cemerlang or malang?
March 31, 2008 at 11:32 pm | In cerita kedai kopi | 2 CommentsTags: gambar Sufiah, Sufiah Yusuf a.k.a Shilpa Lee
Terkedu seketika membaca kisah yang terjadi kepada anak malang ini ………Sufiah Yusof yang suatu masa dahulu genius Math dan berjaya mendahului rakan sebayanya masuk University Oxford pada usia 13 tahun,berkahwin pada umur 19tahun ,menjanda setahun selepas itu dan sekarang menjadi teman so ’sial’ menggemparkan kita umat Islam yang sememangnya masih gempar dengan kontrovesi film FITNA…dari cemerlang menjadi jalang.
Mungkin betul kecemerlangan akedemik tanpa makanan rohani menjerluskan manusia.Tidak suka berkongsi masalah dan suka mencari alternatif negatif adalah sifat segelintir remaja untuk menunjukkan pemberontakan emosi.Melepaskan stress ke jalan yang salah merosakkan diri.Apakah sikap ibubapa yang terlampau mendesak untuk membentuk anak cemerlang diawal usia telah mengganggu proses semulajadi anak ini mengecap keseronokan zaman kanak kanak hingga akhirnya tersilap langkah terjebak begini?.Mama amat risaukan akidah anak ini dan sayangkan kelebihan yang ada padanya.Kalau hidup di Kota London terlalu mencabar, kembalilah ke sini Sufiah…Mama percaya ramai kawan dan famili di sini yang bersedia membantu.Mungkin kelebihan Sufiah dibidang Math akan lebih dihargai dan diperlukan di sini.
Sama sama kita berdoa semoga Allah memberi peluang kedua kepada remaja ini kembali ke jalan yang betul.
Sufiah bersama keluarga(gambar 1) dan bersama suami yang dikahwini selama 13 bulan (gambar 2)
Tersungkur di lembah hina
LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.
Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.
Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.
Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.
“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.
Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.
Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.
Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.
Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.
Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.
Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.
Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.
Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”
Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.
Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).
Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.
Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.
Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.
Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.
Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.
Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.
Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.
Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.
Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.
Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.
Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.
Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.
Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.
Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.
Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.
Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.
Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”
Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.
Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.
“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.
2 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
-
Blog Stats
- 62,469 hits
-
Recent Posts
Archives
- July 2009
- June 2009
- May 2009
- April 2009
- March 2009
- February 2009
- January 2009
- December 2008
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
Blogroll
blogsahabat
cyberfriend
docblog
jom masak!
medlink
medstudent
my blogspot
my family
my islam
OUTBREAK!
Meta
-
Top Posts
-
Recent Comments
drzeze on peringatan bagi yang lupa ila on peringatan bagi yang lupa ila on peringatan bagi yang lupa drzeze on tamu istimewa ealyie on tamu istimewa
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
walau segenius mana pun..kanak kanak harus membesar dan menikmati waktu kanak kanak nya….kalau tak..ini lah jadinya…kesian suffiah..semoga dapat bantuan yang sewajarnyer…
Comment by dbi — April 2, 2008 #
dbi,
Itulah kesilapan ibubapa atau penjaga dalam mendidik anak anak.Terlalu menekankan kecemerlangan akademik hingga lupakan soal sahsiah diri anak.Akibatnya jadi begini.
Tetapi bila anak tu dah membesar remaja janganlah pulak ini dijadikan alasan untuk mengiyakan tindakan negatif mereka.Sepatutnya mereka harus sedar dan bertanggungjawab diatas setiap apa yang mereka lakukan.
Comment by drzeze — April 2, 2008 #