeza bukanlah doctor hehehee…) yang suka jumpa bomoh dan bomoh cakap buatan orang.. padahal dia yang tak jaga makan..
Jan 20, 2009 @ 18:51:49
salam dr zeze..seronok baca cerita ceriti dalam blog doc…
Feb 28, 2009 @ 08:53:46
yeker??? tp mslahnyer kwn baek saya sndiri kena santau smpai muntah2 darah camne lak tuhh.. sebaek dah berubat ngan bapak sy.. alhamdulillah baek akhir nyee die.. emmm kalo korang2 yg ade penyakit pelik2 n mistik call lah sy yekk.. 013-3510012 (farah).. tak pun ayah sy sndiri.. 013-3976112(en zainal) insyaAllah..