ingatan pada yang tiada..

Di bulan yang mulia ini terkenangkan pada my junior Dr. Z yang dah 10 tawun pergi di usia yang begitu muda , disaat anak masih menyusukan, disaat masih menyemai kasih dengan suami tercinta…disaat senyumnya masih berbunga bila berbicara..di saat semangatnya masih membara menimba ilmu..pelajar pasca ijazah kesihatan awam.

12 tawun yang lalu sewaktu mama masih memegang jawatan Pegawai Kesihatan di sebuah daerah,Dr Z melapor diri untuk buat posting di daerah ini sebagai pelajar sarjana kesihatan awam sementara tugasan hakiki sebagai doktor dibahagian kesihatan awam masih di teruskan.(Walaupun tinggal agak jauh, 45 km perjalanan menaiki bas dari rumahnya, setiap hari tetapi beliau akan terpacul tepat sebelum jam 8pagi di pejabat berbanding sorang merinyu kesihatan awam yang selalu datang lewat walaupun tempat tinggalnya 15km perjalanan dengan alasan lampu isyarat merah menyala lama sangat masa dia lalu! )

Cekal dan semangat untuk menyambung pelajaran cukup tinggi menyebabkan sakit peningnya yang dialaminya dianggap biasa.Wajahnya yang sentiasa tersenyum itu rupanya menyimpan derita.Hingga pada suatu pagi mama tak nampak kelibatnya di pejabat pepagi seperti selalunya.Diapun tak call pun…mc ke cuti ke hingga mama bertanya pada sister(ketua jururawat) yang berada di pejabat.

“Dr Z sakit kepala ,ada berehat dalam biliknya”bagitau sister yang sentiasa sibuk dengan retennya .

“Kenapa ni?” tanya mama bila nampak Dr. Z terlentuk kepalanya atas meja.

“Sakit kepala, migraine cam biasa tapi sejak semalam rasa sakit sangat,”Dr Z nampak letih macam tak cukup tidur.

“Dah pernah buat pemeriksan terperinci ke sejak sakit gini ?”soal mama ingin tahu.Dia pun tak pernah bagitau mama yang dia ada ‘migrine’ sebelum ini.

“Dah jumpa pakar dah di Hospital TI(hospital daerah berpakar) selalu dia bagi painkiller, baru baru dia rujuk jumpa pakar mata bila saya bagitau matapun dah rabun..pakar tu syak ada yang tak kena pastu dia suggest buat CT Scan kepala.Dia dah kontek Hospital I yang ada CT scan tu tapi lambat lagi appointmentnya.Senarai menunggu panjang kata mereka.”cerita Dr.Z lagi.Hospital I adalah satu satunya spital ker’jaan yang ada CT scan masa tu di negeri ini jadi memanglah waiting listnya panjang berjela …..walaupun awak tu doktor tapi layanannya tetap sama saja.

“semalam sakit sangat saya dah tak tahan.. tengah tengah malam saya pegi kat emergency kat spital TI yang kebetulan dekat dengan umah, sedih sangat layanannya…doktor kat situ siap sindir lagi katanya saya datang malam malam ni nak MC.Tapi saya bagitau saya sakit sangat saya takperlu MC”keluh Dr Z yang sangat kecewa diperlakukan begitu oleh rakan seprofesen dengannya.

Oleh kerana mungkin banyak kes yang datang kat emergency malam malam walaupun tak urgent sakitnya ,pening perut la senak kepala la dengan tujuan nak dapat MC menyebabkan kadang kadang doktor kat situ main borong je tuduhannya.Ingat semua yang datang pening sakit kepala malam malam tu nak MC dan termasuk Dr. Z teraniaya!kena tuduh sama…

Bila dengar cerita Dr Z mama jadi risau nak tunggu appoinmen scannya yang lambat lagi entah bila.Simpton/tanda tanda dah ada kalau kalau lah….ada ketumbuhan dalam kepala.Tiba tiba mama teringat Hospital Tentera di Lumut yang ada fasiliti CT scan.Why not cuba try tanya tengok kot kot depa di sana boleh bantu?Mama call doktor di sana ,perkenalkan diri minta jasa baik depa untuk buat scan pada doktor yang dah jadi patient ni.Alhamdulillah depa setuju untuk buat segera..esoknya!Terima kasih terima kasih pada pengarah nya!jasamu dikenang.

Keputusannya ..confirm ada growth kat atas pituitari gland dah menekan urat saraf matanya .Neurosurgeon (pakar bedah sarafotak) kata kena dan perlu di bedah segera.Ketumbuhannya dah berakar tak dapat dibuang semuanya Dr. Z pergi 9 bulan selepas itu..meninggalkan 3orang anak termasuk yang kecik masih menyusu dan seorang suami serta sebuah rumah yang baru di duduki. Innalillah..

pituitarygland.jpgpituitary8.jpg

pituitary gland

8 Responses to “ingatan pada yang tiada..”


  1. 1 ila October 6, 2007 at 1:44 am

    Salam…

    Tersentuh hati baca artikel kali ni. Semoga family Allahyarhamah (especially suami & anak2 nya) sentiasa tabah mengharungi dugaan hebat dari Allah itu..Al-fatihah

  2. 2 tokasid October 6, 2007 at 3:32 am

    Salam Zu:

    Aku sedih cerita ni. Lebih sedih how she was treated. I mean, she is a medical officer! Takkan Ipoh tak boleh percepatkan. Kalau Telok Intan Radiologist call direct kat Ipoh Radiologist tentu boleh buat stat.
    kalau harap MA buat appointment memang lambat lah.

    Tu yang aku ralat sangat. kalau seorang pegawai perubatan dilayan begitu, apalagi kalau makcik pakcik, apek nyonya dari pendalaman?

    Macamana anak2 Allahyarham sekarang? Tentu dah besar-besar bebudak tu

  3. 3 drzeze October 6, 2007 at 6:00 am

    salam to Ila,
    entah kenapa tiba tiba teringat ngan arwah,pukul 1.00pagi tulis entry ini.
    Alfatihah untuk arwah.Semuga kamu sejahtera di sana.

    Salam to Tokasid,
    itulah yang terjadi dan sedang terjadi.Mama sendiri dapat banyak kes kes begini yang datang kembali bila di rujuk ke emergency depa buat tak reti sebaliknya marah kononnya pasai apa p GP(bodo sangat ke kita yang jadi GP ni?.depa tak tau ke pengalaman tu lebih berguna dari texbook yang depa baru habih studi…errr bukan nak mancungkan hidung yang tak tinggi ni tapii tu ler realiti).Akhirnya terdesak terpaksa call specialist sendiri bila bagitau keadaan patient and my finding..suruh send patient urgently via emergency jangan lupa tulis kat referral dah speak to Dr sekian sekian…huh! sampai macam tu sekali?
    Mama yang pernah duduk dalam komiti mengkaji maternal mortality, perinatal mortaliti memang kadang ngeriii.

  4. 4 dbi October 6, 2007 at 7:30 am

    salam n selamat hari raya…

    sedih kan?? bukan DR patut ada priority ker???

  5. 5 elviza October 8, 2007 at 6:58 am

    Salam Doctor,

    I am Elviza of Write Away. Terima kasih atas sokongan dan nasihat doktor pada kami during our most difficult time. Luqman and I are forever grateful. Semoga Allah memberkati hidup Puan sekeluarga.

    I am so sorry to read this posting about your friend. Al fatehah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

  6. 6 drzeze October 9, 2007 at 12:14 am

    salam to dbi,
    terima kasih kerana jengok di sini.Selamat hari raya to you and your famili too, especially sicomel Iddin

    salam to Sis Elviza,
    Nice name Elviza.Thanks for your visit here.Hope Luqman will sihat sentiasa dengan kasih yang melimpah ruah dari mama and papanya.

  7. 7 RAZAK RAMLI November 2, 2007 at 2:04 am

    Terima kasih yang teramat buat semua doktor.
    Memang saya biasa dengar ada Doktor sampai malam merawat pesakit di Hospital… tetapi bila anak doktor tu sakit…isterinya yang terpaksa hantar ke kelinik swasta.Kerana bapanya sibuk merawat orang lain.Amat sedih jika doktor tiada priority di Hospital tempat dia menabur bakti.

  8. 8 drzeze November 2, 2007 at 9:11 am

    salam to Razak,
    begitulah realitinya..

Leave a Reply