cerita kita…masuk paper..

December 25, 2007 at 12:35 am | In cerita kedai kopi | 2 Comments
Tags: , , , , , ,

Utara: Program ‘Sunathon’ sempena cuti sekolah

(Berita Harian Rabu 19 Disember 2007)

sunathonsuratkhabar.jpg

Oleh Mustafa Ngah Mansor

156 kanak-kanak sertai program anjuran PPIM bersama penuntut Kolej Perubatan Cyberjaya
BIDOR: Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) cawangan Perak memilih Bidor sebagai lokasi bagi aktiviti sosialnya melalui program ‘Sunathon’ beramai-ramai sempena cuti panjang persekolahan, baru-baru ini.
Program itu membabitkan penyertaan 156 kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun dari pelbagai latar belakang keluarga termasuk petani, peniaga sehingga kakitangan kerajaan dan swasta turut menjayakannya secara besar-besaran.
Peserta bukan saja datang dari sekitar Perak, malah ada yang datang dari beberapa negeri lain termasuk Kelantan, Selangor, Johor dan Kedah.Bagi melengkapkan program berkhatan itu sebuah kereta Bomba dan Penyelamat dari Bidor didatangkan khas untuk memeriahkan sambutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan menyempurnakan majlis perasmian program berkhatan secara percuma itu di pekarangan surau Kampung Dato Kamaruddin di sini, baru-baru ini. Penyelaras program, Syed Azhar Syed Mohd Masri, berkata berikutan sambutan menggalakkan, penganjur terpaksa menolak permintaan beberapa keluarga bagi anak mereka menyertai acara berkhatan itu.Beliau berkata, orang tempatan yang bekerja di luar Perak yang membawa keluarga pulang bercuti di kampung turut mengambil kesempatan mengkhatankan anak masing-masing“Kami terpaksa meminta maaf kepada ibu bapa terbabit kerana terpaksa menolak permohonan mereka berikutan bilangan peserta sudah melebihi sasaran asal, tambahan pula pakar untuk mengendalikan majlis berkhatan itu terhad.

“Sambutan ibu bapa terhadap program pertama kali ini di luar dugaan dan ini mungkin disebabkan cuti persekolahan yang panjang dan mereka mahu mengambil kesempatan itu untuk mengkhatankan anak masing-masing,” katanya.

Exco PPMM cawangan Perak, Dr Zxxxxxxxx, berkata program itu juga sebagai saluran terbaik merapatkan perhubungan antara masyarakat dengan persatuan.

Beliau berkata, persatuan menyediakan kepakaran terdiri daripada doktor dan pembantu hospital yang turut dibantu penuntut Kolej Perubatan Cyberjaya.

“Persatuan mengucapkan terima kasih atas bantuan dan kesanggupan 33 profesional termasuk doktor dari beberapa kawasan termasuk daerah Batang Padang dan Ipoh membantu menjayakan sunathon.

“Matlamat asalnya, khusus untuk membantu kanak-kanak miskin tetapi dibuat secara terbuka selepas menerima permintaan yang tinggi daripada ramai ibu bapa untuk anak turut serta,” katanya yang mempunyai sebuah klinik persendirian di pekan Bidor.

Beliau berkata, idea untuk mengadakan sunathon timbul selepas menerima maklumat ada seorang pelajar berusia 15 tahun masih belum bersunat disebabkan kemiskinan keluarga, manakala bayaran perkhidmatan bersunat di klinik swasta adalah antara RM90 hingga RM120 seorang.

Sementara itu, seorang petugas dari Kolej Perubatan Cyberjaya, Hazirah Mohd Nor, 20, berkata penyertaannya tahun ini adalah kali kelima.

“Saya gembira menyertai program amal ini kerana dapat memantap kebolehan dan mematangkan minda serta menambah pengalaman,” katanya.

Ibu tunggal, Zulhijah Md Radzi, 41, bersyukur kerana berpeluang menghantar anaknya menyertai program itu.

“Saya gembira kerana banyak pihak tampil membantu, tambahan pula ia dilakukan secara percuma dan sudah pasti dapat meringankan beban orang ramai terutama ibu tunggal seperti saya,” katanya.

Rakannya, yang juga ibu tunggal, Samsiah Musa, 47, berharap program itu diteruskan pada masa depan terutama untuk membantu keluarga miskin termasuk ibu tunggal.

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam drzeze:

    Alhamdulillah,program sunathon kali ini berjaya.
    Terharu baca lapuran akhbar dan tulisan hang yg sebelum ini.Apa lagi dgn penglibatan MS-MS dari Cyberjaya dan Ipoh.

    PPIM Melaka saja yg tidoq macam polar bear.Heh3.

  2. salam kembali TA,
    Terima kasih atas sokongan.Cuba menggunakan saluran yang ada untuk kita bersama sama membantu pada yang memerlukan.
    Beruntung bebudak MS dah di latih dan diberi peluang oleh pensyarah mereka melakukan pembedahan di awal pengajian(1st year lagik) lagi. …fardu kifayah yang kita terlepas peluang di zaman kita dolu-dolu…


Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.