kecil yang besar…
April 22, 2008 at 10:03 am | In ya sakit apa? | 4 CommentsTags: eclampsia, pregnant
“Doktor tolong bagi ubat…anak saya ni dah kena tarik* (maksudnya sawan/fit) malam semalam 2-3 kali.Takpernah dia sawan sebelum ni” cerita seorang ibu bila membawa anak gadisnya yang sedang belajar di tingkat enam atas berjumpa mama…gadis manis yang nampak lesu memandang kosong bersandar di kerusi patient sebelah meja mama…Masaalah yang simple kannn.Nak kena ambik histori betul betul ni….cuma sawan je …demam?..tak der demam,jatuh?..takder jatuh…..semua takder termasuk haid pun takder!. “Sejak bila haid takder?..”Entah!” jawab sigadis acuh tak acuh..
“Itu la semalam semasa kena sawan tu.makcik sapu minyak kat perut dia ..terasa perut dia terasa besar gitu.Makcik dah syak “.Makcik ni pun tau dah rasanya yang anaknya dah termengandung.Takpa makcik biar mama peksa anak gadis ni betul betul dulu ye.
Blood pressure tinggi…other sistem badan ok except part abdomen/perutnya tu..Bila rasa rasa macam ada ketulan bersaiz 26 minggu,,dah berdegup dup dap dup dap yang agak slow dari degupan jantung gadis tu.Peksa kencing…ada albumin! ( albumin sejenis protein ni tak sepatutnya berada dalam air kencing-kehadirannya menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan fungsi buah pinggang!)
Ni bukan kes biasa ni makcik.ni emergency… nak kena pergi hospital… kena masuk wad.mama cuba terangkan semudah mungkin kepada emaknya…errrr tapi terminologi eklamsia tu mama kurang pasti istilah dari DBP .
Mama pulak yang jadi kalut…Makcik buat muka blur.Uish !mengarut betul doktor ni..mana budak budak camgini boleh dapat darah tinggi dah..mungkin itu kot bisik hati makcik ni …
Gadis tu lagi ler membisu..”doktor bagi ubat udah ler.Anak saya tak apa apa.Saya nak balik.”gesa makcik tu cool.Masya’allah …mungkin makcik ni taktau apa itu eclampsia yang sangat di fobiakan oleh penjaga kesihatan termasuk doktor, sister dan misi di bahagian kesihatan awam oleh sebab reportnya yang panjang seperti cerita CSI ,yang pengidapnya akan menjadi femes dan diberi layanan VIP* (Very Important Patient) oleh doktor di hospital….
Gadis yang hamil akibat ditebuk tupai ( ye ke Tupai ?) ini telah mendapat eclampsia ; suatu penomena life threatening condition akibat darah tinggi yang berlaku semasa mengandung dengan indikasi serius …albuminuria dan sawan!…Harap harap bayi dalam kandungannya boleh diselamatkan bersama ibu muda ini.Mudah mudahan tidak ada komplikasi serius nanti.
Mama tepon pakar sakitpuan hospita terdekat yang ~ 30min perjalanan kalau ikut PLUS highway ..maklumkan keadaan pesakit sebelum di rujuk; pastu tepon nearest Klinik Kesihatan untuk dapatkan ambulan segera bersama nurse pengiring dan suntikan yang perlu di beri sebelum patient ini dihantar pergi…Tak sampai beberapa minit ambulan pun sampai kecoh sebentar pesakit lain kat dalam klinik..heran apa kes ni? Laju misi -misi pengiring menolak patient masuk ambulan dan eeeee oooooeeeeooooowwowww patient dibawa pergi.Pergh! legaaaaa!
Sakit yang kecil kepada patient tapi besar implikasinya pada nyawa nya…
4 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
kak zeze, bukan ke albumin tu yang biasa dipanggil putih telur? Camana boleh ada dalam air kencing manusia pulak? sorry la kak, knowledge neeza cetek…
by the way, makcik tu tahu anak dia pregnant ke? camanalah tu… dah la ada complication…
Comment by Neeza — April 22, 2008 #
terima kasih Neeza sudi singgah di sini..albumin tu sejenis protein. memang benar ia seperti putih telur yang juga di panggil albumin.
Kehadiran albumin dalam air kencing di lihat secara fizikal oleh patient sebagai buih buih halus seperti sabun rupa air kencingnya..
Kehadiran albumin di dalam urin/kencing menunjukkan ke’bocor’an buah pinggang/ginjal/kidney menapis bahan ini dari terlepas keluar .
Fungsi Albumin adalah to keep the fluid from the blood from leaking out into the tissues.
Makcik tu memang dah tau bila dah diterangkan padanya cuma sawan anaknya yang lebih dirisaukannya..dia taknak ke hospital demi menjaga maruah keluarga.
Comment by drzeze — April 22, 2008 #
eclampsia….cmne BP blh tinggi sgt sampai jd sawn?selalu ke ade kes cmni?
Comment by arkliena — April 22, 2008 #
my dear ARKLIENA,
Kes BP tinggi ni boleh berlaku pada ibu primid(mengandung sulong) setelah usia kandungan >20/52.Jika tidak dirawat segera mungkin akan menjadi begini i.e sawan yang boleh membawa maut,stroke or renal damage,or intrauterine death.
For your information, KKM telah menggunakan kejadian eclampsia sebagai salah satu indikator untuk kualiti penjagaan kesihatan ibumengandung di M’sia….
Comment by drzeze — April 23, 2008 #