Archive for May 9th, 2008

selamat hari Ibu..

Semua kita punya ibu..atau mak..ummi.Jangan mendakwa anda tidak punya ibu sesuatu yang mustahil berlaku…hatta anak-anak berudu di kolam mama pun punya ibu..

Mama beruntung masih punya kedua -dua ibu yang masih ada ,sihat dan masih boleh ligat ke sana sini…Ibu sendiri yang mama panggil “mak” dan sejak 20 tahun lalu dapat seorang mak mertua yang juga dipanggil “mak”.Kedua duanya insan yang sangat dekat di hati mama.

Mak di usia 63 tahun masih segar ingatannya..kuat pendengaran …..masih punya anggota yang masih berupaya dan berfungsi sepenuhnya..Alhamdulillah…sesuatu pemberian Allah yang sangat mama inginkan ketika berusia begini nanti. Tiada penyakit kronik setakat ini.Walaupun mak hanya berpendidikan sekolah dewasa..menjadi surirumah sepenuh masa…Mak sentiasa cuba up-to-datekan pengetahuannya seiring dengan teknologi terkini..

Masih ingat lagi ketika ayah sakit kuat dibawah jagaan mama di sini suatu ketika dulu ..emaklah yang mengupdatekan perkembangan kesihatan ayah kepada anak anak yang lain..dengan henfon kameranya dia akan menghantar mesej bergambar keadaan ayah terkini kepada anak anaknya.Laju jarinya menulis mesej dihenfon mengalahkan anak remaja kini…last last emak pening sebab terlalu asyik menulis mesej dihenfon yang kecik tu…mata mak perlukan spek membetulkan imej nya dan mak terus berhubung dengan kami anak beranak dengan smsnya…

Awal tahun ini emak dah beli laptop berkamera seupaya dapat berYM dengan anak cucunya…”hahaha Tok dah maju” kata Azim.Tengoklah mak yang sibuk depan komputer ni…

Mak mengajar kami tidak kedekut dengan rezeki..sentiasa berusaha menjadi tangan yang memberi tanpa mengharap apa apa..Kalau tidak masakan emak akan bancuhkan teh yang kaw kaw pada buruh-buruh asing yang berpeluh keringat memasang tiang letrik di depan rumahnya suatu ketika dulu; hidangkan nasi berlauk ikan sepat kering dan gulai cair ikan haruan jika ada yang tumpang berteduh rehat di depan rumah di waktu tengahari..

Jarang tetamu yang bertandang pulang dengan perut yang kosong…walaupun ditengahmalam mak pastikan akan kejutkan kami menyediakan makan nasi dan lauk untuk tetamu yang datang….hinggakan mama sekarangpun terikut ikut…Banyak kita belajar bila kita menjadi tangan yang memberi..Apek tua yang bina pagar mamapun baru baru ini terkejut mendapat makan tengahari dengan pencuci mulut sekali tetapi agak tersentuh hati mama bila dia tergesa gesa bawa pulang bekal makanan yang diberi untuk makan bersama familinya….katanya “Makanan ini terlalu banyak untuk dimakan seorang diri” .Terpana seketika mama memikirkan 5 ketul rendang ayam,satu tupperware nasi dan segenggam sayur beserta telur dadar yang mama bekalkan adalah terlalu banyak untuk dimakannya seorang…

MIL(mother in law), 67 tahun..juga mama panggil emak..sangat ramah petah dan kepoh berbicara.Kehadirannya meriuhkan suasana..ramah menegur siapa saja dari budak kecik hingga orang tua semuanya memanggilnya Opah saja.Ayah mama pun memanggilnya opah walaupun umur mereka berdua sebaya, adik adik mama pun memanggilnya opah hinggakan anak anak saudara mamapun beropah dengannya.Begitu mesranya dia dengan keluarga mama..Sangat menghormati dan berterus terang orangnya…Anak anak (termasuk menantunya ler..ehehhe) dan cucu cucunya adalah orang yang sangat penting dalam hidupnya..tapi kemana pergi nama ALONG je yang disebutnya dulu..Ini my MIL dan FIL.

sempena Hari Ibu..dikala ada anak anak yang menyambut hari ibu dengan mengenang ibu yang telah pergi mama masih bertuah kerana masih memiliki keduanya…Kedua dua mereka ini penyokong dan pembakar semangat dalam hidup mama..setiap perkara yang dibuat pasti mereka akan berkata..”Insyaallah… buatlah mak merestuinya.Mak akan mendokan yang terbaik untuk anak anak mak“..Terima kasih mak .Kau memang ratu hatiku.SELAMAT HARI IBU

aktress mama..

“Doktor nak berlakun tak?”tanya seorang penerbit yang ingin menggunakan klinik mama sebagai lokasi pengambaran drama terbitan nya tempohari..

Ehhehe minta maaf ler…mama hidup dalam kenyataan tak reti nak ikut skrip…biar la diaorang gunakan nama mama ja ….. cuma nak keluar dialog sikit je “Encik, isteri encik mengandung “nak cakap itu je?..alaa macam selalu lihat dalam drama tu…scene yang tak ngancam pun .Eheheh… kalau bagi watak cam Angelina Jolie tu ke, J Lo ke mencabar ler sikit…ngada kan?…atau doktor yang kalut macam dalam ER tu tapi bukan macam dalam drama cinta Medik yang jauh dari realiti.

Tapi tabik spring gak kat pelakun pelakun ni yang terpaksa ulang dok ulang berkali kali action!action! dari pagi hingga ke petang untuk satu scene tapi bila ditayangkan sepintas lalu aje..
Kesian kan….

Lagi kesian simpati bila tengok pelakun pelakun lelaki kat Mesia ni …yang dah berusia tapi masih sanggup bawa watak watak separuh wanita separuh jantan tu…dengan muka bermekap pempuan..berpakaian pempuan dengan aksi pondannya…Eiiiiiiii geli i…

Kenal ke mereka ini?

my secret garden

Benarkah golongan doktor paling ramai mengalami masaalah depression hingga membawa kepada membunuh diri?Kajian di Amerika telah memberi gambaran yang kurang enak dan perlu ditangani…

Haaa jangan taktau kerjaya ni memang agak menuntut komitmen fizikal dan emosi kita sepanjang masa..kerja yang memerlukan kita supaya sentiasa mengawal emosi bila berdepan dengan pesakit dalam apa jua keadaan..So kenalah pandai mengawal perasaan dan meletak tekanan perasaan pada perkara perkara yang lebih positif dan lebih konstruktif….. jangan destruktif seperti mengambil nyawa sendiri…Sedih juga bila dapat tahu selalunya para doktor adalah golongan yang paling berjaya membunuh diri sendiri..Kenapa??? mungkin disebabkan mereka lebih tahu mana ubat dan cara yang paling berkesan untuk melakukannya…

So camna kita sebagai doktor dan juga seorang Muslim mengatasinya…sentiasa berlapang dada, memaafkan, beri peluang kedua, IKHLASkan perbuatan dan tinggikan tahap SABARRRR terhadap sebarang perkara .

Relakskan minda dengan melihat dan menikmati ciptaan Tuhan dengan menggunakan semua pancaindera yang ada…Jadi jom kita melihat pokok dan bunga di sekeliling kita… yang ajaib nya Allah turunkan hujan yang sama kandungan airnya; tumpah airnya di bumi menghasilkan pokok yang berbeza bentuk dan rupa, bunga yang beranika warna, bentuk dan baunya..menjadi makanan kepada makhluk bernyawa yang berbagai khasiat dan nikmatnya..Itu baru mukhadimah ehehehe….. jom kita ke laman mama.Relakskan minda…

Mama memang berazam nak menanam sebanyak mungkin jenis bunga berbau harum di laman mama. Peliknya ada yang melarang mama menanam bunga bunga yang berbau begini di laman rumah.

Eeeee tak takut ke ….ada benda terbang datang kat umah malam malam nanti..begitu usik jiran dan rakan..Persepsi kita sejak dulu bila tercium bau harum di malam hari menghalang kita untuk meletak pokok berbunga harum di depan rumah.Tetapi tidakkah benda benda yang paranormal ni suka benda benda yang busuk?…Entah ler…Tetapi hati ini lapang rasanya bila dapat menghidu bau bau harum bila berada di laman rumah.Sekurang kurangnya dapat mengatasi bau busuk dari kandang b*b* yang selalu menerjah ke hidung bila dibawa angin dari kampung seberang.

Jom kita berkenalan dengan bunga bunga di laman mama…

Melur or Jasmin yang agak malas berbunga, pokoknya bantut jenuh dipujuk baru keluar sekuntum dua bunga putihnya.

,

Bunga  kemuning or Murraya selalunya dibonsaikan..baunya harum di malam hari.Jangan pandang belakang kalau berbau di waktu malam…eeeeeeeeee

Sepokok kenanga yang ramah berbunga sentiasa…pasangannya dalam pasu yang lain mengalah …enggan hidup bersama..daunnya luruh satu persatu yang tinggal batangnya saja yang cuba mama transfer ke atas tanah pula untuk diselamatkan..

,

Haaaa….yang ini memang mama sangat terkesima dengan baunya yang lembut harum seperti pandan; my feberet bunga kerak nasi or kesidang dengan jambak sulungnya..rakan-rakan dari speciesnya yang sama dalam 5 pasu yang lain masih malu-malu untuk berbunga walaupun dah diberi baja yang sama.