1 Syawal 1428
Ketupat palas dibuat emak dah siap dihidang.Nak makan dengan yang mana satu satu?gulai daging spesel oleh mak memang menjadi feberet mama,along dan adik adik mama , rendang kicap daging mama dah siapkan menu wajib yang jadi feberet abah dan anak menakan,rendang pedas ayam yang disiapkan adikZ dah hampir pupus di pagi raya, dikerjakan anak menakan sejak semalam….
Raya kali ni dah pakat ngan adik adik takmau buat mee bandung macam selalu..raya pertama kali ni memang betul betul nak beraya… nak keluar pergi beraya dari rumah ke rumah..kalau buat mee bandung paling kurang 20kilo mesti tak dapat keluar rumah..tetamu datang bertali arus.Kami yang pempuan mesti tunggu dapur ler nampaknya…cik cik abang je dapat beraya…
Janji…. raya kedua baru nak buat makan makan.Meesup, mee pak hashim(sebenarnya laksagoreng),aiskacang dan bbq dll.Jadi hari ni makan ketupat ngan kueh raya aje tau…
Pagi pagi lagi abah dah siap berbaju raya hijau sedondon ngan anak-anak kecoh ngan kameranya…”7.30pagi kita bergambar depan umah!semua ready” Tu diaaa .Tepat masanya nampak macam ulat beluncas semuanya berbaju hijau pucuk pisang dah siap tunggu untuk bergambar depan rumah…dan depan sawah bendang…Bestnya raya ni semua ada bersama..
Selesai bergambar, semua berkumpul di ruang tamu untuk upacara berikutnya, doa selamat dan sessi bersalaman serta bermaafan ,mula ngan mak dan ayah, diikuti mama , abah,adik Z dan Maie,Rohani dan Usop,Rohaya dan Pozi,Zam dan Ila…pastu anak anak dan anak menakan(anak saudara) dari yang tua hingga yang paling kecil…Sesi paling best untuk anak anak untuk mengumpul sampul raya seblum sembahyang raya.
tengok entry di sini http://drzeze.fotopages.com/
Selepas tu sesi ziarah dan makan makan dan makan….. ziarah jiran dan keluarga terdekat…ke umah makngah Siah(kakak ayah) makan ketupat, ke umah maknjang Som ada laksam, ke umah kak Kiah makan nasik kerabu,ke umah makcikJah ada laksa..keumah jiran kak Piah ada tapai..pastu nampak dah ramai tetamu mula datang ke rumah bergegas kami balik….
Tengaharinya selepas zohor…pegi menziarah saudara mara yang jauh plak.Rombongan kami 3MPV,3kereta bayangkan ramainya macam ….. ehehe macam belalang juta yang menyerang tanaman…
Umah Wa Yam mak menakan mama merangkap mertua Rohani(adik mama ni kawin sepupu) kami makan laksa lagi.Pastu ziarah tok yang dah uzur di umah Pakcik Peli(raya ke ke 3 nak pegi meminang anak dia ni plak) then singgah umah Tokteh(my stepgrandmother yang tinggal sorang diri) sebelum ke rumah Maksu , adik ayah yang paling bungsu .Kami berjemaah maghrib di situ.
Kat umah Maksu memang wajib kena makan nasik walaupun dah ada laksa.(kena paksa dan kami pun rela ehehe).jadi bila sampai aje dia sedang kelamkabut ngan anak-anaknya masak nasik,goreng ikan puyu,ikan sepat dan ikan haruan kering,asam pedas ikan kembung.tumbuk sambal belacan cicah timun dan daun selom.Bayangkan sedapnya makan masa nasik panas panas gitu…terlupa yang perut dah penuh siang tadi…
Esoknya hari yang sibukk untuk buat open house ala ala cerita man laksa……

Salam…
Syok nye raya..Mudah2an kita dipertemukan lagi untuk masa akan datang..
Wassalam…
dear sis Ila,
insyaallah….Begitulah hendaknya.Hadif dah ok ke?
Hadif dah sihat.Rutin harian hadif sekarang ni,masuk umah terus main sepak bola ngan abah dia.Abah dia exercise nak kurus..(ruang tamu jadi padang).
Wassalam
salam perkenalan drzeze..
melompat daripada drNo-lovingdoc.blogspot…
seronok tengok gambar raya yur family tu!
salam kembali pada Ondeonde,
welkam to my bloq..Thanks for your comment.Pengalaman beraya di kampung just tulis kat sini supaya boleh dibaca sebagai ingatan hingga bila bila…memori diusia begini banyak yang ter’delete’…ehehehe
Pertama kali menjengah kat sini…
Dalam sibuk masih punya waktu menulis…Tahniah.
cerita menarik…semakin lama kita hidup…semakin banyak
kisah kehidupan diharungi.raya masa mengimbau kenangan silam…
Hanya gambar yang dapat merakam saat yang akan berlalu.Nostalgia.