pedoman pada yang tinggal…
March 29, 2008 at 10:09 am | In Uncategorized | Leave a CommentTags: Hijjaz, mati, pengurusan jenazah
Lagu ini sebagai pedoman untuk kita yang tinggal……….Ayuh hayati liriknya sungguh menginsafkan..Antara lagu terbaik Hijjaz.Terima kasih Hijjaz!
hanya kenangan…
March 28, 2008 at 10:02 am | In family | 3 CommentsMaklong Nab pergi pada usia 74 tahun, meninggalkan kami dengan kenangan indah untuk dikongsi bersama.
Emak masih belum hilang sedihnya.Mereka memang rapat adik beradik..begitu juga mama ,kehadiran maklong sentiasa memberi kekuatan yang tak terlihat…Bila berkesempatan pulang bercuti mama sekeluarga dan adik adik serta anak anak akan berrombongan ke rumahnya yang agak sunyi dalam kebun getah di hujung kampung.Anak anak akan berebut mencari biji getah di sekitar rumah Maklong…Kami akan bawakan lauk pauk untuk dimasak beramai ramai sementara Maklong dengan senyum yang tak lekang dibibir akan memetik ulam ulaman disekeliling kampung,pucuk cemumark,pucuk paku,pucuk ubi..termasuk mencari rebung kegemaran mama..untuk dicicah dengan sambal belacan dan ikan tamban kering goreng serta gulai cair ikan kembung sudah kecur air liur dibuatnya…pastu maklong tak lupa memetik limau balinya yang manis berulas merah dicicah garam belacan(i.e kuah rojak) selepas itu.Maklong takpernah kedekut dengan rezekinya yang sedikit..Kehadiran anak anak mama selalu menjadi perhatiannya…terutamanya Along yang agak manja .
November sebelum kematian Tok,maklong menjadi penunggu setia, menjaga emaknya bersama anak anak tok yang lain.Kini..Maklong pula pergi.
Gambar bawah: Maklong Nab yang selalu tersenyum menunggu emaknya yang sakit..
Semasa program sunathon berlangsung di tempat mama pada bulan Disember lepas; meriah keluarga dari Kedah termasuk maklong datang memberi sokongan .Inilah kali terakhir maklong datang ke rumah…
Kelihatan maklong (berserkup biru),ayah,kakTam(my sepupu) dan Ida(my helper) membantu di dapur menyediakan juadah bihun goreng,pulut kuning dan gulai ayam serta rendang kicap daging untuk menyambut anak anak medic; kengkawan Along dari CUCMS sehari sebelum berlangsung sunathon.Maklong ceria sambil mengupas bawang walaupun pedih berair matanya tapi mengenangkan cucu saudaranya, Along gemarkan masakan ini maklong tak kering tangan membantu di dapur.
Maklong Nab (berserkup biru no3 dari kiri)) ramah melayan ibu angkat pelajar CUCMS di rumah mama.
Gambar bawah; Maklong (bertudung labuh hijau,4 dari kanan)memberi sokongan pada Mat Huzaid dan Aiman yang bersunat pada hari tersebut
Kini maklong tiada lagi…Mama berpeluang memandikan jenazah Maklong untuk kali terakhir, menkafankannya serta mengiringinya hingga ke lianglahat.Zam menghantar maklong hingga ke dalam liang lahat.Kami pulang selepas selesai maklong ditalkinkan.Padamu…Maklong….. semoga bahagia di sana sehingga hari kebangkitan nanti .Pada anak anak, mama abadikan kisah maklong di sini supaya menjadi kenangan kepada keluarga kita hingga akhir hayat nanti.
di panggil pergi..
March 26, 2008 at 10:31 am | In keluarga | 2 CommentsTags: maklong
mama renung lama lama wajah itu..pucat dengan mata tertutup rapat .mama tatap mukanya tenang ,ada sedikit tanda lebam di dadanya(mungkin kesan CPR )..terbaring kaku sekujur tubuh Maklong Nab di atas katil besi itu,emak saudara mama sebelah mak,satu satunya saudara perempuan mak…. pergi mengejut membuatkan emak longlai seketika.
Maafkan anak saudaramu ini maklong..genap sebulan yang lalu bila maklong dimasukkan kedalam wad akibat serang jantung mama tak sempat balik menziarahinya .Hanya telepon pada Kak Cik (Panggilan mama pada anak pempuan bungsunya yang bergelar ustazah) yang menemaninya dalam wad …bertanya kabar semasa maklong dirawat.Kabarnya maklong dah sihat..
Selama dua hari berturut turut sebelum kematian maklong, adik Zaharah dan emak menziarahinya……masih sihat. .Adik Zaharah dan emak yang pergi atas urusan pembahagian tanah pusaka masih ramah bercerita tentang jirannya mati mengejut akibat serangan jantung.Berhasrat nak buat umrah sekali lagi kalau tanah pusaka pemberian Tokwan di tepi PLUS tu laku dijual.Cuma adik Zaharah takperasan sangat kenapa cop jari MakLong takmau lekat dakwatnya di ibujarinya walaupun jenuh ditekan tekan atas stamp pad yang baru dibeli ayah tu berkali kali.Try jari mak.try jari Kakcik boleh pulak.
Tup tup pagi Isnin itu, 24hb Mac 2008 dalam sibuk mama melayan patient di klinik, adik Zaharah telepon mama, memaklumkan yang Maklong sedang menggeletar kesejukan di dalam wad .penat dan muntah muntah…katanya kena masuk Cardiac wad tapi entah kenapa di tempatkan di wad perubatan biasa…mungkin wad CICU sesak dengan patient fikir mama bersangka baik?Insyaallah segalanya mungkin akan ditangani dengan baik oleh doktor dan misi didalam wad…itu doa mama dan juga hasrat semua saudara mara.
Ini cerita Kakcik yang menjaga maklong sejak dimasukkan dalam wad.
Pagi tu selesai bersarapan maklong duduk diatas tangga dalam umahnya nun jauh di pendalaman.~40km dari spital..mengurut dada ;”penat”, katanya.Mengetahui yang emaknya ada penyakit jantung tanpa berlengah anak anaknya termasuk Kakcik terus kejarkannya ke kecemasan hospital yang terletak di depan jalan masuk ke kampung mama.
8.00pagi: di wad kecemasan
10 pagi :
maklong ditolak masuk ke wad perubatan biasa; ditempatkan di dalam bilik empat katil jauh dari misi.pakai nasal prong dengan drip di tangan.Penat,muntah banyak kali.Tekanan darahnya sangat rendah kata misi yang shif pagi.
4.00ptg:
doktor dalam wad datang melawat maklong(tengok bertapa bizinya doktor di wad ini?).Setelah doktor pergi, dipindahkan maklong dekat dengan kaunter misi.Di situpun Maklong masih gelisah dikatil…penat dan menggigil.KakCik yang taktau nakbuat apa cuba panggil misi dua tiga kali minta tengokkan keadaan emaknya yang masih menggigil kesejukkan..masih penat dalam oksigen yang dicekup ke mukanya,gelisah dan resah.Tanpa memandang kepada KakCik, misi berperut buncit itu dengan nada kurang ajar berkata ; “Tadi doktor dah tengok.Makcik tu memang ketegark (i.e degil) dah pakai oksijen tu nanti okey la!.Mai masuk sini kita bagi ubat bukan bagi racun!”.;tanpa senyum… kembali kepada kerjanya.Tak sudi dia untuk datang melihat maklong.
KakCik yang kesian tengok keadaan maknya kembali ke katil ..hopeless!sekadar berkata;”mak, mengucap mak kita mai sini nak berubat.Sabaq ya mak”Dua tiga makcik yang menunggu pesakit dikatil berdekatan kesiankan tengok keadaan maklong mula berkumpul membantu mengurut tangan ,badan dan kaki maklong..juga taktau nak buat apa…ada yang bagi minyak angin untuk cuba memanaskan badan maklong tetapi tidak berhasil…ohhh! di mana misi! dimana doktor!
Tiba tiba maklong menarik nafas yang panjang untuk kesekian kalinya dan terus diam…KakCik menjerit memanggil misi.Baru kalut misi dan doktor datang berlari..tapi untuk apa?mengejar apa?….
cerita mama:
6.15 ptg: mama masih di klinik bila dapat panggilan dari adik Zaharah, lemah bunyinya,”Long dah pengsan. Doktor dok hindik(buat CPR… ).kami semua dok tunggu ni….”.Panggilan putus tiba tiba.
6.30 ptg : “Long dah takdakkkkk huhuhu…tolong bagitau Rohaya ngan Zam”teresak-esak Adik Zaharah dihujung talian.Tiba -tiba airmata mama berderai lagi…
Malam itu mama sekeluarga bertolak pulang dalam renyai hujan meredah malam.Esok Angah dan Azim ada periksa…tapi takngapa kematian wajib diziarahi, periksa boleh berkali kali..mati hanya sekali.Terima kasih abah yang memahami.
Tertulis disijil mati sebab kematian:
NON STEMI (i.e Non ST Elevation Myocardial Infarction)
sijil dikeluarkan dari wad CCU ..tapi ngapa maklong hanya di tempatkan di wad biasa? Yang mungkin rawatannya pun biasa biasa saja ?
cermin diri..
March 23, 2008 at 3:50 pm | In politik | 3 CommentsTags: cermin diri, MB Terengganu
Nampak gayanya keris yang telah dicabut dari sarungnya oleh Ketua Pemuda dengan penuh semangat pada perhimpunan UMNO dulu telah membawa musibah.Keris itulah sekarang yang telah digunakan oleh ahli ahlinya untuk cuba menikam sesama sendiri.Selepas negeri nun diutara;Singa Utara senyap setelah selesai isu perlantikkan MB kini tiba giliran Tranungkite pulak.Kemelut di negeri bermasjid kristal yang banyak cermin itu gagal untuk mencerminkan muka pemimpin negeri itu nampaknya.Apa dah jadi?Jangan jadi Luncai yang terjun dengan labunya kerana ramai yang menunggu untuk melaungkan;’Biarkan!..biarkan..!
cantiknya masjid ini..
Apakah jalan musyawarrah sudah tiada lagi untuk menyelesaikan masaalah perlantikan ketua pemimpin negeri ini yang sedap keropok losongnya ini?
Apakah sejarah baru akan tercatit lagi?
*mama : sedap makan masak lemak cilipadi gulai rebung pemberian Kak Yah tempohari .
kristal tak berharga
March 21, 2008 at 5:12 pm | In Uncategorized | 1 CommentTags: batu karang, kidney stone
“Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku anggota badan yang punya kekuatan dan keupayaan”.Ada tangan yang boleh menyuapkan makan, ada kaki yang boleh diajak berjalan tanpa diajar bagaimana nak mengatur langkahnya.Ada pancaindera dan organ yang sistem nya berfungsi dengan automatik .Bayangkan tiba tiba nak bersin tak jadi..nak BO (b*r*k) takmau keluar.Naknafas tak boleh …ohhhh when you can’t breathe..lagi kalut ..lagi kelam kabut…..Jadi jangan lupa setiap hari berterima kasih atas kurniaanNya.
Pernah kita terfikir suatu masa kita rasa teramat sangat nak pergi ke tandas untuk kencing tiba tiba bila nak kencing airkencingnya tak boleh keluar?jenuh diteran hingga naik meremang bulu roma tapi tak setitispun mau keluar?Mau keluar peluh jantan(peluh betina takada ke?) dibuatnya!.Ini bukan main main ni ..mungkin boleh terjadi kepada kita,kamu atau mama(nauzubillah..)
Makcik berbadan gempal itu datang dengan kesakitan yang didiamkan mengadu sakit takdapat kencing dengan terasa ada macam ‘makhluk asing’ berada disitu menghalang kencingnya keluar.”Rasa macam bergigi tajam benda itu..eee takut makcik”
Mama dengan penuh rasa simpati(kan doc kena empati?) cuba membantu.Ni mesti kes koleksi kristal tak berharga yang dilombong dalam sistem kencing di badan kita.Dalam hati berdoa dipermudahkan urusan…Makcik tu baring dan mama dah bersedia dengan senjata yang perlu untuk konon -kononnya nak tarik makhluk asing tu keluar.Belum sempat mama berbuat apa -apa tiba ternampak benda ini ‘merangkak’(tergolek keluar sebenarnya) keluar sendiri dari bukaan urethranya.Fuhh!legaaa.Begini rupanya…batukarang makcik tu.”Sebesar biji asam jawa” kata makcik tu ditunjukkan padanya.
Boleh teka batu karang jenis apa kalau begini rupanya?Calcium oxalate?-merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam.Calcium phosphate?-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.Asid urik? – akibat dari serangan gout.Atau Cystin?
dan amat rapuh sekali;
beri betis nak paha?
March 19, 2008 at 4:37 am | In politik | 1 CommentDemanding sangat ke akhlak kita hari ini?Bagi betis takpuas hati nak minta paha pulak!ishh!ish!nak bagi jawatan timbalan menteri takmau ;nak demand jawatan menteri penuh la pulak.Rela melepas jawatan yang diberi jika jawatan yang di idamkan tu tak dapat.Apa dah jadi dengan kamu(bukan kita?) hari ini..tidak takut dengan tanggungjawab ke sebagai pemimpin tu?
Tak serik ke melihat kepada apa yang terjadi kepada pemimpin pemimpin yang terdahulu?Berjawatan disanjung, didukung..tapi bila jatuh dipijak dan dihenyak.Macam ada pak MB yang terpaksa menumpang dirumah kakaknya setelah tak dapat lagi duduk di rumah resmi yang selama 12 tahun dihuni.
cuti cuti malaysia..
March 18, 2008 at 10:06 am | In family | 1 CommentTags: cuti cuti Malaysia
Trip ke Penang hujung minggu lalu mengumpulkan semua keluarga mama;ayah,mak adik Zaharah sekeluarga, Rohani sekeluarga dan Rohaya sekeluarga yang memang duduk di Penang kecuali Zam yang takdapat join.Tidor semalaman kat umah Rohaya;sibuk suaminya bercerita tentang kerajaan baru di Penang ;”no more overtime kecuali hari minggu”…Pagi tu rombongan kami pegi shopping kat Perangin Mall depan Komtar sebelum di maklumkan ada perhimpunan demo against kerajaan baru pasal DEB kat situ.Sib baik tak terperangkap dalam demo tu…Pastu bertolak ke Batu Feringgi untuk meneruskan cuti cuti Malaysia…..
Mula tu dah booking kat Holiday Inn..teruja nak duduk situ mengenangkan dekat ngan pantai dan bersebelahan dengan tempat mama nak berforum…minta bilik yang ada connecting door..tapi bila check-in katanya dah habis ditempah.Alasan bilik yang lain belum siap walaupun dah jam 3ptg menyebabkan kami terpaksa berhimpit dalam satu bilik saja.. bila masuk biliknya aircond tak berfungsi..bagitau pihak berkenaan nampak macam sibuk je ;maklumlah musim cuti-cuti gini mesti full biliknya kann…jenuh tunggu tak ada respon dari pihak pengurusan.Kesian pulak tengok anak anak dan anak saudara dah berpeluh peluh menunggu tak sabar nak terjun kolam mandi..Uish! takkan nak rosakkan percutian dengan keadaan begini…
Takleh jadi ni…Jadi mama ajak abah pergi cari hotel lain kot selesa sikit.Jumpa Bayview Beach Resort,yang terletak ditepi pantai gak..nasib baik ada lagi bilik Family Suite yang sesuai dengan kapasiti kami yang ramai tu.Kolam renangnya cantik mengadap pantai.Pokok kelapaknya dan pokok rhu pun banyak menjadikan suasana redup dan nyaman bila dapat baring lepak di atas kerusi malas dihembus angin laut. Macam kat Hawaii cuma takada penari dengan bunga malainya saja…ehehehe.Dah booking di sini tapi hanya boleh check-in jam 5ptg;alasan bilik sedang dikemaskan.Takpa mama nak pegi check-out di sana.
Bila mama nak check-out dari hotel yang kurang mesra pelanggan tadi barulah kelam kabut tanya nak tukar bilik ke …nak tu nak ni….tapi dah terlambat mama dah dapat tempat yang lebih baik..minta maaf ye.Mujur ler depa tak caj apa apa…Mama dah berangan nak bersantai di tepi pantai dengan hati yang damai.
“Takpa ke kami tak menganggu percutian hampa ka?’”tanya Adik Rohaya yang selalu “dok bayangkan tu..bayangkan ni.. “
Ek eleh hangni… awat kata lagu tu..Kalau kami takmau diganggu mesti kami p bercuti di luarnegara .Takpayah sapa ikut.Pi pun berdua saja;tapii rasa macam tamak sangat habiskan duit tu hanya untuk 2 orang.Kan bagus kalau semua keluarga dapat berkumpul dan bersama sama menikmatinya.Merapatkan siratulrahim sesama adik beradik dan anak anak saudara kan?.
Hati mama rasa seronok bila tengok anak anak saudara; Akmal dan Aiman yang kecik tu siap ngan google nak nyelam kat kolam mandi kecik tu.
bila rimau mula mengaum…
March 12, 2008 at 4:27 pm | In politik | 3 CommentsTags: Lim Kit Siang, MB Perak
Masa Dalam Alam Percintaan(D.A.P) nampak macam comel sangat dengan bulunya yang lembut; pakat dok belai dan boleh buat main -main lagi,boleh pegang pegang usik usik mana mana bahagian badannyapun dia tak marah.Kukunya dan giginya yang tajam tupun tak perasan sangat masa tu.Boleh dipercayai hinggakan sanggup diajak duduk sekandang.
Tapi….Kita lupa deme tu rimau bukan kucing..Kucing pandai membalas jasa,masih ingat nak balas jasa orang yang baginya makan.Sebab tu kalau kita bagi kucing makan lepas tu dia datang gesel geselkan manja badannya pada kita.. mungkin sebagai terima kasih.Tapi tidak rimau!
Sekarang rimau tu dah mula mengaum;mula mula di Penang pastu hari ni bapanya merangkap penasihatnya dah mula nak ajak yang lain mencakar!Mungkin dah mula masuk fasa kedua nanti dia mula tunjuk taringnya ;Dalam Alam Permusuhan=masih DAP gak kan?.Cakap berdolak dalik; hari tu bagitau siapapun nama yang diperkenan oleh Yang Mulia Sultan akan dipersetujui dan disokong tapi apa dah jadi???
Ini kenyataan Lim Kit Siang yang di petik dari website nya:-
No DAP CEC mandate for PAS MB in Perak
March 12th, 2008 (4 hours ago) The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.
The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.
DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.
As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.
dah tukar..
March 12, 2008 at 9:28 am | In politik | 2 CommentsTags: cuti cuti Malaysia, Penang
Semalam selepas balik berjoging ngan Angah,Abah bagitau tok ketua kampung dah turunkan papantanda ‘tok ketua’ yang terpampang depan pagar rumahnya.Walaupun MB baru masih belum dilantik dan taktau apa polisi barunya, tok ketua dah ambik langkah awal menurunkan papantanda itu sebelum di turunkan.Ahli Majlis Daerah,JKK, AJK surau dan masjid mungkin akan berubah keahlian .Tak mustahil Hang Jer Bat,Hang Too Wah atau Hang Lee Kiew akan memegang jawatan itu selepas ini.Kita tunggu dan lihat.Ini proses adaptasi dengan suasana baru.(mama pun tak faham macamana tiba -tiba PAS boleh tidor sebantal dengan DAP dan PKR selepas PRU12,sedangkan sebelum ini nak minum seteko ngan UMNO pun tak boleh?.Adakah atas alasan politik semuanya di bolehkan kecuali dengan Melayu UMNO?)
Penang dah mansuh DEB,koata 5% peruntukan perumahan untuk bumi dimansuhkan..semua disamaratakan.Entahlah..kalau 5%dulu tupun takmampu nak beli taktau la camna.Hakikatnya dari segi ekonomi kita belum mampu bersaing terutamanya dalam bidang perniagaan.Melayu hanya menjadi tuan di pasar malam, digerai gerai di tepi jalan.Bila tempat itu dibangunkan; berderet kedai didirikan kita tak mampu memilikinya..so kita akan dihantar nun dihujung jalan yang pastinya tidak mengganggu lalulintas.. termasuk pelanggan..Last last terpaksa tido tangan letak atas dahi!
Mungkin dengan perubahan ini dayasaing kita dalam perniagaan akan lebih tinggi,tongkat yang diberi selama ini telah disentap kembali..cobalah untuk berjalan sendiri.Dan mungkin sikap kita akan berubah menjadi Melayu baru?Tanpa tongkat, tanpa lorong kecemasan, tanpa tiket percuma….
Hujung minggu ini mama akan buat kunjungan hormat ke P.Pinang…ehehe bukan nya nak jumpa pak Ketua Menteri ; (uish!Mr Lim musti bizi ngan polisi barunya..)..mama nak attend satu forum anjuran Malaysia National Heart Association ” Future Forum Malaysia 2008″(not a political forum walaupun bunyinya gitu kan??) kat Parkroyal Penang selama dua hari di sana..sambil tu nak nyelam tapi takmau minum air ler..berhasrat nak merasa angin baru di sana camna…nak lepak lepak tepi pantai ngan famili…tapi tak mau mandi kat laut tau..phobia tsunami 2004 masih diingatan ditambah ngan tsunami PRU12.
Malam esok lepas kerja mama akan bertolak ke sana…Along tumpang sekaki ..mungkin famili dari utagha akan datang juga.Mak,ayah,adik Z, Che Rohani dan keluarga depa.Tentu meriah umah hang Che Rohaya noooo.Pssst…Che Rohaya,nak minta tolong sikit….hang cek betui betui ngan jabatan kajicuaca pastikan takda gegaran dalam tempoh percutian mama nanti..Dan satu lagi Ustaz M, jangan dok pangge ceq mai bagi ceramah last minute noo..Nak cuti..nak cuti..
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.






