Archive for May, 2007



kawin tapi tak pernah jumpa…

pelik tapi benar…

Cina senget tukang cat  umah mama dulu bergegas datang dengan motor kapcainya ke umah baru baru ni…

‘betul ke lu mau cat lumah?

haiya..cepat betul depa respon, baru tadi jumpa tukang paip,Kili kat kedai logam saja saja tanya no enpon tukang cat  tu….tup tup dia dah mai tanya .belum sempat mama tepon pun.

‘mau cat bilik anak saya saja, lu bizi ka sekarang?’tanya mama.Tukang cat yang senget kepalanya sangat teliti dalam kerja mengecatnya.memang mama puashati dengan kerjatangannya.Untung kepalanya senget tak la lenguh dia mengecat…pandai dia pilih profession….

’sikalang saya kilija itu Tokey babi punya lumah ,lu tau ka? itu 3 tingkat punya lumah, manyak busaq ooo..”dia bercerita.Mama angguk sebab ari tu  abah ada bawa  round round tengok umah tu.Tiga tingkat,guna khidmat interior decor lagi.Kat dinding luarnya di tampal tile yang tak tau brapa reganya.Cantik…

Memang mama minat dan suka  sgt pegi tengok/bizibody kalau ada umah baru di sekitar kawasan mama.Suka tengok cara depa menghiasnya didalamnya.

‘..lu kerja…  hari hari kerja .takda rehat.sudah kawin ka?saja mama nak test dia.

“ari tu sudah pegi legister. Itu amoi dari China, tokey dia bayar sepuluh libu( RM10,000.00 )kasi saya upah kawin.Saya pun taktau dia macam mana.Tak pernah tengok.3 bulan sikali tokey dia mali cop itu passport.Itu amoi kilija lain tempat’

maksudnya ,dia dah dikahwinkan dengan amoi dari China tapi ‘bini’ dia tu tak pernah jumpa, takpernah tengok ,tak pernah duduk sekali?cuma kawin pada namanya saja,supaya senang dapat duduk lama disini.kalau visa biasa sebulan sekali kena cop passport..betui ka?…

jangan pancut merata-rata…

sedang mama recite beberapa baris dari ayat ayat suci lepas sembahyang tiba tiba pintu bilik mama terbuka.Abah sedang baring atas katil…Tanpa menoleh kebelakang mama berhenti membaca, menyangkakan yang masuk tu ada lah ‘Kira’ kucing kami,mama terus berkata kepada Arif yang berada di sebelah mama,’ Adik jangan bagi ‘dia’ masuk , nanti di pancutnya merata-rata.”

Tiba tiba….

KAH!KAH!KAH!…….berderai gelak dari Abah dan Arif …terkekeh kekeh…

mama yang kehairanan … menoleh ke pintu dan terus…..kih! kih!kih!….yang berdiri kat pintu rupa rupa nya Angah     sedang senyum sumbing …bukan ‘Kira’, kucing mama yang dah nyanyuk , selalu asyik nak memancut je.

‘Sori Angah’…Our ‘KIRA’

Sejak tu Arif selalu ngusik Angah …” Jangan Pancut Merata rata”…sambil berlari dikejar Angah.

bukan kerana RM?

poster dah dicetak ,dah diedarkan….semua jemaah dan warga setempat dah dimaklumkan ,sejak 2 bulan yang lalu selepas ‘pak syeikh’ minta ditunda ke awal bulan Mei ini.Walaupun agak kecewa pada awalnya tetapi persetujuannya untuk hadir juga …memberi ceramah melegakan hati para jemaah di surau mama.Ya lah beliau seorang yang dikenali di TV,selalu dijemput dalam forum perdana, ada slot agama ditv,jadi ramai yang teruja menantikan ceramah beliau secara langsung di depan mata. Sehingga lah bila dihubungi untuk kepastian disaat akhir, begini jawapannya…..sms yang diforwardkan kepada mama oleh setiausaha surau…..

ustaz.jpg

Ya la kita yang kurang ilmu agama pun tahu…kalau kerbau kita pegang pada talinya, kalau manusia kita pegang pada janjinya…Tapi kalau ustaz sendiri memungkirinya……last minute nak cari penceramah untuk menggantikan tempatnya bukan satu isu tetapi alasan yang diberikan oleh ustaz ini kerana membatalkan bukan menunda ceramahnya terlalu remeh..terlalu kebendaan .Mama jadi susah hati.Jadi gundah gulana bila ada lagi ustaz bersikap begini , tidak berasa cukup dengan habuan diberi…memangpun yang kita offer pun bukannya sedikit untuk satu jam ceramahnya ,rasanya setaraf dengan gaji sebulan kerani …doktor yang buat locum pun dibayar ciput ~RM 4O untuk sejam khidmatnya..kecualilah dia nak samakan tarafnya dengan Mawi ke,dengan CT Nurhaliza.

Masa Dr SHarifah Hayati datang menyampaikan ceramahnya di surau mama baru baru ini, mama cukup sanjung kesantunannya,”berapa dibayarpun saya datang”,katanya lembut…Pulangnya terkesan hati mama bila Dr Syarifah Hayati sebelum masuk ke keretanyanya, menyatakan,”keramahan dan silaratulrahim yang ditunjukkan jemaah disini menyentuh hati saya”.Yang diucapkan dalam ceramahnya dan yang dipraktikkan pekertinya seiring.

pc290838.jpg

Begitu juga Saudara baru,Ustaz Riduan Tee yang ilmunya agamanya masyaallah…mungkin mengatasi kita yang Islam sejak lahir…pun tidak pernah bertanyakan berapa yang akan di bayar kepadanya sebagai syarat persetujuan untuk hadir berceramah di tempat mama..

“Tak ngapa ,kita jangan kecewa…duit yang ustaz tu tak mau, kita boleh buat awning untuk surau kita”…..semua jemaah bersetuju dengan saranan pengerusi.

‘kalau tak cukup , esok makcik nak bagi duit RM 200 untuk tambah mana yang perlu” jelas kecewa hasrat makcik tua yang nak mendengar ilmu agama dari penceramah kegemarannya. tak kesampaian….

untukmu ibu…

« Previous Page