Anwar oh Anwar….
June 30, 2008 at 1:02 am | In politik | Leave a CommentTags: Anwar, liwat
Anwar dituduh meliwat lagi?…Adakah akan menggunakan skrip yang sama seperti dulu ?Adakah tilam akan diusung ke mahkamah lagi? Kita tunggu dan lihat Episod selanjutnya.
* selalu berpesan kepadaa peserta setiap kali ceramah di kursus kahwin…meliwat tak boleh melawat boleh….
sunat …
June 27, 2008 at 3:49 pm | In ya sakit apa? | Leave a CommentTags: khatan, sunat
Pulut kunyit dengan rendang pedas ayam atau kari adalah perkara biasa yang mama terima ketika menyunatkan bebudak.Bukan minta pun macam syarat tok bidan di kampung tu tapi macam satu amalan pulak kan…mak atau opah kanak kanak itu akan membawa benda ni sebagai token .Mama yang yang hantu pulut ehehehe orang utara memang gemarkan pulut tau..apajenis masakan kalau namanya pulut memang susah nak tolak ler..kalau pulut ikan tamban kering gaul kelapa parut lagi best …tapi sekarang dah menurun pada anak anak yang mengikut abahnya juga..pulut lemak ngan rendang kicap puhhh!! meleleh sampai ke siku Arif tu makan…..
Baru baru ni selepas sunatkan sorang budak pempuan tu, emaknya serahkan satu beg berisi benda benda ini…kelapa sebiji,serbuk kunyit,rempah kari,garam, asam gelugor=asamkeping, bawang besar dan gula..mungkin untuk masak kari kot?..Alhamdulillah terima kasih…tapi kalau lain kali deme bawa minyak petrol atau beras ke best gak kan?…
mengejar cemerlang
June 25, 2008 at 1:05 am | In untuk pengajaran | 3 CommentsTags: ikhlas, kerjaya
11tahun lalu……di bilik Pegawai Kesihatan Daerah.
“Doktor! bagi tahu saya kenapa saya tak boleh dapat melintang atau menegak kali ini?!!!!!“bentak seorang staff, merinyu kesihatan berwajah garang sambil tangannya menggenggam menghentak meja mama suatu hari.Wajahnya yang macam watak antagonist filem Tamil tu berpeluh peluh dalam bilik mama yang beraircond tu.Marah benar nampaknya dia.Staff lain yang cuba meninjau dari jauh mama bagi isyarat supaya menjauh..biarkan saja mama berdepan dengannya…
Mama yang taktahu hujung pangkal diterjah staff yang marah marah gitu terpinga pinga heran.
“Kamu duduk dulu. Cerita apa masaalah kamu sebenarnya.Nampaknya ada benda yang membuat kamu marah benar ni” mama cuba mengawal debaran berdepan dengan dia ni yang terkenal dengan sifatnya yang agressif …mama selalu mendapat aduan dari kawan sejawat tentang salahlakunya dan komplen dari superiornya kerana selalu bertentang pendapat dan melawan arahan.Enggan bertugas bila ada tugas tugas segera seperti mengawal wabak denggi yang memerlukan tindakkan kawalan cepat…tapi mama tahu sebabnya…. dia ada melakukan kerja part-time..menjadi pemandu kereta tarik dilebuhraya.
Mama biarkan dia bercerita..biarkan dia luahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini..biarkan dia dia bercerita tentang rasa takpuashati dan rasa tertindas dari persepsinya.
Rumusannya…. dia ni memang tertekan kerana masaalah kewangan dan dia rasakan dengan mendapat anugerah yang diharapkannya itu dapat menambahkan pendapatannya..ditambah dengan cabaran /sindiran kengkawan yang menambah bara dihatinya hingga dia nekad untuk berdepan dengan mama kali ini…Laporan dan markah SKT yang dinilai oleh Chief IK nya (IK=Inspektor Kesihatan) sebagai penilai pertamanya cukup tidak memuaskan hatinya…Dan dia mengamuk sakan bila namanya tak muncul dalam senarai cemerlang…Puhhhh!…
” Saya dah tak boleh sabar kali ni.Kawan kawan sebaya saya yang lain semua dah dapat.Saya ingat tahun ini saya bleh dapat sebab dah dekat nak pencen tapi IK saya tu memang cari pasal!Saya tau dia tak suka saya..tu pasallah dia bagi markah SKT saya rendah camtu!” nampak benar dia berharap untuk pencen dengan paras gaji yang lebeh baik berbanding dulu….Harapan yang menjadi idaman semua penjawat awam bila menghantar SKT tahunannya….untuk sekurang kurangnya tersenarai sebagai penerima gaji melintang atau menegak…Cuma ramai yang menyimpan angan angan itu dalam hati tak seagreesif dia untuk mendapatkannya..tapi layakkah dia itu perkara yang berbeza..Dia peduli apa…
Dalam keadaan gini tak guna kita membangkang pendapatnya..yang hanya akan menambah berangnya..nanti takpasal pasal mama yang yang jadi mangsa geramnya.Jadi mama guna kaedah lain..takguna memberi janji palsu..janji nak bagi anugerah tu untuk tahun depan dan tahun berikutnya..
“F…kamu tahun lepas raSanya tak pernah ambik MC kan?Kamu jarang bercuti nampaknya..memang kamu rajin bekerja.” puji mama ikhlas.Mukanya yang marah tadi mula kendur tegangnya.Manusia mana yang tak suka dipuji.Tapi memang betulpun…. dia ni memang begitu cuma tingkahlakunya yang agak agresif dan suka bergaduh fizikal dengan kengkawan itu kurang menyenangkan…ganaznya seperti selalu kita tengok macamana pemandu kereta tarik yang memandu zupp! zappp! melintas ganas atas jalanraya.
“Anak isteri kamu sihat?” angguk dia.Mukanya nampak kembali relaks bersandar dikerusi..Mama puji dia kerana bertanggungjawab jaga keluarga..komited dengan kerja..dan bl..bla..bla…pastu..baru start …
“Kamu tahu F.. sayapun macam kamu….kalau boleh tiap tiap tahun nak anugerah tu tapi itu anugerah untuk yang terbaik diantara yang cemerlang..toksah kita berharap sangat.Kadang kadang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…dia tak bagi dalam bentuk cash tunai macam kita hendak..yang kita nampak.Tapi dia bagi anugerah tu dalam cara lain..Dia sihatkan badan kamu, Dia sihatkan keluarga kamu..dia bahagiakan perasaan kamu..Dia pelihara keselamatan kamu semasa bertugas termasuk semasa kamu memandu laju diatas jalanraya…Itu ANUGERAH yang kita tak perasan…yang tidak kita iktiraf sebagai anugerah.Takguna kalau kamu dapat duit ektra tapi terpaksa bayar itu ini ..bayar kos berubat sebab sakit sentiasa..kereta rosak sentiasa..lagi kamu berkeluh kesah kan?.
Kerja kamu ni banyak pahalanya jika kamu ikhlas(jangan dok cebik ok=ni realiti)”…tugas kamu sebagai merinyu kesihatan tu menjaga masyarakat supaya sihat…. supaya mereka dapat bekerja untuk menyara keluarga mereka..supaya mereka dapat mengerjakan ibadat ..yang kamu pun dapat tempiasnya juga.Bla..bla..bla...” F terdiam dan kemudian akur dengan kata kata mama.
Harap dia faham dengan apa yang mama nak sampaikan…harap dia tak marah marahkan IKnya dan mama yang tak dapat baginya anugerah tu..Dan mama yakin itu kerana pernah selepas kejadian itu dia laju memintas mama di lebuhraya hingga ke R & R suatu hari hanya semata mata ingin berterima kasih atas nasihat mama yang membuatkannya lebih tenang dengan kerjanya sekarang.
Ya la kita yang bekerja ni bukannya boleh menunggu surau atau masjid untuk beramal beribadat macam orang lain yang dah pencen tu tapi semasa bekerja ni kita mengutip pahala jika ikhlas kan?????…Tu yang kerja sebagai ibadat..tak yah jenuh kerajaan dok kempem macam macam supaya staff nya komited bila bekerja..supaya menilai setiap waktu yang dibayar gaji tu berbaloi ke dengan tugas/titikpeluh yang kita berikan bukan sebaliknya.Jangan dok demand gaji je tapi banyak habis dengan minum pagi, minum selepas pagi=10pagi, minum petang dsbnya….
serba salah…
June 24, 2008 at 4:58 am | In ya sakit apa? | Leave a CommentTags: rhasi
“Kerja sendiri senang la nak cuti” itu persepsi kita bila bekerja sendiri kan…Bila bila masa aja boleh tarik pintu klinik tutup dan letak notis TUTUP besar besar di situ…tapi bagaimana dengan patient.?Banyak masaalahnya tau…
“Kami tunggu dari 6.00ptg hingga 8.30 malam depan klinik semalam,tak baca pulak notis kat depan tu“.Cerita patient yang datang semula dengan kereta sewa keesokanya.Alamak!Notis mama kat depan tu tak cukup besar untuk dibaca?.Malam ini tutup, esok buka tertulis di notis tu. “Tambang mahal sekarang.Bas takat pukul 6 ptg ja.Terpaksa naik kereta sewa” Kata kata patient membuat mama rasa bersalah ..tapi mama tutup klinik pun kerana =sebab emergency,ada kematian.Takkan nak tepon semua patient bagitau kan?Nak cari locum ….susah sikit kalau emergency gini.
“Saya tunggu depan klinik sejak pukul 7pagi tadi.Taktahan rasanya sakit sejak semalam” bagitau pakcik yang terhencut hencut berjalan diserang gout.
“Pakcik datang dengan siapa?” tanya mama kerana tidak dipapah sesiapa dengan kaki sakit begitu..
“Datang dengan anak.Pakcik bawa motor pelan pelan bawa anak pakcik yang umur 8 tahun tu buat teman” Terkejut mama ,pakcik ni bawa motor dengan kaki berdenyut bengkak akibat gout dengan menunggang motor dari umahnya yang sejauh lebih 50km di pendalaman felda tu?Meredah sejuk pagi bersama anaknya, menunggu di depan klinik mama yang hanya dibuka 2 jam kemudian.Kesian kan…kalaulah pagi tu mama tiba tiba pulak letak notis TUTUP tak ke nanya pakcik ni.
” Mak nak datang klinik ni jugak.Dia kata dah biasa di sini” cerita seorang anak yang terpaksa memandu lebih 2 jam semata mata kerana permintaan maknya yang nak balik berubat di sini,di kampung halamannya walaupun dah berpindah tinggal bersama anaknya sejak kematian suaminya,walaupun di bandar besar tempat anaknya itu bersepah klinik pakar dan tak pakar.”Rhasi di sini” ..kata maknya membuatkan mama rasa serbasalah…walaupun dalam hati berdoa agar ubat yang diberi dengan izin Allah menyembuhkannya.Nasib baik gak masa dia datang tak der notis TUTUP kan?
“Anak saya demam sejak 4 hari yang lepas..datang sini asyik tutup aje..tu yang saya bagi panadol syrup yang beli kat kedai ja.Saya taknak bawa gi klinik lain sebab anak saya memang rhasi kat sini.Kenapa doktor tutup lama sangat?.” Lorrr mama pulak yang salah?Dah tu… ccuti cuti sekolah hari tu nak jugak bercuti macam cikgu-cikgi tu..dapat cuti lama-lama..best kan.
Rhasi ni istilah yang patient bagi kat kita..mama pun mula mula tu tak faham gak apa tu yang dimaksudkan dengan rhasi.?..tapi sekarang dah faham dah lerr…kata patient walaupun ubat tu kadang kadang sama aja seperti doktor lain yang bagi tapi patient percaya kalau kita yang beri akan lekas sembuh sakitnya..walaupun kita tahu penyembuhannya di tanganNya….Begitu jugak dengan patient lain akan rhasi dengan rawatan oleh doktor tertentu.Cam kita makan tomyam gak ler kan..semua orang boleh buat tomyam tapi hanya tomyam kedai tu jugak yang memenuhi selera tekak kita kan..gitu ler kot?
Bella Luna..
June 24, 2008 at 2:25 am | In keluarga | Leave a CommentTags: bella luna, Jason Mraz
Along bercuti 2 bulan sekarang…bawa balik Bella Luna ke rumah yang kini menjadi feberet semua…nak dengar musicnya best!Klik di bawah
muhasabah diri…
June 23, 2008 at 12:17 am | In Uncategorized | Leave a CommentSentiasa bermuhasabah diri…supaya tidak terlali…Ayuh hayati lirik ini;
oh perut mengapa engkau sakit?
June 19, 2008 at 10:16 am | In untuk pengajaran, ya sakit apa? | Leave a CommentTags: apendiks
Hari ini pemuda Nepal yang berkerja kilang frame itu datang bagitau, temannya yang mama rujuk hari senin lalu telah selamat di bedah dan dibenarkan pulang hari ini..cam biasa dia nak ucap terima kasih dan harus segera ke hospital untuk membawa temannya pulang..Bagi perantau seperti mereka sahabatlah diharap dapat membantu dalam keadaan begini…seperti kata lagu Hijjaz “kaulah sahabat kaulah teman” .
Itu baru intro..tapi yang sebenarnya nak citer camna kadang kadang kita bleh missed diagnosis yang boleh membahyakan patient.Kadang kadang kita tak perlu mesin yang canggih dengan visual 3D untuk mengesan penyakit patient kita.Jangan mata hanya merenung skrin komputer kalau merawat patient.Dok sibuk menaip data dalam komputer hingga lupa or malas nak cek patient..jangan jadi doktor pen yang hanya cek dan kuis patient dengan pen aja walaupun dia pendatang di sini.
Guna pancaindera kita…Pesan pensyarah mama, mendiang Prof Danaraj, tengok camna gaya patient tu berjalan masuk bila nak berjumpa kita yang kadang kadang boleh memberi diagnosis segera kepada kita..terbongkok bongkok kah memegang perutnya?, tegak kah menahan pinggangnya yang sakit? atau terhencut hencut berjalan?tengok mukanya bila bercakap.. keringkah lidahnya akibat dehidrasi, kuningkah matanya dll lagi.Yang penting mesti tengok jangan tak sudi tengok muka mereka yang mungkin dah letih menunggu sejak tadi..yang berharap kita dapat membantu meringankan sakitnya.
Mama masih ingat pada pagi senin itu pemuda Nepal yang belum fasih berbahasa melayu yang sheket sheket fahem cakapnya masuk dengan terbongkok bongkok tunduk memegang perutnya…kat luar tadi dah muntah sekali menyebabkan mama arahkan agar dia di dahulukan.Dengan bantuan rakannya yang dah lama bekerja di sini dapat mama mendapat tahu citernya or memudahkan histori taking….
Sakit perut yang sejak semalam tak dapat tidur memaksanya mengajak kawannya mendapatkan rawatan segera di bahagian kecemasan hospital daerah dekat sini jam 5 pagi..Malangnya waktu begitu hanya diagnosis angin gastrik kot berdasarkan ubat yang ditunjukkan pada mama i.e ubat air putih MMT dan tablet kecik putih, anti spasmodic. Jam 8 pagi patient dah tercegat di depan klinik mama.
Melihat keadaan begini ,acute abdomen memerlukan tindakkan segera..tambahan lagi bila dipalpate perutnya dah keras macam papan tu camna boleh kata gastrik aja?Kalau dah bengkok paha kanannya ke perut berkerut muka menahan sakit camna kita nak kata ini bukan Appendiksitis?..Laju mama menulis surat referal bagitau supaya ke hospital berpakar yang 45 min perjalannan dari sini.Hari tu juga patient tu di bedah segera..
Alaaaa..apendisitis aja buka isu besar pun! Apa la mama ni nak pot pet pot pet kat sini?…
Dik oii… walaupun nak buat operation buang apendik tu cam simple sangat, surgeon bleh pejam mata sambil operatenya tapiii kalau tak dikesan…tak didiagnos..tak dirujuk kepada pihak yang betul..(ada patient yang laju aja dibawa pegi mengurut bila doktor misdiagnos ini hanya angin)..yang akan rupture dan menjadi sepsis..yang bila dah terlewat di bedah dalam perutnya melekat lekat taliperut ususnya yang kemudiannya terpaksa pakai kolostomy beg akhirnya..yang pada usia mudanya dihabiskan berulang alik ke hospital …merana hidup mereka kan..
minyak oooo minyak..
June 18, 2008 at 5:35 pm | In untuk pengajaran | 1 CommentTags: ekonomi, gawat
Laman Impian nampaknya mustahil menjadi kenyataan setakat ini..isu minyak dan inflasi menuntut kita semua berhati hati berbelanja.Segala perbelanjaan perlu berhemat dan belanja yang tak perlu ,kurang perlu dan perlu perlu difikirkan berhati hati…kalau tidak belanja tunai dan simpanan tunai akan menjadi tidak bernilai…benar kata emak..beli emas untuk simpanan ,hartanah tidak akan membawa kerugian…malangnya mama rimas memakai emas sebaliknya manik koran yang jadi pilihan..dok jeling frust tengok gelang kristal dan rantai mutiara yang takbernilai tu..padan muka mama.
Hajat nak jalan kaki aja pergi kerja walaupun tentu berpeluh ketiak tapi abah plak risau ..takut kena samun tengahjalan..takut kena kidnap plak…walaupun dalam henbag banyak kertas resit dari duitkertas..Kan tu salah satu cara nak jimat petrol selain buka tingkap kenderaan di waktu pagi..dapat fresh air jangan pasang airkon dan matikan enjin kereta bila menunggu.Nak pandu melebihi 80km/jam tak sempat sebab jarak ke tempat kerja tu dekat sangat…
Patient sekarang pun fikir dua tiga kali nak sewa kereta nak mai klinik..dulu sewa 30hengget bleh sampai depan pintu klinik tapi sekarang ada 50hengget hanya untuk bayar kat drebar kereta sewa saja..nampak gayanya cium bau ubat pun rasa macam dah sembuh penyakitnya dek takut nak tengok bil rawatan…kalau demam pun terus kebah gitu ja kan?..Kita yang nak caj pun jadi serbasalah bila patient bagitau dalam begnya ada 10 hengget ja berbaki…last last kita yang terpaksa bagi duit untuk dia tambang balik plus ubat free…
Pernah ada sorang pakcik tu datang dengan serangan jantung…bila suruh pergi hospital dia takmau pegi dengan alasan duit yang dibawa hanya cukup setakat sini saja…tetap bersetuju bila mama hulur not biru besar tu (bukan rasuah kan?) dan dihantar dengan ambulan eew eott segera ke hospital percuma..selang seminggu isterinya datang kembali kononya nak bayar kembali duit tersebut ttapi mama halalkan saja..mama gembira bila tau dia dah selamat sihat balik rumah…tapi terkejut beruk bila isterinya pulak nak buat pinjaman dengan syarat “doktor jangan bagitau suami saya yang saya pinjam duit doktor ” katanya tersengih sengih dengan muka berbedak ,berlipstik dan bercelak tebal …mama senyum sumbing sebab dalam hati memang sah duit tu takkan dapat kembali…..baik niat sedekah tak sakit hati kemudian hari kan?
Bila mengalami keadaan gawat ekonomi sekarang kita sebenarnya lupa melakukan seperti apa yang dibuat oleh Nabi Yusof sebelum ini..menyimpan bekalan untuk menghadapi kemarau ekonomi yang sedang melanda seperti tsunami senyap…negara kita rupanya menjadi pengguna yang sangat hebat!manakan tidak kita mengimpot segala-galanya .terutamanya food suplement yang bermacam macam termasuk vitamin vitamin yang mampu kita dapat secara semulajadi dari belakang rumah kita; pisang , jambubatu(kat sini banyak tau..), limau kasturi yang sebesen cuma 1hengget dari nyonya yang rajin bertanam didepan umahnya..berbanding Vitamin C yang dibeli sebotol lebeh 40hengget kononya product dari luarnegara yang tukarannya US dollar bernilai tinggi..mujur lah sekarang nilainya merudum tetapi ditukarganti dengan menaikkkan harga minyak pasaran plak..
Kita berbelanja lagak seperti anak raja Brunei…Hebat dengan telefon bimbit berimej mewah..nak yang 3G walaupun nak bersembang dengan orang sebelah, nak berlaptop yang berjenama walaupun hanya pandai guna program word ja di dalamnya… Dan kajian telah menunjukkan(ehehehe…macam gaya Dato’ Dr. Fadhilah bercakap plak)…golongan yang takberpendapatan seperti surirumah dan pelajar yang paling banyak menjadi pengguna enfon. golongan pelajar ini pulak menjadi pengguna enfon yang terkini dan tercanggih di pasaran padahal nak topup pun harap belasehsan mak ayah dan JPA/MARA/PTPTN…untuk apa?Apakah hanya sekadar letak di meja untuk dijeling oleh kengkawan?dan menambah perasaan ria’ dalam diri…maka jadilah mereka ini golongan metroseksual yang tak pernah puas….Yang dok garu kepala emak ayah juga kan…
Laman Impian
June 17, 2008 at 1:25 am | In keluarga | 2 CommentsTags: gazebo, laman
Bersantai di pondok kayu=wakaf=wakauh=dangau=gazebo depan laman rumah sambil melihat anak anak ikan koi berenang renang berebut makanan dalam kolam dibawahnya ,telinga mendengar deru air terjun buatan di penjuru taman sedang hidung tanpa disuruh terhidu harum bau bunga kerak nasi=kesidang yang menyegarkan minda serta mulut sibuk mengunyah jambu batu tanpa biji yang telah dicicah dengan kuah rojak RODZIAH yang sedap penuh dengan kacang tanah .
Lima pancaindera berfungsi dan digunakan sepenuhnya.Relax….Tenang …hingga zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….
Uarghhhhhhh!!Oitttt!!! bangun! berangan rupanya.Terlepas majallah LAMAN di tangan…
Angan angan yang bukan percuma kecuali pereka dalaman,Eric Leong berimej kepala botak licin tu memilih laman mama untuk diubahsuai dalam program Casa Impiannya ..tapi silapnya borang penyertaan pun tak di hantar camna Eric nak tau laman mama yang sekangkang kera tu perlukan pengubahsuaian?…Jadi jangan salahkan mama bila nak berangan angan macam tu kan?..Lagipun dah ada hambaAllah yang baik hati bersedia nak membina gazebo idaman dengan percuma?, Cina kedai paip dah bagitau tip tip menyediakan kolam ikan yang low maintenen tetapi jernih airnya sentiasa …mengadap pokok pokok bunga bunga mama yang dah mula jinak berbunga…
Mungkinkah ia akan menjadi kenyataan?
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.










