Archive for March, 2008



selamat tinggal..

sekali lagi mama melihat ada hikmah disebalik  keputusan PRU kali ini. mama ingin menasihatkan(kalau nak dengar ler) pihak yang kalah ambiklah peluang ini untuk berehat di rumah …balik melihat kembali muka anak isteri dan saudara mara yang selama ini tak sempat dipedulikan kerana sibuk dengan urusan politik yang takpernah selesai sebelum ini.Sibukk menabur janji yang Tuhan rasa takmampu kamu tunaikan semasa berkempen yang lalu jadi eloklah bermuhasabah diri.

Mama percaya dan yakin dimana manapun sekarang, dikedai kopi,dimedia dan parablogger semuanya membincangkan isu ini sekarang.Masing masing memberi pendapat dan pandangan.Tapi mama kesian gak pada yang kalah.selain kutukkan dan garam nista dituangkan diatas perasaan luka itu menambahkan pedihnya hinggakan ada yang sebak dada dan sesak nafas dibuatnya..STRESS tu.Bagi mama ini akan menambah peluang penyakit coronary jantung menyerang tau;boleh meningkat darah tinggi.boleh pening kepala!

”pening kepala pakcik ni dok pikiaq(fikir) sapa yang jadi MB Perak ni?”komplen pakcik (penyokong parti bulan )yang hanya berkencing manis sebelum ini tapi sekarang BP(blood pressure) dah naik..sebab dah tak boleh tidor malam memikiorkannya. Urusan negeri tu pakcik serahkan pada baginda sultan ler.DEpa dah hantar 3 nama tu nanti baginda Sultan buat pilihan yang tepat yang mana berkenan dihati.Tapi dalam hati berdoa gak biar ler yang sama ideologi ngan kita memerintah…

” Biar padan muka deme;masa deme di atas , masa ada jawatan deme buat kerja tak ingat orang bawah,yang deme tau dok merancang bagaimana nak jatuhkan kawan sendiri supaya diri sendiri boleh naik jawatan lepas ni.Saya tunjuk sendiri kepada calun kawasan saya; mesej yang saya terima dari calun sebelah yang cuba jatuhkannya; kawan sendiri dengan harapan dia boleh duduk dalam kerusi exco lepas ni.Tau tau dua dua karam”gerutu Tok sidang(boleh teka parti mana kan?) yang baru teringat yang batuknya dah dua minggu tak baik baik lagi sejak berkempen.

‘Makcik kamu ni dah tak lena tidor selepas keputusan pilihanraya hari tu.Dia takut jadi apa apa bila pembangkang memerintah”bagitau pakcik yang bawa makcik yang terkena phobia anggapan negatif.Makcik ni kuat berkempen parti be end dulu.

Apapun mama percaya berat mata memandang berat lagi beban yang ditanggung oleh keempat empat pemimpin negeri yang kalah tu.Mama rasa lagu ni sesuai mereka nyanyikan sebelum pergi:

tragedi tenda biru..

usah bersedih pada yang kalah…hiburkan hati dengan lagu ini;Tenda biru= ngan kemah biru

demo jalanan..wajarkah?…

ini pandangan mama bila ada blogger yang merancang mengadakan protest ‘Please Go’ untuk mendesak PM meletakkan jawatan di depan Istana pagi ini.Walaupun agak terlewat tapi tidak salah rasanya jika mama memberi pandangan:-

NO!please noooooooo!……………………..
Rakyat telah menolak BN scara total dalam PRU dan pemimpin BN telah mendapat signal tentang ini.Bukan bermakna semuanya menyokong BA tapi sebenarnya lebih kepada undi protes diatas kesombongan pemimpin BN selama ini .tapi PLEASE….jangan amalkan protest dijalanan kerana ini akan menyusahkan rakyat; WALAUPUN dikatakan perhimpunan aman tapi bila ada provokasi pasti ada tindakkan.Biarkan phak keselamatan berehat sebentar selepas dibekukan cuti mereka sepanjang proses PRU 12 lalu.Bertimbang rasalah kepada keluarga mereka yang menunggu untuk bersama setelah lama bersengkang mata menjaga negara supaya segalanya berjalan dengan aman.(ada ayah yang sakit jantung kepenatan datang kepada mama mengadu takada anak yang boleh bercuti dan pulang membawa dia ke klinik kerana semua anaknya bertugas!).Bila badan dah terlalu penat, tindakan selalunya tanpa pertimbangan waras kan..itu akan terjadi jika demo dibuat lagi bermakna pihak polis terpaksa dikerah kesana lagi..

Cukuplah dengan kemenangan BA ini sebagai bukti, atur strategi untuk mengkotakan janji dan tolong jangan kucar kacirkan negara dengan perkara perkara begini,belajar dari sejarah…1969.Lagipun musim cuti begini kami ingin berasa selamat bila membawa anak anak berjalan jalan di sana nanti.
Gunakan saluran yang ada untuk itu; bukannya street demo yang akan men’glamour’kan kita dimata orang luar; CNN, BBC dan Aljazeera lebih berminat menyiarkan berita begini berbanding keharmonian kaum yang perlu ditunjukkan dan kita perlu jaga.

PakLah telah menerima kekalahan diatas kesediaannya mendedahkan keburukan sistem yang selama ini dipraktikkan(kes Lingam bukan berlaku dizamannya kan?) ….dan silap percaya keterlaluan kepada penasihat yang berada disekelilingnya yang lebih mengada -ngada..tindakkan pembetulan perlu dilakukan.Mendesak beliau meletak jawatan bukan langkah terbaik..sebelum inipun i.e dizaman DrM pun begitu,jangan tersilap masuk mulut harimau..

Antara harapan dan kenyataan..

Tiba tiba mama rasa ingin menulis lagi…keputusan pilihanraya telah mengubah sejarah politik Malaysia sejak 40 tahun lalu.Macam keputusan 1969.Mama percaya tiada siapa yang menjangkakan keputusan akan berlaku sebegini samaada dipihak pembangkang maupun dipihak parti pemerintah.Masing masing terkejut beruk!parti kerajaan yang terlalu over konfiden terpaksa tangguhkan dulu sambutan kemenangan sementara pihak pembangkang pulak tak menjangkakan dapat membolot sebanyak itu!Jadi isu ketelusan SPR tak perlu dipertikaikan .Kalau rakyat kata tukar maka kenalah tukar.Itu hak mereka…dan termakhbullah doa TGNA yang sebahagiannya berbunyi begini semasa bermunajat dalam deraian airmata kepada Allah;

“Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”


Banyak kejutan berlaku..kejutan lebih mengejutkan bila ada veteren politik terpaksa diber’sara’kan …Tapi itu masaalah peribadi mereka.Yang di risaukan bila Penang dah jatuh secara total kepada DAP, Perak pun ditakuti menjadi Penang.. apakah MBnya bakal dipimpin oleh DAP? harap kabar angin yang mengatakan bakal MB Perak dari PAS menjadi kenyataan.Begitu juga Selangor.Kelantan dan Kedah takpa la masih kita yang bernama Melayu jadi MB…

Apapun harapan mama sebagai rakyat; pakatan Barisan Alternatif tidak mensia siakan rakyat yang mengundi mereka.Manifesto yang dilaungkan untuk kebajikan rakyat dikotakan dan keadilan disamaratakan serta yang penting hak kaum Bumi tidak dipersiakan.

lebih mudah untuk cemerlang setelah gagal berbanding mengekalkan kegemilangan berterusan.

tersungkur kaku…

Dapat berita dari adik di kampung yang orang kampung mama nun di utagha, Omaq, tersungkur jatuh dan meninggal selepas membuang undi di pusat mengundi.Tragedi yang agak mengejutkan ini berlaku di depan mata adik yang kebetulan berada di situ pada masa tersebut.Omaq;48 tahun memang mempunyai masaalah jantung dengan pacemaker, tinggal sebelah umah emak Meen; penerbit MELODI di TV3 tu juga merupakan sepupunya.Jadi ayah yang bertugas ditempat mengundi terpaksa bergegas pulang untuk menguruskan mayat Omaq.(cerita dan gambar dalam beritaTV1/TV3 berita pagi ini).Innalillah….

Semalam sewaktu turun mengundi di sekolah yang telah ditentukan untuk mama membuang undi…kelihatannya suasana sunyi sepi, takperlu beratur pun. Hulur i.c, cek nama, katanya masuk saluran dua, tunjuk ic skali lagi, disebut nama mama kuat kuat sebelum diserahkan kertas undi.Terus pangkah yang mana berkenan di hati, lipat masukkan dalam kotak jernih tu..pastu selesai.Cepatnya kan.Tapi waktu tu jam tepat 1.20 tghari.Takada orang dah….Awal pagi tadi baru tau kedua dua calun BN di sini menang seperti dijangkakan walaupun kawan kawan depa yang lain terkulat kulat takpercaya kepada keputusan PRU kali ini.Napa??? tak percaya????

Hari ini rakyat Malaysia telah membuat keputusan yang menjadi sejarah…pembangkang bertukar pemerintah,pemerintah jadi pembangkang….parti pemerintah ‘izin dalam terpaksa’ melepaskan 5 negeri …takleh nak bayangkan tiba -tiba ada menteri dah tak berpejabat lagi!Tiba tiba YB dah tak berjawatan lagi.Nak buat apa lepas ni?

Hikmahnya keputusan PRU12 kali ini dapat membuka mata pihak-pihak tertentu;kadang-kadang jalan yang terlalu lurus tanpa gangguan itu melekakan pemandunya..sekali sekala perlu ada bonggol tinggi untuk mengejutkannya dari lena’

hakikatnya….

Tengok perang poster di sini rasanya kesemua parti bersungguh untuk menang.Tapi poster yang ditampal sebenarnya hanya memeriahkan suasana angin pilihanraya.Hakikatnya di sini laluan agak mudah untuk calun BN menang berdasarkan rekod khidmat mereka dahulu.Jom kita bersungguh untuk turun mengundi.Sorang tukang masak ;pemuda Cina sanggup pulang dari Kingston,UK semata -mata untuk satu undi.Sekeluarga India pulang dari Singapore ke sini hanya untuk mengundi.Kenapa kita yang mengaku tuan di tanahair sendiri malas nak keluar mengundi?Hakikatnya ramai anak muda di IPT yang cukup umur tak ambik peduli nak daftarkan diri?…

Di kawasan yang mama akan mengundi esok untuk DUN N47,calun BN dari seorang penghulu menjadi Datuk YB masih ‘bersih’ rekodnya walaupun lawannya calun PAS seorang Doktor.Silapnya calun PAS ini sepatutnya tidak berlawan dengan Datuk YB yang agak selesa kedudukannya dihati masyarakat di sini.Khidmatnya yang lalu masih diperlukan lagi.Patutnya Doktor dari PAS ini berlawan untuk Parlimen ; ada harapan untuk menang…tu la silap percaturan.

Mungkin PAS menjangkakan calun BN lalu; Dato’ Veera; cikgu menjadi YB yang popular dengan sikap berhemahnya akan mempertahankan kerusinya semula untuk Parlimen; memang akan menjadi laluan sukar untuk PAS menang. Dato’ dari MIC ini memang takleh dinafikan rajin dan betul betul menjadi YB =Yang Berkhidmat or Yang Bekerja.Dialah YB contoh; yang datang setiap kali mesyuarat pembangunan Daerah(mesyuarat ini diadakan sebulan sekali dan dihadiri oleh ketua jabatan di daerah) dengan buku catatan di poket membawa catitan dan komen serta aduan rakyat keperhatian ketua jabatan semasa mesyuarat itu. Dia tak tunggu masa pilihanraya saja nak tunjuk muka.Jadualnya turun ke kampung sentiasa dipatuhi.Mama ingatkan dia nak mempertahankan kerusinya dan ada harapan menjadi minteri penuh ( kata Samy Velu) kali ini; tapi rupanya dia turun ke DUN pulak ; kembali ke kawasan lamanya yang telah ditinggalkan sepenggal yang lalu.

Jangkaan mama calun BN dari UMNO akan menang untuk DUN ini.

Berbanding dengan calun untuk Parlimen P72 ni,kedua dua calun dari BN dan PKR kurang dikenali. Kabar angin yang agak meyakinkan kebenarannya mungkin akan mengurangkan undi untuk calun BN kali ini walaupun calun PKR tiada harapan di sini .

So telahan mama BN akan menang di kedua dua kerusi DUN dan Parlimen …..

P72 TAPAH
Jumlah Pengundi: 38,236

Peratusan Kaum:
M: 47.27%
C: 31.70%
I: 20.66%
L: 0.37%
1. Datuk M. Saravanan (BN)
2. S. T. Tan (PKR)
N47 AYER KUNING
Jumlah Pengundi: 20,232
Peratusan Kaum:
M: 55.74%
C: 27.90%
I: 15.91%
L: 0.45%
1. Datuk Samsudin Abu Hassan (BN)

2. Dr. Ahmad Razi Othman (Pas)

Dah Tiba……..

jom kita mengundi…datang awal untuk elakkan kesesakkan , jangan lupa bawa payung..dan terima terima keputusan dengan tenang..ehehehe jaga jantung anda….

lagu ni akan popular hingga esok…

lawak PRU12

dapat ni dari e-mel.Lawak pilihanraya.Ada nak tambah?

DUN yang paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yang paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yang paling panas , DUN Pedas.

DUN yang paling miskin . DUN Sekupang

DUN yang paling muda , DUN Sri Muda

DUN yang paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yang paling basah , DUN Sg Besar

DUN yang kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yang banyak hantu , DUN Pucong

DUN yang ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yang banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yang paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN yang paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN yang banyak air , DUN Ampangan

DUN yang banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN yang paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN yang paling bahaya , DUN Baling.

DUN yang banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN yang paling pelik , DUN Sg  Burung

DUN yang ada binatang , DUN Kijang

DUN yang paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN yang paling tak cantik, DUN Batu Buruk

makhluk itu sangat berharga…

 tersepitbus.jpg

Pernah dengar citer pasal makhluk halus?bukan..bukan makhluk halus seperti bakteria,parasit or virus… tu microorganism tu..ni citer makhluk halus yang orang kita percaya..Benda yang kita taknampak dan takpernah nampak tapi kita sangat sangat percaya ujudnya dia.Ikuti kisah ini…

Makcik ni; ustazah KAFA telah satahun kematian ibunya; tapi katanya saka atau penunggu ibunya masih mengganggu dirinya menyebabkan dia takdapat tido malam.

Yang pelik katanya makhluk halus yang didakwa menunggu ibunya setelah terlantar sakit ~kurang 1 bulan telah dibuang oleh seorang bomoh dengan bayaran yang begitu mahal! Rm 1K(dibaca RM seribu ) untuk satu sessi pembomohan!Alamak mahalnya? lebih mahal dari bayaran perundingan doktor pakar yang cuma RM 50/sejam.Itupun belum cukup kerana seminggu selepas berubat dengan bomoh tersebut ibunya meninggal dan bomoh tersebut telepon lagi kononnya makhluk halus itu masih belum habis dibuang sepenuhnya dan masih merayau mencari tuannya….dan perlu bayaran tambahan RM500 lagi untuk menghapuskannya!Dan mereka melunaskan tanpa banyak soal.

Mudah kan kita percaya benda benda yang kita sendiri takpernah nampak ni?

Penjelasan kita ; maknya kena stroke terbaring lumpuh tangan dan kaki, takboleh makan dan minum kecuali dengan bantuan NG tube ( tiub yang dimasukkan melalui hidungnya)

Penjelasan depa; maknya ditunggu makhluk halus jadi susah nak mati tapi asyik nak makan aje ..kononnya yang dok minta makan tu makhluk tu ler…Jadi lepas berbomoh baru senang ibunya mati percaya mereka….. Bukankah hidup mati tu dateline dah ada?

Tapi sekarang makcik ni datang nak berubat pulak ; dah takleh tidor dan gatal gatal badan sebab masih percaya saka emaknya datang kembali !Dah tu kalau gatal camna nak tidor?

Penjelasan kita; dia gatal sebab ada gula yang tinggi dalam darahnya i.e diabetic dan makhluk halus yang mengganggunya adalah glukos yang kita tahu kehadirannya ;cuma boleh dibuktikan dengan bacaan nombor di glukometer(mesin penyukat glukos) seperti ini

glucometer.jpg

..makhluk tu -glukos tak nampak pun? Bayaran untuk membuktikan kehadirannya cuma kurang dari RM10.

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
(Surah Al-Jinn, Ayat 6)

Belajar menulis atas pasir…

sand_write_oe.jpgstone-carving.jpg

Yang mana lebih mudah; menulis diatas pasir atau memahat diatas batu?…..

Kawan?sahabat?rakan? Mana yang kita ada dan apa bezanya ?…Pernahkah kita rasa terluka dan rasa dilukai oleh perbuatan kawan atau sahabat kita?Atau tanpa kita sedar kita melukai perasaan sahabat kita ?…ini cerita motivasi yang boleh di kongsi bersama;

Dua orang sahabat karib si A dan B sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B terasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : “Hari ini sahabat baik ku telah menampar mukaku“. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mula sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia mengukir di atas sebuah batu : “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku”.

A bertanya : “Kenapa setelah aku menamparmu tempohari, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum, B berkata “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulis di atas pasir supaya angin maaf yang sentiasa datang menghembus akan menghapuskan tulisan itu dan kita dapat melupakannya. Tetapi apabila sesuatu kebaikan yang sahabat kita lakukan terhadap kita , kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu dan kita sentiasa mengingatinya.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir dan memahat kebaikan diatas batu nescaya hati kita akan sentiasa tenang dalam persahabatan.

DO NOT VALUE THE THINGS YOU HAVE IN YOUR LIFE,

BUT VALUE WHO YOU HAVE IN YOUR LIFE!

« Previous PageNext Page »