Target..
October 30, 2008 at 11:29 pm | In untuk pengajaran | Leave a CommentTags: be good
Jadilah orang yang baik, bila ada dihormati, bila tiada di dirindui bila mati ditangisi.
Jangan jadi orang yang jahat, bila ada di benci, bila tiada dikeji bila mati disyukuri.
Terjumpa catatan ini yang pernah mama tulis di buku conteng Azim.
panggilan Haji
October 30, 2008 at 8:30 am | In untuk pengajaran | Leave a CommentTags: haji, panggilan kaabah
Jenuh pakcik tunggu selama ini nak pergi haji,akhirnya nama Pakcik masuk juga dalam senarai haji tahun ni..tapi bila peksa ngan doktor , dia kata Pakcik tak boleh pergi pulak…oooo mana boleh macam tu.Dia ingat kalau pakcik tak pergi boleh sembuh sakit pakcik ni?.Biar pakcik mati disana pun tak apa..lagi dekat dengan nabi kita
Begitulah cerita Pakcik peneroka yang ’sakit hati’ sangat bila dia taklulus untuk pemeriksaan kesihatan haji untuk tahun ni.Pakcik yang memang sekian lama sakit darah tinggi disahkan mempunyai bengkak jantung kiri( Left ventricular hypertrophy) ….fenomena ‘biasa’ pesakit darah tinggi yang kemudiannya bertekad berjumpa doktor lain (doktor itu bukan mama tau) yang akhirnya meluluskan pemergiannya .Pakcik nampak ceria ,tidak penat dan masih gagah nampaknya berbanding diagnosis yang diberikan.
Cuma problem lain pulak menduga…. isterinya yang akan pergi bersama diserang demam Chikungunya..jadi dari jauh dia datang untuk berubat.
‘Insyaalah boleh sembuh dan makcik boleh pergi nanti.Kita sama-sama berdoa.Jangan risau kalau betul nama pakcik dan makcik sudah ada dalam senarai tetamu Allah tahun ini..insyaalllah Allah akan izinkan pakcik makcik berada di sana walau bagaimana cara sekalipun “kata mama memberi semangat pada makcik yang sudah nampak kecewa…masa berangkat dah semakin hampir.
Begitulah sakit fizikal kadangkali dapat diatasi dengan semangat spiritual pesakit untuk melakukan sesuatu yang sangat diingini meraka.
Cuma kadang -kadang doktor sebagai perawat muda ada yang agak taksub dengan prognosis yang dibaca dari teksbook semasa di medical school dulu…hingga kita lupa yang dateline mati bukan urusan kita.Kalau seperti patient ini yang lebih bahagia mati setelah dapat apa yang dihasratkan macamana?”mati dalam senyuman” ..seperti dialog filem P.Ramlee semasa jadi ketua penyamun tu… siapa yang boleh menghalang mereka kan?
Bab kesusahan dan kepayahan semasa menjalani ibadat itu dianggap sebagai ujian oleh mereka ..bukan kah begitu cakap ustaz semasa mama dengar ceramah kursus haji dulu? Jadi itulah berbezanya mereka bila berdepan dengan kepayahan semasa disana..begitu redha dan tekunnya mereka beribadat.Begitulah yang mama lihat semasa berada di sana dulu.Cuma kadang-kadang kepayahan itu di salahgunakan oleh pengendali haji yang seolah sengaja mengambil kesempatan ke atas jemaah atas sebab “redha ujian”.
Pernah rombongan haji mama ditempatkan seperti sardin disebuah bilik sempit hinggakan nak berlunjur kakipun payah semasa menunggu waktu wukuf di Mina..
“Sabar ya ini ujian Allah” kata mutawif yang mengiringi pasukan kami, jemaahnya.Dia dan kengkawannya bertiga bahagia bergolek santai di bilik yang luas dan lapang.
“Maaf puan, ini bukan ujian… ini mengambil kesempatan keatas jemaah namanya.Apa puan tidak kasihankan kami musafir yang diseksa begini? ” tegur mama yang kemudiannya jemaah jemaah lain boleh menarik nafas lega setelah mendapat bilik tambahan lain yang lebih luas dan selesa.
Dah tu sebelum pergi mereka ini dah berjanji manis kalau kita pergi dengan mereka swasta..tup tup bila tiba di sana segalanya dikatakan ujian…
Terkejut mama bila abah bagitau Pakcik yang tercungap penat akibat heart failure di’kurung’ di bilik keseorangan sementara menunggu kami selesai melontar di Mina.Ustaz yang mengiringi kami yang juga kebetulan anak saudara pakcik ini hanya berkata ” Nak buat macamana mungkin itu ujiannya kot,terima ajelah.Dia kena tunggu hingga kita selesai melontar di Mina baru boleh uruskannya.”
“Huish! ustaz jangan gitu..kita hantar dia ke hospital boleh diberi rawatan.Kalau dibiarkan sendirian dalam bilik tu takada perasaan belas-ehsan namanya tu” tempelak mama.Petang itu juga pakcik dimasukkan ke hospital dan kemudiannya mama nampak dia dah boleh tawaf wida’ bersama kami walaupun berkerusi roda sebelum berangkat pulang.
Jadi selamat berangkat dan semoga mendapat haji yang diterimaNya.
Ohhhh!mama dah rindu untuk ke sana semula.Labbai kallah!…
Chiku-ngunya or chiku-punya?
October 23, 2008 at 10:21 am | In ya sakit apa? | Leave a CommentTags: demam Chikungunya
“Kalau sah kata doktor penyakit Chiku tu saya kena balik pergi pasar cari buah ciku” kata patient selamba dan bersungguh.Wabak chikungunya masih banyak,setiap hari lebih dari 10 kes yang datang,kadang-kadang serumah, ada yang sekampung.Pendidikan kesihatan tentang penyakit ini tak sampai pada dia lagi mungkin?
Mama senyum dan tanya “kenapa pula nak beli buah ciku?”
“Deme kata kena makan buah ciku banyak-banyak untuk lawan penyakit ni sebab ini penyakit chiku- punya”Hahahah..ooooo itu antidotnya…mama tak dapat nak kawal geli hati tapi hanya ketawa di mata.Mana nak cari buah ciku yang dah payah nak dapat sekarang ni?Pokok ciku mama kat belakang umah tu pun asyik berbuah kematu saja.
Kesian mereka salah maklumat ni…Chikungunya tak sama dengan ciku-punya, juga tak serupa dengan cikgu-punya seperti yang diseloro oleh pakcik pakcik yang agak nakal mindanya.
Yang kena sejak 3 bulan yang lalu selepas raya datang kembali sakit sendinya…Mungkin sebab makan pulut @lemang atau kuah kacang nasi impit ke yang jadi gitu?.Patient buat hypothesisi sendiri.
“Biar ler makcik dapat sakit lain tapi jangan lagi dapat sakit ni.Sakit di segenap (ertinya disetiap) sendi .Payah nak bergerak.Nak alihkan badan bila tidur malam pun payah” kata sorang makcik yang takdapat nak buat ketupat raya tahun ni,terkilan bila cucu balik nak makan ketupat raya opah tak kesampaian.Sakit dipergelangan tangannya nak pulas daun palas pun payah.Begitulah deritanya mereka.
“Haaa!ubat apa yang doktor bagi kat emak saya hinggakan dia dapat allergik merah seluruh badan macam ni?” dakwa pemuda India berseluar Khaki suatu petang.Emaknya datang 4 hari yang lepas dengan demam dan sakit sendi tiba-tiba.Chikungunya ni…dah mama bagitau kat patient hari tu melalui jurubahasanya..ehehe mama tak pandai bahasa Tamil..kalau setakat valli=sakit,muchu=penat ,tu tau ler sikit sikit.Dah bagitau pun ..mungkin akan keluar ruam merah kat badan dalam tempoh 4-5hari selepas demam…betul kan?.Ni ruam demam Chiku bukannya allergik..kalau allergik ubat takyah tunggu 4hari nak!Anaknya yang nampak agak educated mohon maaf dengan tuduhannya selepas mama jelaskan padanya.Bapanya hanya diam mengangguk kerana dia pun mangsa tikaman Aedes durjana itu juga dah melaluinya, demam,sakit sendi dan ruam.
Lagi haru bila pemuda Melayu,29 tahun ni pesakit psoriasis yang penuh kuping merah seluruh badan,berjalan terkepit kepit menahan lututnya yang sakit dan muka panas menyala di papah emak dan bapanya yang baru lega demam Chikungunya 2minggu lalu mengadu;
“Demam,sakit sendi baru pagi tadi”sambil menunjukkan setiap sendinya yang lenguh dan panas bengkak serta sakit tu.Psoriatic arthritis tak sesakit gini.
..macamana ler kalau ruam itu pulak timbul dibadannya yang sudah berkuping merah itu selepas ini?Tentu derita dia ni.Mudah-mudahan virus Chikungunya tak mengganas dan bertimbangrasa dengan pesakit psoriasis ini.Amin.
Dan tersentak juga bila ada patient bagitau”Orang bagitau ( siapa?ex-Chiku patient ke?) kalau demam gini kena datang klinik ini” ….Hish! kamu?sambil point pada diri sendiri…jangan tumbuh tanduk atas kepala.Ingat pada Tuhan yang menyembuhkan.
Be a great doctor?
October 23, 2008 at 5:18 am | In untuk pengajaran | Leave a CommentTags: Patch Adams movie
Pernah melihat cerita Patch Adams?ceritanya sangat menarik dan menjadi aspirasi terutamanya untuk bakal bakal doktor menontonnya..
from XXXL to M
October 20, 2008 at 10:45 am | In family, keluarga | 4 CommentsTags: Along
Dulu ….
Terkenang suatu ketika dulu susahnya mencari baju untuk Along sentiasa over size dari sejak lahir hingga sekolah menengah..
Setiap kali ingin membeli baju terpaksa mencari di kedai di T.I yang limited pilihan dan kalernya.Seluarnya pulak kena cari kat bahagian dewasa walaupun masa tu dia baru di sekolah rendah ,beli seluar minta tolong Ayangnya atau akan bawa ke kedai untuk dipendekkan kaki seluarnya..
Tapi alhamdulillah sekarang Along dah berubah dari tRIPLE X menjadi M…
sama tapi berbeza
October 16, 2008 at 10:20 am | In tekateki | 2 CommentsTags: teka teki
“Apa yang sama antara ampaian kain dengan talipon?” tanya Arif berteka- teki dengan mama dan abah.
“Kedua duanya guna tali” abah jawab gitu dan mamapun jawab yang sama.
“Hahaaha…tadi masa cikgu tanya ramai dalam kelas yang jawab gitu, tapi salah kata cikgu”jawab Arif tersenyum dapat mengalahkan mama dan abah kali ini.
Dah tu apaaaa????”…..siapa tau?
JOM!…
October 16, 2008 at 9:16 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: PPIM
Melihat kepada tajuk tajuk yang akan dibincangkan rasanya rugi untuk melepaskan peluang mengikuti saintifik meeting kali ini.Jom sertainya…
TENTATIF PROGRAM
MESYUARAT SAINTIFIK TAHUNAN PPIM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10
Sabtu, 18 Oktober 2008
0700 – 0800 Pendaftaran
0800 – 0815 Bacaan Doa dan Bacaan Quran
(Pengerusi : Dr. Basir / Hj. Hisham)
0815 – 0900 Syarahan Pembukaan:
Menyedari Tanggungjawab Pengamal Perubatan yang Holistik
Prof. Dr. Muhaya Mohamad
(Pengerusi : Dr. Basir / Hj. Hisham)
0900 – 0930 Acara Perasmian
Kata-Kata Aluan:
1. Dr. Hj. Abdul Karim Tajudin
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-10 PPIM
2. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Merican
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
0930 – 1015 Syarahan Az-Zahrawi
Dr. Danial Zainal Abidin
(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)
1015 – 1045 Minum Pagi
1045 – 1130 Plenari I
Cabaran Baru untuk Pengamal Perubatan Muslim
SS Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin
(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)
1130 – 1300 Simposium I
Isu-Isu Sosial di Bidang Perubatan (Wanita & Kanak-Kanak)
Panelis :
1. Dr. Maimunah Mohd Fadzil
2. Dr. Norrashidah Wahab
3. Ustaz Helmi Mohd Nuri
4. Dr. Amaluddin
(Pengerusi : Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed)
1300 – 1415 Makan Tengahari dan Solat Zuhur Berjemaah
Imam : Ustaz Haslin Baharim
1415 – 1545 Simposium II
Cabaran Pengamal Perubatan dalam Mengatasi Isu-Isu Sosial
(Remaja & Dewasa)
Panelis :
1. Dr. Hj. Abdul Karim Tajudin
2. Dr. Fauzi Ismail
3. Ustaz Haslin Baharim
4. Prof. Dr. Abdul Rashid
(Pengerusi : Dr. Basir Towil)
1545 – 1630 Plenari II
Integriti Remaja : Peranan Ibubapa dalam Pencegahan dan Perawatan
Dr. Alini Marzuki
(Pengerusi : Dr. Hanun Fauziah)
1630 – 1715 Kualiti dan Penyelidikan oleh Pengamal Perubatan Muslim
Dr. Hj. Azman Abu Bakar
(Pengerusi : Dr. Ramdzan Jamil)
1715 – 1730 Minum Petang dan Solat Asar
Ahad, 19 Oktober 2008
0815 – 0845 Tazkirah Pagi
Dato’ Dr. Haron Din
(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)
0845 – 1015 Simposium III
Rukhsah Pesakit, Dilema Doktor dan Pesakit
Doktor Bertanya, Ustaz Menjawab
Panelis :
1. Dato’ Dr. Haron Din
2. Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed
3. Prof. Madya Dr. Naimah
4. Dr. Fauzi Ansar
(Pengerusi : Dr. Jeffrey Abu Hassan)
1015 – 1100 Plenari III
Isu-Isu Sosial dalam Bidang Perubatan
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
(Pengerusi : Dr. Wan Hamilton)
1100 – 1145 Jamuan Ramah Mesra
1145 – 1230 Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PPIM Ke-10
1230 – 1300 Upacara Penutup
gejala so’sial’
October 15, 2008 at 9:45 am | In untuk pengajaran | Leave a CommentTags: molested, rape, sexual abuse, sodomy
“Kamu tahu kenapa kamu di panggil ke sini?” tanya tuan hakim.
” Ya, Yang Arif,untuk menjadi saksi ke atas kes sepolan bt sipolan(bukan nama sebenar)” jawab mama.
Wah! kebelakangan ini banyak kes kes melibatkan sexual abuse, molested child , rape dan sodomy yang datang.Mungkin selepas kes liwat Anwar diperkatakan secara terbuka ramai yang berani tampil untuk membawa kes kes sebegini ke mahkamah.
Kes kes pelik tapi benar menjadi kes so’sial’ untuk diselesaikan; Isteri di’rogol’ during menses dan diliwat suami,tokwan mencabul cucu jirannya, anak menakan yang baru 15tahun merogol maksunya yang OKU,sepupu yang masih bersekolah bersekedudukkan macam suami isteri walaupun baru berumur 14tahun!remaja lelaki 16tahun mengaku dirogol gadis bohsia( rogol ke?kononnya hadiah menang rempit),penderaan fizikal terhadap isteri hingga ada isteri mendakwa ditolak suami jatuh dari kereta yang bergerak laju dan senarainya so’sial’ ini semakin panjang dari hari kesehari……..
Malangnya pihak yang menjadi mangsa mengalami kesukaran untuk mendapatkan bukti sahih yang mengenai tuduhan mereka kerana lewat datang untuk pemeriksaan atau ..sukar dibuktikan secara saintifik seperti sukarnya kes Norita yang mati taktahu siapa yang empunya airmaninya.
Implikasinya..Ada yang keluarga enggan mengambil tindakkan,mendiamkan diri dari mendapat publisiti murahan.
“Takyah report lah! doktor peksa aje betul ke tidak dia kena rogol@rape@sodomized@molested@didera?”
Wah !begitu mudah penyelesaiaanya.Mama pulak yang pening mencongakkan kebarangkalian yang menjadi kesimpulan nanti.Apakah ianya mungkin berlaku?,benar terbukti berlaku? atau tidak dapat dibuktikan berlaku?
Sebelum waktu berakhir
October 15, 2008 at 9:24 am | In hiburan | Leave a CommentTags: Bila waktu telah berakhir, lagu dakwah, Opick
Lagu lagu Opick memang bagus mendidik jiwa.Jom nikmatinya…
open house..
October 14, 2008 at 12:33 am | In family, keluarga | 3 CommentsTags: raya
Sabtu lalu buat rumah separuh terbuka..meraikan kengkawan Angah, Ajim,Arif dan jiran yang janji nak datang beraya di rumah.Semua masak sendiri ..Menunya simple saja meesup utagha, pulut kuning@pulut kunyit rendang kicap dan rendang ayam…Air bandung soda n jus mangga..cuci mulut nata de coco.Plus cookies yang abah tolong completekan malam tu..mama dah tertidur keletihan dengan telekung selepas isyak yang lewat jam 12 malam!
Oleh kerana pagi Sabtu mama masih bekerja jadi perlu masak awal-awal ..pepagi lagi abah ke pasar beli 8ekor ayam untuk rendang dan pulut kunyit yang mama siap masak sebelum keluar bekerja.Malangnya kuah meesup seperiuk besar yang telah siap dimasak sebelum itu.. rosak oleh sebab masaalah teknikal terpaksa dicurah ketanah..masak semula pagi tu…Cobaan.
Kengkawan Ajim datang seawal jam 8.30 pagi..Awainyer!…takut bertembung dengan senior mereka kengkawan Angah hehehe ciannyer.
Kawan Arif tiba selepas Asar.Wah!umah tiba-tiba jadi meriah.Ini gambar-gambar yang sempat dirakamkan..masa tengah ramai semua bizi melayan tetamu.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




























