Archive for May, 2008

Antara cita cita dan harapan

Dulu cita cita memang nekad nak jadi cikgu…masa interview nak masuk Asasi pun konfiden je bagitau lecturer yang interview tu memang bercita cita nak jadi cikgu..tak pernah terlintas pun dalam fikiran nak jadi doktor..ye la kita sedar diri masa tu ..macam kata orang kalau kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dalam…Haaahaha masa tu memang SPM result memang cukup makan je…masa mohon masuk Pra-U pun target nak masuk UTM je..rasa diri ni tak layak nak minta masuk universiti tertua di Malaysia tu.Dulu dulu nak masuk U kena interbiew dulu…Penemuduga dari UM masa tu siap perli mama lagi…

Hah! dengan keputusan macam ni awak nak berangan masuk U kami” eksen benar dia macam ler U tu dia punya…

Tapi itu result masa peksa je tuan.bukan bermakna saya tak boleh buat yang lebeh baik dari tu bila diberi peluang ” spontan je mama jawab..alang-alang tak bagi kita masuk biar ler kita pun tunjuk eksen juga.dia taktau ke keputusan peksa hanya menggambarkan berapa peratus je kepandaian dan kebolehan kita masa menjawab ….Dah tu masa peksa SPM ayah masih sibuk dengan menanam padi di bendang ..yang kadang kadang dia terlewat nak ambik mama ke sekolah; bila masuk bilik peksa kawan kawan dah duduk menjawab dah hampir separuh masa yang diberi…Tapi malas ler nak stori kat dia.Bukan boleh ubah result SPM mama pun.

Sementara menunggu tawaran…. mama di tempatkan di sekolah baru…Sempat  ~ 2 minggu gak merasa berada di tingkatan 6 kat Kolej Sultan Abdul Hamid tu…oleh kerana  dah biasa dengan sekolah kaum sejenis di Sultanah Asma(SMSA) tu ..berada di KSAH  rasa macam mamun je kat sekolah ni yang ramai jejaka hensom macam Tokasid di situ.

Setiap hari sorang demi sorang kawan kawan yang pergi setelah mendapat offer masuk pra-U; tinggal la kami dua orang je pelajar pempuan yang tak dapat apa-apa…Hujung minggu tiba tiba ayah datang dengan sampul coklat di tangan….dari UM..daftar diri keesokkan hari! tawaran masuk buat pra-U kat UM akhirnya ! macam tak percaya je…

Dua tawun buat Asasi cita cita nak jadi cikgu masih kuat di hati..kalau ada program baktisiswa mama ambik kesempatan mengajar anak anak di pendalaman konon nak asah bakat jadi cikgu nanti.Tapi bila nak isi borang pilihan pengajian untuk sarjana di akhir asasi..Dua orang pensyarah Fizik mama cadangkan mama buat MBBS untuk pilihan pertama…dan tak lama selepas tu ketaq tangan bila tunjuk kat ayah surat tawaran masuk medik.Rasa macam buat silap masa isi borang dulu…nak jadi cikgu bukan doktor..Nak tukar kursus..takmau medik..

Tapi mak kata “ayah hang kata… kalau hang jadi doktor kalau dia mati pun pejam mata rapat” kata kata mak mematikan terus hasrat mama nak tukar kursus.

Lepas tu baru mama tau kenapa ayah modified bilik nya macam tu sejak lama dulu..ayah yang pandai bertukang rumah telah mengubahsuai biliknya sekali pandang macam klinik.Dia selalu bagitau mama dia nak tiru macam interior klinik milik bekas PM kita, Dr.Mahadhir di di Alor Setar tu… siap ada cermin kecik seperti kaunter ubat macam di klinik … rupa rupanya memang ayah berhasrat anaknya menjadi doktor dan memiliki klinik sendiri walaupun hasratnya itu takpernah dibagitau mama..Mungkin dalam doanya entahlah….

selamat hari Guru..

Hari ini 15Mei!….ingat lagikah kita tarikh ini?..Hari yang dianugerahkan khas untuk para warga pendidik.Cikgu yang mengajar kita menulis baca…TERIMA KASIH CIKGU…Selamat Hari Guru..Itu yang biasa kita buat..Doakan kesejahteraan guru kita, hormati mereka dan maafkan dosa nya yang mungkin pernah menyakiti kita..dan …..berikan cenderahati kepada meraka.Cenderamata ke cenderahati?mama pun dah konfius antar dua ni; kalau cenderamata kena beli barangan yang cantik di mata ler ya..then cenderahati mungkin kad ucapan dari hati ke hati sudah memadai.

Mungkin ini maksudnya cenderamata…”Cikgu pesan kalau nak beri hadiah, beri hadiah yang boleh digunakan..bagitau Arif pada mama semalam bila sedang mencari hadiah hadiah untuk gurunya..Mungkin ada benarnya pesan guru mungkin dari pengalaman lepas yang menerima hadiah yang kurang berguna atau kurang bermakna dari muridnya…walaupun itu yang termampu diberikan oleh muridnya…

Kalau nak bagi tudung jangan beri yang berbatu batu…nasib baik pesan cikgu Arif begitu..Rega tudung yang berbatu batu berkilau tu bukannya murah..Jadi semalam mama dan Arif membuat pencarian hadiah berdasarkan klu klu yang cikgu bagi….

Campur campur semua cikgu yang mengajar Arif, Azim dan Angah semuanya lebey kurang 26 hadiah perlu disediakan.Angah sebagai ketua pelajar tentunya paling sibuk kerana persiapannya 100% mereka sebagai pelajar yang siapkan… jadi bab mencari hadiah dia serahkan pada mama.

Abah tolong design dan printkan kad jemputan untuk cikgu..sediakan banner untuk sekolah.

Haaah! jadi semalam memang lepak gak nak membungkus hadiah hadiahnya …tapi itulah tugas wajib kebanyakkan mama bila anak anak menyambut hari guru kan…

makbulnya doa ibu…

” Ibu tahu saya banyak buat perkara tak elok..tapi ibu diamkan saja.” cerita seorang guru muda berwajah hero bollywood yang belumpun disahkan dalam jawatan lagi.

Dia tinggal bersama ibu tuanya kerana tempat kerjanya dekat dengan rumah ibunya .Guru ini kononnya stress…. berperangai pelik…selalu berdiam diri di rumah , takmau bercakap dengan keluarga sejak habis belajar tempohari… fikir keluarganya terkena buatan orang.

Saya geram dan rasa benci bila di tugaskan di sekolah pendalaman kerana sejak belajar dulu saya biasa hidup di bandar besar yang malam malamnya penuh dengan hiburan dan keseronokan.Sejak itu bila saya rasa ketagih dengan hiburan itu saya akan ponteng tugas satu atau dua hari.saya akan ke KL berjumpa kawan kawan lama..ajak mereka lepak di kelab hiburan.Saya banyak mainkan perasaan pempuan , saya berjudi..ponteng menjadi jadi...tapi rupanya ponteng saya itu bila dikumpulkan dah menjadi beban pada saya ” konfesnya berterus terang sambil menunjukkan surat tunjuk sebab tidak hadir sekolah yang diberi oleh bossnya or dia akan dikenakan tindakkan disiplin oleh jabatannya.

“Perangai ponteng tugas ni berlarutan beberapa bulan tanpa di sedari ibu.Yelah saya keluar rumah kononya bekerja seperti biasa …bohong ibu saya berkursus jika saya tak balik rumah…Senang je helahnya… Tapi sejak ibu tinggalkan saya sendirian di rumah bila dia ke Mekah baru baru ini..hati saya tiba tiba berubah.Panggilan talifon dari ibu tiba tiba membuat saya tersedar dari kehidupan saya yang songsang selama ini...”

Ibu sentiasa mendoakan kamu nak” itu yang selalu ibunya katakan bila mereka berhubung sepanjang ibunya berada di sana melembutkan hatinya. Alhamdulillah …doa ibu di makhbulkan.

Kata kata ibunya membuatkan dia termenung panjang di masjid pada suatu hari.Termenung dia bermuhasabah tentang dirinya .Apakah masih ada jalan pulang ?…

Seorang ustaz menegurnya ketika dia berada dalam keadaan begitu.”Pasti kamu ada masaalah ya nak?..Teguran ustaz di masjid membuka ruang baru dalam kehidupannya…Rupanya masih ada jalan taubat untuknya.Puas rasanya setelah dapat dia meluahkan apa yang terbuku dihati selama ini.Tapi banyak cabarannya rupanya yang perlu dilalui untuk orang yang menjadi orang yang beriman.

Sejak itu dia merasakan banyak ujian yang menimpanya..dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya hingga kepada berbagai penyakit yang datang bertimpa timpa, hingga status kerjanya pun tergugat sama . Sanggupkah dia…? Dia mencari kekuatan itu…

“Kadang kadang Allah ingin meletakkan kamu pada satu tahap yang baik tetapi mungkin amal kamu tidak mampu mencapainya …jadi Allah berikan ujian dan musibah supaya kamu bersabar agar dapat diberi ganjaran pahala atas kesabaran kamu …”

my green water part 2…

sambung citer my green water pond..

Jangan ingat mama boleh senang hati melihat keadaan kolam tu..Tiba tiba mama jadi gundah gulana tengok ikan yang samar samar je dalam kolam yang airnya hijau tu.Nak tukar air hari hari ?Mana mungkin?…Tak selesai masaalah jugak.

Mama dah kurangkan populasi ikannya dengan memindahkan sebahgian ikan ikan itu ke kolam lain..Kolam lain yang mama maksudkan itu dah berusia hampir 5 tahun, airnya sangat jernih hinggakan ikan laga yang mama bela tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi kalau tidak disebabkan oleh kehadiran pegaga air yang merimbun itu….mungkin ekosistem di sini dah stabil kot.Mungkin dah ada bakteria pemakan algae yang tolong mengurangkan koloni algae/lumut di situ dan 2 ekor ikan sapu sapu yang dah besar macam jet pejuang Amerika memang sentiasa membantu menyapu bersih lumut di situ.

Jadi …antara perkara perkara berikut telah dilakukan untuk membantu menjernihkan kolam hijau tu…Kalau sahabat yang ada pengalaman ..sila sila berkongsi ilmu ehehe…free consultation boleh kan?

percubaan pertama: abah dah  install UV filter…

percubaan kedua : mama angkut batu batu dari dalam kolam lama  yang dah jernih airnya…mana tau kot kalau ada bakteria baik melekat di batu batu tersebut yang dikatakan boleh memakan algae ini..Semalam sorang kawan bagitau cari EM bakteria? yang boleh berfungsi serupa.Ni nak kena tanya pegawai kat Jabatan Perikanan…mereka tentu tau makhluk yang bernama EM bakteria ni…

percubaan ketiga : menambah bilangan ikan majlis daerah or ikan sapu sapu yang memang hobinya membersih lumut…Haa..awak buat kerja elok elok ye.Pesan mama pada ikan sapu sapu tu jangan malas kerja  macam bos hang. Errr…macam perli je..mungkin itu fikir ikan sapu sapu..Ehhehe..kita tunggu dan lihat.

my green water…

Suddenly mama tersenyum sumbing melihat air kolam baru berukuran 26 kaki x 4 kaki X 2 kaki di luar rumah sudah bertukar warna..Alamak!dari jernih beransur menjadi hijau! Sesuatu yang dijangka berlaku.Masaalah utama nak maintain air kolam menjadi crystal clear senantiasa rupanya sesuatu yang sukar dengan kehadiran ikan ikan di dalamnya..Bahan buangan ikan (i.e ikan akan PU n BO ), makanan ikan , pancaran cahaya matahari merupakan medium terbaik untuk pembiakan Algae..makhluk yang berjaya menghijaukan air kolam mama.Ikan ikan di dalamnya sudah kurang jelas kelihatannya..ohhhhhh!….Tambahan pulak dengan anak anak jiran yang sebaya Arif yang yang suka masuk mengharung dan cuba menangkap ikan ikan yang ada dan menyebabkan bunga teratai mama terlentuk patah tangkainya sebelum berkembang!….Lagi ler keruh air tu dibuatnya.

Siapa yang menceroboh kolam auntie tadi? tanya mama pada anak anak jiran yang berlegar disekeling kolam mama pada suatu petang sewaktu mama pulang dari kerja.Ada dua tiga orang dari mereka yang masih bersinsing kaki seluar yang hampir basah mungkin suspek utama..tapi tak berani mengaku….

Anak anak ini macam mama kecik kecik dulu ler memang suka melihat ikan ikan gini… dulu mama juga berkesempatan mencari anak ikan karin atau ikan laga yang menyorok di bawah rumput di selarong atau di bendang tetapi bukan di dalam kolam rumah orang….Tapi itulah kanak kanak…Mereka pun tentu teruja melihat anak anak ikan yang banyak tu seperti mama yang terbeli banyak kerana agak murah…Apek tu jual kat mama RM10 untuk 80 ekor anak ikan lekoh tu…anak ikan yang selalu dibuat umpan oleh pemancing…Murah kan? Jadi mama isi ler RM30 = 240 ekor semuanya! mana tak padat dengan hasil buangan mereka yang menjadi pujaan Algae hijau tu.Haaa!Satu pelajaran baru untuk peminat kolam ikan..jangan padatkan penduduk kolam sebab dengan cepat Algae akan menghijaukan air nya…!dan kanak kanak akan menambahkan keruhnya…

OK esok petang tungguuuuu sini hingga auntie balik kerja dulu kita beri ikan makan …tapi jangan masuk dalam kolam tau.Dan jangan tangkap anak ikan tu sebab nanti emaknya sedih anaknya dah takada “pujuk mama supaya mereka tak menodai kolam mama.Sayang tau tengok bunga teratai yang terkulai layu sebelum berkembang di pijak mereka… isk!isk!….Dan esok dan esoknya mereka hanya berlegar disekeliling kolam menunggu mama pulang dan sama sama kami memberi ikan makan ramai ramai……sambil mama memikirkan idea camna untuk menjernihkannya airnya kembali.

selamat hari Ibu..

Semua kita punya ibu..atau mak..ummi.Jangan mendakwa anda tidak punya ibu sesuatu yang mustahil berlaku…hatta anak-anak berudu di kolam mama pun punya ibu..

Mama beruntung masih punya kedua -dua ibu yang masih ada ,sihat dan masih boleh ligat ke sana sini…Ibu sendiri yang mama panggil “mak” dan sejak 20 tahun lalu dapat seorang mak mertua yang juga dipanggil “mak”.Kedua duanya insan yang sangat dekat di hati mama.

Mak di usia 63 tahun masih segar ingatannya..kuat pendengaran …..masih punya anggota yang masih berupaya dan berfungsi sepenuhnya..Alhamdulillah…sesuatu pemberian Allah yang sangat mama inginkan ketika berusia begini nanti. Tiada penyakit kronik setakat ini.Walaupun mak hanya berpendidikan sekolah dewasa..menjadi surirumah sepenuh masa…Mak sentiasa cuba up-to-datekan pengetahuannya seiring dengan teknologi terkini..

Masih ingat lagi ketika ayah sakit kuat dibawah jagaan mama di sini suatu ketika dulu ..emaklah yang mengupdatekan perkembangan kesihatan ayah kepada anak anak yang lain..dengan henfon kameranya dia akan menghantar mesej bergambar keadaan ayah terkini kepada anak anaknya.Laju jarinya menulis mesej dihenfon mengalahkan anak remaja kini…last last emak pening sebab terlalu asyik menulis mesej dihenfon yang kecik tu…mata mak perlukan spek membetulkan imej nya dan mak terus berhubung dengan kami anak beranak dengan smsnya…

Awal tahun ini emak dah beli laptop berkamera seupaya dapat berYM dengan anak cucunya…”hahaha Tok dah maju” kata Azim.Tengoklah mak yang sibuk depan komputer ni…

Mak mengajar kami tidak kedekut dengan rezeki..sentiasa berusaha menjadi tangan yang memberi tanpa mengharap apa apa..Kalau tidak masakan emak akan bancuhkan teh yang kaw kaw pada buruh-buruh asing yang berpeluh keringat memasang tiang letrik di depan rumahnya suatu ketika dulu; hidangkan nasi berlauk ikan sepat kering dan gulai cair ikan haruan jika ada yang tumpang berteduh rehat di depan rumah di waktu tengahari..

Jarang tetamu yang bertandang pulang dengan perut yang kosong…walaupun ditengahmalam mak pastikan akan kejutkan kami menyediakan makan nasi dan lauk untuk tetamu yang datang….hinggakan mama sekarangpun terikut ikut…Banyak kita belajar bila kita menjadi tangan yang memberi..Apek tua yang bina pagar mamapun baru baru ini terkejut mendapat makan tengahari dengan pencuci mulut sekali tetapi agak tersentuh hati mama bila dia tergesa gesa bawa pulang bekal makanan yang diberi untuk makan bersama familinya….katanya “Makanan ini terlalu banyak untuk dimakan seorang diri” .Terpana seketika mama memikirkan 5 ketul rendang ayam,satu tupperware nasi dan segenggam sayur beserta telur dadar yang mama bekalkan adalah terlalu banyak untuk dimakannya seorang…

MIL(mother in law), 67 tahun..juga mama panggil emak..sangat ramah petah dan kepoh berbicara.Kehadirannya meriuhkan suasana..ramah menegur siapa saja dari budak kecik hingga orang tua semuanya memanggilnya Opah saja.Ayah mama pun memanggilnya opah walaupun umur mereka berdua sebaya, adik adik mama pun memanggilnya opah hinggakan anak anak saudara mamapun beropah dengannya.Begitu mesranya dia dengan keluarga mama..Sangat menghormati dan berterus terang orangnya…Anak anak (termasuk menantunya ler..ehehhe) dan cucu cucunya adalah orang yang sangat penting dalam hidupnya..tapi kemana pergi nama ALONG je yang disebutnya dulu..Ini my MIL dan FIL.

sempena Hari Ibu..dikala ada anak anak yang menyambut hari ibu dengan mengenang ibu yang telah pergi mama masih bertuah kerana masih memiliki keduanya…Kedua dua mereka ini penyokong dan pembakar semangat dalam hidup mama..setiap perkara yang dibuat pasti mereka akan berkata..”Insyaallah… buatlah mak merestuinya.Mak akan mendokan yang terbaik untuk anak anak mak“..Terima kasih mak .Kau memang ratu hatiku.SELAMAT HARI IBU

aktress mama..

“Doktor nak berlakun tak?”tanya seorang penerbit yang ingin menggunakan klinik mama sebagai lokasi pengambaran drama terbitan nya tempohari..

Ehhehe minta maaf ler…mama hidup dalam kenyataan tak reti nak ikut skrip…biar la diaorang gunakan nama mama ja ….. cuma nak keluar dialog sikit je “Encik, isteri encik mengandung “nak cakap itu je?..alaa macam selalu lihat dalam drama tu…scene yang tak ngancam pun .Eheheh… kalau bagi watak cam Angelina Jolie tu ke, J Lo ke mencabar ler sikit…ngada kan?…atau doktor yang kalut macam dalam ER tu tapi bukan macam dalam drama cinta Medik yang jauh dari realiti.

Tapi tabik spring gak kat pelakun pelakun ni yang terpaksa ulang dok ulang berkali kali action!action! dari pagi hingga ke petang untuk satu scene tapi bila ditayangkan sepintas lalu aje..
Kesian kan….

Lagi kesian simpati bila tengok pelakun pelakun lelaki kat Mesia ni …yang dah berusia tapi masih sanggup bawa watak watak separuh wanita separuh jantan tu…dengan muka bermekap pempuan..berpakaian pempuan dengan aksi pondannya…Eiiiiiiii geli i…

Kenal ke mereka ini?

my secret garden

Benarkah golongan doktor paling ramai mengalami masaalah depression hingga membawa kepada membunuh diri?Kajian di Amerika telah memberi gambaran yang kurang enak dan perlu ditangani…

Haaa jangan taktau kerjaya ni memang agak menuntut komitmen fizikal dan emosi kita sepanjang masa..kerja yang memerlukan kita supaya sentiasa mengawal emosi bila berdepan dengan pesakit dalam apa jua keadaan..So kenalah pandai mengawal perasaan dan meletak tekanan perasaan pada perkara perkara yang lebih positif dan lebih konstruktif….. jangan destruktif seperti mengambil nyawa sendiri…Sedih juga bila dapat tahu selalunya para doktor adalah golongan yang paling berjaya membunuh diri sendiri..Kenapa??? mungkin disebabkan mereka lebih tahu mana ubat dan cara yang paling berkesan untuk melakukannya…

So camna kita sebagai doktor dan juga seorang Muslim mengatasinya…sentiasa berlapang dada, memaafkan, beri peluang kedua, IKHLASkan perbuatan dan tinggikan tahap SABARRRR terhadap sebarang perkara .

Relakskan minda dengan melihat dan menikmati ciptaan Tuhan dengan menggunakan semua pancaindera yang ada…Jadi jom kita melihat pokok dan bunga di sekeliling kita… yang ajaib nya Allah turunkan hujan yang sama kandungan airnya; tumpah airnya di bumi menghasilkan pokok yang berbeza bentuk dan rupa, bunga yang beranika warna, bentuk dan baunya..menjadi makanan kepada makhluk bernyawa yang berbagai khasiat dan nikmatnya..Itu baru mukhadimah ehehehe….. jom kita ke laman mama.Relakskan minda…

Mama memang berazam nak menanam sebanyak mungkin jenis bunga berbau harum di laman mama. Peliknya ada yang melarang mama menanam bunga bunga yang berbau begini di laman rumah.

Eeeee tak takut ke ….ada benda terbang datang kat umah malam malam nanti..begitu usik jiran dan rakan..Persepsi kita sejak dulu bila tercium bau harum di malam hari menghalang kita untuk meletak pokok berbunga harum di depan rumah.Tetapi tidakkah benda benda yang paranormal ni suka benda benda yang busuk?…Entah ler…Tetapi hati ini lapang rasanya bila dapat menghidu bau bau harum bila berada di laman rumah.Sekurang kurangnya dapat mengatasi bau busuk dari kandang b*b* yang selalu menerjah ke hidung bila dibawa angin dari kampung seberang.

Jom kita berkenalan dengan bunga bunga di laman mama…

Melur or Jasmin yang agak malas berbunga, pokoknya bantut jenuh dipujuk baru keluar sekuntum dua bunga putihnya.

,

Bunga  kemuning or Murraya selalunya dibonsaikan..baunya harum di malam hari.Jangan pandang belakang kalau berbau di waktu malam…eeeeeeeeee

Sepokok kenanga yang ramah berbunga sentiasa…pasangannya dalam pasu yang lain mengalah …enggan hidup bersama..daunnya luruh satu persatu yang tinggal batangnya saja yang cuba mama transfer ke atas tanah pula untuk diselamatkan..

,

Haaaa….yang ini memang mama sangat terkesima dengan baunya yang lembut harum seperti pandan; my feberet bunga kerak nasi or kesidang dengan jambak sulungnya..rakan-rakan dari speciesnya yang sama dalam 5 pasu yang lain masih malu-malu untuk berbunga walaupun dah diberi baja yang sama.

Si Malim Kundang

Hari ni hati mama geram! geram mendengar keluhan ibu ini..punya anak yang menyusahkan mak bapa sendiri..dah dihantar belajar kat IPT elok elok..belanja belajar pun terpaksa pinjam duit MARA tapi dek kerana pengaruh $$$$$$ lupa diri.Belumpun habih belajar dah nak berniaga…Kononnya nak berniaga melalui internet, percayakan cakap kawan yang menjanjikan pulangan lumayan sanggup minta duit berpuluh ribu dari maknya untuk dilaburkan dalam bisnes mayanya…bisnes internet yang belum tentu berjayanya.Anak ni menuntut 36K!,….36K bukan nilai yang sedikit untuk disediakan oleh ibu ini yang hanya kerani biasa.

Mana maknya nak cari duit sebanyak itu..kalau anak ini terbaca citer ni cuba fikir sikit….hutang kereta belum habih, rumah belum ada masih menyewa? mak kamu baru sedang mencari tapak untuk membina umah sendiri..belum berpeluang merasanya lagi ..Kamu tak tahu susahnya dia menyimpan sedikit sedikit untuk bekalan di hari tua nanti.

Semalaman ibu ini menangis; dadanya sebak dan sakit..terkenangkan anaknya yang tak mau lagi bercakap dengannya bila dihubungi..kononnya merajuk sebab permintaannya tidak di penuhi.Hati ibu jadi sedih..jadi pedih bila satu satunya anak pempuan kesayangannya berbuat begitu.

Ibu ini.. dah la punya dua orang aje, anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecik..bila jadi begini; dia jadi sangat takut akan kehilangan anak yang satu ini…Tapi mana nak cari duit 36 K untuk melembutkan hati anak yang dah keras menggugut ibu ini? Hari tu dah bagi RM1K kononnya nak buat modal berniaga..pastu nak 2K nak beli laptop tapi kawan dah lesapkan duit tu katanya .belanja bulanannya lebih tinggi dari yang biasa dihabiskan untuk sekeluarga.nak ke salun meluruskan rambut la..nak cuci muka la, nak urut badan di SPA la…ni dah hendak RM sebanyak itu pulak..Cakap anak inipun dah semakin kasar dengannya…kata ibu ini yang semakin laju airmatanya  bila bercerita.

Ni anak tak sedar diri ke apa..awak tu dari kampung,bukan dari keluarga beruang (dibaca berwang )..yang nak menguruskan badan (bukan nak kuruskan badan) macam artis tu kenapa?.Dah tak reti nak cuci rambut sendiri ke?Dah lupa nak gosok daki di badan sendiri hingga perlu pergi ke spa tu?emo!…emo!…mama kali ini.

Hari ini, ibu ini tak dapat nak kerja; mata dah bengkak..kepala dah pening tak lelap tidur, dada dah sesak berdebar tak tentu rasa ..citer citer dalam akbar tentang anak gadis ditangkap membawa dadah di luar negara seperti bakal terjadi kepadanya..Bimbang…dan sedih silih berganti.Anak di kampus masih tidak memahami..asyik berjoli.

Apakah ini Malim Kundang atau Si Tanggang versi XY di zaman ini?

my dreams …

Sudah lama dah berangan..akhirnya menjadi kenyataan..dulu pernah mama keluh kesah tentang pagar depan rumah yang semak dengan rumput yang merebut berlumba tumbuh dengan bunga bunga mama..akhirnya lalang dan rumput yang menang ..bunga-bunga mama semakin pupus menjadikan pagar depan tiada serinya lagi.Macam ni lah…

Angan-angan mama mengidam nak ada kolam ikan kat tepi pagar tu..nak air pancut yang keluar dari dinding pagar yang akan berderu jatuh airnya ke dalam kolam tu…. sambil tu boleh tengok anak anak ikan ikan berlenggok-lenggok berenang merebut makan…tentu best kannn…

Ada satu kolah ikan dah ada kat halaman tepi umah tu…Kolam kecik tu memang dah jenuh di isi ikan kap tapi si kucing “Kira” dan geng-gengnya selalu mengail dan mengurangkan jumlahnya ikan menjadi sedikit..mama tau deme buat- buat minum air kolam tu pastu ngap! ditangkapnya ikan ikan tu..dah tu rezeki deme..

Malam malam banyak katak katak ong!yang berbunyi sambil menumpang telurnya didalam kolam itu..Anak berudunya lebih banyak dari anak ikan sekarang ini..Tapi tak apa… mama suka irama katak di waktu malam terutamanya bila hujan.Dan kalau boleh… memang ndak sekeliling umah tu penuh ngan kolam ikan walaupun mustahil kan..Tapi tak salah kalau berangan-angan…ye tak?Tapi tak apa selesaikan masaalah rumput dan pagar yang semak kat luar tu dulu…Longkang kat luar yang Majlis Daerah tak buat maintainen tu perlu di tutup dengan simen dulu..

Jadi …kebetulan terjumpa apek yang baiki umah depan; mama tunjukkan pelan yang mama inginkan..dia yakin boleh buat ..pastu tanya abah..dia angguk setuju..jadi taksampai sebulan pagar mama berubah wajah..dah jadi begini…

Dah siap kolamnya pun…Selepas disi dengan ikan ikan kecik kolam ni jadi port untuk jiran dan saudara berkumpul sambil buat terapi kaki……masih jernih airnya lagi sebelum algae membiak nanti..

Hujung minggu lepas ada pasangan pengantin minta izin buat foto session kat depan tu…

Cuma nak maintain kolam tu supaya kekal jernih menjadi susah…Tiba tiba mama dah tahu apa itu biofilter, apa itu Barley Straw( sedang mencari benda ni..tak tau mana nak dapat?)…lupa kejap pasal kek dan muffin..dadih dan kuih tart..ehehee Dan satu lagi…bunga kerak nasi di halaman rumah mama dah mula berbunga harummmm…

Next Page »