Trip to Langkawi
January 31, 2009 at 4:24 pm | In family | 4 CommentsTags: cuti, Langkawi
famili trip ke Langkawi dari 24-26 Januari pembuka tirai 2009..rombongan kami 30 orang semuanya!
Sengaja ditulis di sini moga akan kekal selamanya dihati keluarga …

4pagi dari rumah,mama sekeluarga, Ayang(SIL) sekeluarga dan Acu(SIL) dan anaknya..3kereta membelah dingin pagi.. dah booking tiket feri 9.30pagi..jadi seharusnya tiba disana sebelum itu. jalan yang disangka lengang rupanya penuh dengan kereta berderet-deret, jem meleret-leret (ada bas terbalik lagi).nak g toilet PLUS beratur macam nak ambik tiket wayang…akhirnya terlewat tiba…mujur ada ada tiket tertunda jam 11.30pagi walaupun ramai yang beratur sejak awal pagi(ada yang tiba di jeti jam 9pagi dapat tiket feri 7mlm!)
Beratur di pengkalan menunggu feri..memasing teruja nak naik feri kat Pengkalan Feri Kuala Kedah..



Hampir separuh feri dipenuhi oleh keluarga..cam senget sebelah je feri tu..



check-in di Kondo Istana, 2 apartmen 3 bilik muat untuk semua..


letak beg terus pergi pekan Kuah..berjalan kaki pun sampai..antara yang menarik untuk di kunjungi:-
1.Shopping
kedai pinggan-mangkuk Hj Ismail(sokong peniaga Muslim ini yang banyak buat kebajikan di Pulau ini)
jangan lupa beli ‘Daim’ ceklat popular di sini.
2.Makan
try laksa yang tip top sedapnya kat depan tu;dan rojaknya juga serta


cendolnya sedap..

tapi pelik sikit bila ada kedai makan yang ada yang tokehnya agak agak sombong ngan orang tempatan.
Yang tinggal anak-anak bersukaria kat kolam renang..



3.Melawat
Next day jalan-jalan dan bergambar kat makam Mahsuri,


Aik!mana Rohaya? dia sibuk dengan kembarnya ni Aiman dan Akmal..dan Haikal ngintai ikan..


Kagum dengan halus senibina kayu rumah Mahsuri

Kat kawasan beras yang sengaja dibakar di Padang Maksirat




Tapi mama tertarik dengan senibina rumah Melayu ni..


Nak naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang(eeeeeeeeeeeee gayat mama tak naik)..kena datang kat sini Oriental Village..cantik tempatnya…


Ajim,Faiz dan Ami bermesra dengan anak rusa sebelum naik kereta kabel

Atas pelantar di puncak gunung Mat Cincang..


Hasilnya..satu van penuh dengan barangan Langkawi..shopping sakan depa nooo…not me.



my secret garden
January 29, 2009 at 2:10 pm | In secret garden | 2 CommentsTags: flora dan fauna, sarang burung
Bunyi bising diluar rumah mengganggu mama untuk bersarapan pagi itu..intai-intai kot tingkap dapur nampak kelibat

pokok rambutan yang baru belajar tumbuh tetapi telah dipanjat pokok kacang kelisa/kacang botol yang merasuahkannya dengan sebiji kacang yang dah hampir masak..uish camna boleh terlepas pandang ni..kalau buat ulam kan sedap.

Tapi cuba tengok betul-betul ada lagi fauna yang menumpang atas pokok tu.. jom kita tengok…yes! sarang burung…



dah dua hari burung ni sibuk menganyam sarangnya di sini …bukan mudah nak membawa daun lalang satu persatu hingga jadi cantik begini…Oh lalalala..siulnya…dah siap dah..

Hari ini mama pergi ngintai kat kat dalamnya..Eh! dah ada telur rupanya.

close up sket..cantik telurnya kan?

harap-harap kucing mama si’ER’ tak mengganggu proses seterusnya nanti..Biar ER nyenyak tidor .

cuti CNY
January 22, 2009 at 4:38 am | In cuti | 2 Comments
Apa plan cuti panjang CNY ni? ..
Along cuti seminggu,plan asal dia nak berombongan ngan kengkawan dan lecturernya ke Lumut tergendala bila Profnya tukan plan ke GAZA,Ajim dan Arif cuti seminggu.Angah sedang “tanam anggur” sementara nunggu result.Mula tu ingat nak bermalasan lepak di rumah je..nak manjakan diri bersama famili tapi sms adik merubah segalanya…
” apa plan cuti CNY ni?”…tanya adik macam ada nak ‘hint’ sesuatu ehehe…tau tak pa..
” Langkawi ke Kelantan?” reply mama…Ari tu adik ajak ke Melaka tak dapat join sebab terplan ke Penang.Merasa ler anak-anak main wau kat Padang Kota .Tapi kenapa padangnya yang cantik tu dah diteroka jadi padang tenis pulak..pastu jadi terbengkalai gitu..

Langkawi?..Pulau sumpahan Mahsuri tu?..Ok gak kan.Teringat rungutan Arif sebelum ini..tak pernah dia ke sana seumur hidupnya..kesiannya anak hitam manis mama ni.Rupanya dah lama tak ke sana…alasan ramai orang masa cuti, tsunami dsb selalu membantutkan cadangan nak ke sana.
Jadi takder alasan kali ini….dan Adik pun bersetuju..Acupun nak join..Rohani nak ikut sekeluarga, Zaharah dah 16 tahun tak kesana..Rohaya pun excited gak nak tunjukkan lagenda Mahsuri kat anak-anaknya..cuma platelet Amy yang tinggal 15 aje tu membimbangkan..kesian Amy yang selalu tergendala percutian dek ITPnya.tapi kali ni insyaallah tak apa kot…
Zam dan Ila? Hadif pun teringin nak naik feri tu..mana aci abahnya aje yang pegi ,sekali sakala maknya nak ikut jugak kan?HASUT jangan tak hasut ehehehe….kalau tukar plan bagitau okey?
“Mak long, tido aje kat umah kami” pelawa anak sepupu mama yang memang tinggal di sana…Tapi rombongan kami yang hampir satu feri tu terkejut hang nanti…mujur dah tempah dah tempatnya.

Jom kita cuti-cuti Malaysia ke sana.Pastu kita balik kampung mandi selut dan cari cari ikan sepat.

demam lagi?
January 21, 2009 at 1:09 am | In health issue | Leave a Comment
Bila Gaza di hujani peluru, bom dan paling dasyat white phosforus umpama belerang menyala seperti bunga api ke atas penduduk Palestin kita di Malaysia pula diserang dengan makluk kecil yang berbisa iaitu NYAMUK!
Tikaman halusnya yang lembut manja tu mungkin pada masa yang sama menyuntik virus Denggi atau Chikungunya yang sangat kamceng menyerang bersama sekarang ini..Ramai penduduk tak kira kampung atau pekan hatta orangasli sikit tak terkecuali dilemahkan badan akibat demam ini..Kenapa jadi begini?camna nak bezakan keduanya?camna nak hapuskan nyamuk ni?
Memang sukar juga nak bezakan keduanya kerana dua -duanya simptom yang lebey kurang sama..demam kuat tiba-tiba..tapi Chikungu demam dan sakit sendi..almost semua semua sendi sakit-sakit ketara sangat..tapak kaki rasa macam dicucuk jarum di ikuti ruam halus macam campak muncul selalunya selepas hari ke4 demam..kalau orang muda nampaknya ruam tu kadang2 muncul serentak ngan demam.
Demam denggi, patient lebih terasa sakit tulang belakang berbanding sendi lain..sakit dalam mata dan muntah pening takleh nak makan..
Tapi..apapun ujian darah boleh membezakannya.
“Kenapa orang kesihatan tak datang sembor asap pun?” pakcik yang baru sembuh demam Chikungunya bertanya pada mama bila bawa isterinya pula yang mengidap penyakit yang sama.
.Pakcik mungkin fikir bila disembur asap putih tu semua nyamuk akan serender serah diri untuk dilemaskan oleh asap putih tu?Mungkin nyamuk yang bingung aje yang KO tapi banyak lagi yang nyorok dalam umah, dalam lemari baju,dalam baldi kat bilik air atau dalam gutter atas bumbung umah, atau bawah petiais? yang tak mungkin dapat dicapai oleh asap putih tu…lagipun kita taktau mungkin ada nyamuk halus yang berkaki belang tu dah kebal dengan asap putih tu..Pastu anak-anaknya, jentik jentik yang bakal jengoi dari dalam takungan air jernih tu camna?Jadi search and destroy tempat pembiakan lebih berkesan kan?Sendiri bikin tau ..kalau tidak… terjumpajentik-jentik ni dengan pihak kesihatan nanya je kena saman!
“Napa orang Majlis Daerah tak datang bersihkan longkang kat kawasan perumahan kami?” soal cikgu ni bila dia sendiri terdengkut dengkut berjalan, sengal sendi akibat Chikungunya..Tapiiii cikgu nyamuk aedes tu tak duduk dalam longkang kotor..dia bertelor dalam air jernih aje..mungkin celah daun pokok bunga keladi cikgu yang depan umah tu dia dah parking anak anaknya.
” Jo kita balik cepat ” gesa menantu makcik ni yang takut berjangkit demam glemer ni dari mertuanya yang dah lesu tak bermaya, mengajak suaminya agar segera balik KL.Ngeri gamaknya bila mama saja ugut dia yang penyakit ini sangat-sangat senang berjangkit.Sampai hati dia nak tinggalkan mertuanya yang nak nak berdiri sembahyang pun tak berdaya..nak bertinggung duduk pun payah..sanggup dia nak biarkan gitu?Lorrrr…bersentuh ngan pesakit Chiku atau denggi takkan berjangkit dengan cara gitu dikkk.
” petang petang takyah ler duduk lepak kat luar buat masa ni sebab waktu ini masa nyamuk ni dinner ( jam 5petang-8malam) atau waktu breakfastnya( 5pagi-8pagi)…kalau kita ada kat situ ada peluang ler dia” terang mama pada anak remaja ,pelajar yang nak ambik UPSR tahun ini.
“Awat gatal sangat ni” komplen pakcik bekas askar sambil dok garu kulitnya yang penuh ruam setelah demam panas 4hari lepas..”makcik kamu bagi pakcik makan sup ketam hari-hari sejak demam ni.Kenkawan kata sup ketam bagus untuk demam ni “..
Padan ler…Ramai yang percaya air rebusan ketam baguz untuk naikkan platelet kalau demam denggi tapi demam chikungunya tak ganggu paras platelet kan.jadi tak perlu kot..lagi gatai ader la.Ada juga patient yang minum air daun betik yang pahit berdengung tu ..cara traditional yang mungkin berkesan jika demam denggi, juga boleh menambah paras platelet ..rasanya tak salah kot kalau larat minum air betik tu..
itulah demam yang benar-benar me’lumpuh’kan kekuatan kita..senjata biologi yang mungkin Amerika tak tau lagi kegunaannya..kalau tidak dah laku kita tangkap dan ekspot nyamuk Aaedes pulak.
bersangka baik?
January 20, 2009 at 8:18 am | In untuk pengajaran | 2 Comments
Pernah merasa sakit psychosomatik?.iaitu sakit fizikal akibat tekanan perasaan…Ayuh kita ikuti citer ini sebelum melabel patient psychosomatik..
“Kenapa sejak akhir -akhir ni saya selalu berdebar-debar, sesak nafas dan sakit dada .Takleh dengar bunyi telefon lagi kuat debarnya.”
Aik? bunyi macam nak kena heart attack je kan tapi jom kita cek tengok…takder yang menjurus ke diagnosis itu plak.Telefonphobia ke? atau psychosomatik.Makcik lawa ini masih nampak manis walaupun dah separuh abad ..tentunya cantik dia masa muda dulu bisik hati.
Sebelum nak hantar makcik ni ke makmal atau nak buat macam macam ujian cardio jom kita tanya lagi..
“Ada apa yang dibimbang atau di risaukan ke?” serkap mama.
“Takderlah! anak-anak semua dah besar, dah kerja ,makcikpun dah ada cucu..takder apa nak dirisaukan lagi” nafi beliau.Masih berahsia mungkin segan nak bercerita..Tapi takkan nak tulis ubat dah selesai citer di situ?Dan nak biarkan dia bershopping untuk doktor lagi dengan simptom yang begitu?
“Suami sihat makcik? terjah mama.* wink*wink
“Itu la.Dia tak der ni ,sedang bertugas kat sempadan.Sebulan dia kat sana.” dia mula bercerita.”Saya risau jugak dia kat sana..Takut dia main kayu tiga ngan saya” haaaa kan betul ‘RISAU’ ?
“Mana mungkin saya tak syak.Dia dah lain macam sekarang ni.semasa di rumah bila dapat panggilan telefon dia akan bercakap jauh dari saya, bila tepon berbunyi dalam kereta dia tak jawab atau matikan terus enset, bila di rumah enfon tak lekang dari tangannya atau disorok dalam beg dipinggangnya”
laju makcik lawa ni bercerita perubahan perangai suaminya sejak akhir-akhir ini.Suaminya seeperti ada simptom bunga-bunga cinta je kan?
Tapi satu hari tu suaminya terkantoi juga dengannya.Dia lupa bawa enset semasa pegi semayang jumaat, jadi bila ensetnya berdering dijawab oleh isterinya yang menyamar mengaku adik eehhe boleh tahan gak makcik ni jadi jems bon.
” Saja nak tanya… abang L ni bila nak datang .Janji tadi nak jumpa dengan saya di sini” suara pempuan manja di hujung sana…pempuan tu panggil ‘abang’ kat suaminya…
Sejak itu makcik lawa ni selalu rasa syndrome menopausenya menjadi-jadi..So camna?
Buatan orang?
January 18, 2009 at 6:30 pm | In motivasi | 6 CommentsTags: bomoh, buatan orang

“Dah sihat makcik?” sapa mama dengan makcik sorang ni bersama suaminya..semasa berjumpa di tengah jalan bila mama menziarah orang meninggal tempohari.Dia baru keluar dari hospital…tapi kata-kata suaminya membuatkan mama terpana seketika;
“Ala bukan sakit biasa tapi kena buatan orang” lantang suaminya bersuara.”Bukan orang lain pun anak menantu sendiri”..mama kelu kata-kata.EH! dengar kabar hari tu makcik ni hyperglycaemia(paras gulanya tinggi melangit) ala ala DKA(Diabetic keto acidosis) gitu..dah meracau bukan -bukan…dia diabetic.Tapi diagnosis mereka jadi lain pulak..mana mereka nak mengaku gitu…kalau dah meracau tu mesti kena rasuk ler..tapi mama malas ler nak bersoaljawab panjang ditengah jalan tu..lagipun diaorang pun nak gi ziarah orang meninggal gak..so biar dia dengan diagnosisnya..
“Ada ke anak sanggup nak bomohkan ibu sendiri..lagipun ada lagi ke orang yang sanggup nak ber bomoh ni?” soal mama pada abah.Tu yang bahayanya bila jumpa bomoh begini siap buat tuduhan lagi..Kan makcik ngan pakcik ni dah marah sangat ngan anak nya..pasti lepas ni hubungan mereka tentu tidak akan semesra dulu lagi…jadi benci tapi rindu..dahsyat kan?
Teringat cerita makteh Ma, kawan mak di kampung yang menyesal tak sudah.Apa ke tidaknya bila rantai emasnya yang besar gedabak macam tali sauh itu hilang..jenuh dia pergi jumpa bomoh untuk meniliknya ..dan bagitau siapa pencurinya..tak lain takbukan bomoh tu kata KAKAKNYA sendiri..kebetulan kakaknya yang satu satunya tu pernah datang bertandang ke rumahnya dan rantai tu hilang masa ketika tu juga menguatkan tomahan bomoh tersebut..sejak itu mereka bermasam muka..tak bertegur sapa putus saudara hingga kakaknya menjadi aruahpun dia tak pergi ziarah jenazahnya..marah sangat ler tu padahal kalau dah hilang tu redha sajalah..bukan rezeki kita lagi..
Tapi bila dia berkemas biliknya pada suatu hari berderau darahnya bila terjumpa semula rantai besarnya tu terselit dicelah papan katil di dalam biliknya..BUKAN di curi kakaknya.Sesal tak sudah selepas itu.Nak minta maaf kat kakaknya camna?
Satu kes lagi sepasang suami isteri yang baru 3 bulan kawin datang jumpa nak minta rawatan isterinya yang selalu pening pitam semenjak dua menjak ni..bila pergi jumpa bomoh..pakcik bomoh bagitau isterinya terkena ‘buatan orang “..tapi walaupun dah dirawat dek bomoh tu masih tak reda jugak penyakitnya… tu yang datang jumpa mama plak.Haaa biar mama pulak yang mengengoknya…
Tapi kali ini si suami pulak terkejut bila mama bagitau isterinya memang ter kena penyakit buatan orang dan orangnya dekattttttt dengannya..setelah buat UPT(urine pregnancy test) isterinya positif!..Tu la masa kursus kawin tempohari hang tidoq ka?
song for Gaza
January 17, 2009 at 6:30 am | In motivasi | 1 CommentTags: song for Gaza, we will not go down lyric
May Allah give strength to the muslim brothers and sisters in Palastine. Doa for the safety of our Malaysian hero Prof Ikram and Dr.Al-Amin yang telah ke sana.
May Allah bless our brothers for their courage and commitment. May Allah bless and take care of their families in their absence.
Please listen to this song…Thanks Michael.
Song Title: We Will Not Go Down (For Gaza)
Written and Performed by: Michael Heart
Dedicated to all the Palestinians in Gaza
Lyrics
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
sunathon 2009
January 16, 2009 at 4:18 am | In health issue | 1 CommentTags: sunathon

gambar atas ni: Dekna,Faiz,Ajim dan Arif mandi airterjun cendawan di Bukit Merah..Tepeng
“Hello, assalamualaikum Auntie..kawan saya cadang nak minta doktor bantu untuk kampungnya buat sunat beramai-ramai ..boleh ke?”
kawan Along si macho Farid tepon.
Perkara yang baik jangan di tolak kan?
So kita akan bersunathon lagi cuti sekolah bulan Mei ini…kali ini kita buat kat sebelah utara plak..kat Tepeng…so sapa sapa berminat nak tolong?Jom..
Asyura
January 15, 2009 at 4:27 am | In cerita kedai kopi | Leave a CommentTags: bubur asyura

Terliur tak?Hehehe ni entry pasal makan pulak..Kebetulan musim bubur asyura baru aje berlalu ari ni nak tunjuk bubur asyura yang berbagai versi dan rasanya..
Gambar atas tu bubur asyura versi Kedah atau utara yang manis rasanya yang biasa mama makan sejak kecik kecik dulu dan sekarang sedang teringin benar nak memakannya tapi tak berkesempatan balik kampung untuk merasanya …orang kampung panggil bubuq sogha..depa kacau tepung beras campur gula campur santan campur ubi,pisang,kacang,jagung,nangka(kalau ada la)..kacau dalam kawah hingga adunan tu dah tak melekat di senduk baru angkat.bila dah sejuk macam gambar kat atas tu baru boleh di potong untuk dihidangkan…hmmmmmmmmmm sedappp.
Tapi ada yang kreatif men’glamer’kannya dah jadi macam gambar kat bawah ni.



Menarik gak kan?Nak try ini resepinya
Bahan-Bahannya:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara-Cara
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.
p/s boleh dimasukn isi durian..lagi bertambah sedapp
Yang kat bawah ni dipanggil bubur sugho kalau di Kelantan..rasanya manis campur pedas ala-ala makjun gitu sebab banyaknya rempah ratusnya..taste mama ler .Tapi mama sangat suka makannya bila ditabur beras goreng dan telur dadar yang beranika warna..masa kerja kat sana dulu merasa ler join staff menyediakannya siap ngan buat pertandingan lagikk..sekarang dah hampir 14 tahun tak merasanya…dah windu plak dengan rasanya.


Yang gambar bawah ni pulak bubur asyura dari teganu..teringat masa berjiran dengan kakak dari teganu, selalu diberi kami bubur yang camni rupanya..rasa seperti bubur lambuk siap ngan ada daun paku-pakis lagik.

Bubur Asyura Perak (sori tak da gambarnya pulak) serupa macam bubur lambuk bulan puasa tu cuma ditambah kacang kuda ..Semasa pergi umah saudara di sebelah Pengkalan Hulu dolu dolu syuranya macam nasi himpit tapi rasanya macam nasik lemak ditabur serunding ikan bilis di atasnya..mungkin lebey kurang camgini kot?
Ni bubur asyura ape ye?Nampak cam luxury gitu.

being classic…
January 11, 2009 at 12:36 am | In cerita kedai kopi | 2 CommentsTags: doris day, perhaps, Quesera sera
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.