Dalam menghayati Perjuanganmu Rasulullah
March 31, 2007 at 12:51 pm | In Uncategorized | 1 CommentCAHAYA SELAWAT-RAIHAN
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
Ya Rasulallah…
March 31, 2007 at 9:07 am | In untuk pengajaran | 1 CommentYaa Nabi Salam ‘Alaika
Artist: HADDAD ALWI
Album: Cinta Rasul
Song Category: Nasyid
Yaa Nabi salaam ‘alaika
yaa Rasul salaam ‘alaika
yaa Habiib salam ‘alaika
sholawattullah ‘alaika
Asyroqol badru ‘alainaa
fakhtafat minhul buduuru
mitsla husnik maa ro-ainaa
qoththu yaa wajhas suruuri
Anta syamsun anta badrun
Anta nuurun fauqo nuuri
Anta iksiiru wa ghooli
Anta misbaahus-shuduuri
Yaa habiibi yaa Muhammad
yaa ‘aruusal khoofiqoini
yaa muayyad yaa mumajjad
yaa imaamal qiblataini
nak bukti ?
March 30, 2007 at 4:25 am | In ya sakit apa? | 7 Commentsdapat phone call dari sorang client tanya,” kalau nak buktikan adik saya ni dah ditebuk tupai ka tidak. boleh ka?,Dia lari ngan boifren sehari semalam,kami dah jumpa.Tapi depa tak ngaku buat apa apa2″…Laa…apa kena mengena ngan tupai?Adik dia yang lari ngan boifren bukan dengan tupai.Tupai pulak yang salahkan…
Emi masuk wad lagi
March 29, 2007 at 7:40 am | In keluarga | Leave a Comment
Baru dapat mesej dari Anjang, ” Emi msk ubat hari ni.platelet 14K.Msk wad.Td dapat hamper dr polis.Mungkin 2hari msk ubat.Esk balik kut.Dia sihat.”
“Emi msk wat lagi.Long mai la.”mesej dari Emi , guna enpon abahnya.
“OK.Nanti long ajak Long Daa p“balas mama.
“Long , depa cucuk sakit la“..mesej Emi lagi
Emi anak menakan saudara mama dah 2 tahun dikesan mengidap ITP tahap chronic diusia 6tahun.Makin kerap pulak kena transfuse Immunoglobulin.Masa cuti Raya Cina hari tu , plateletnya tinggal 3K.Gum Bleeding.lepas transfuse ubat ,naik 102K.
‘Mama , nanti perut Emi kena belah ka?’sebak Anjang adik mama bila Emi dengar penerangan doktor tentang kemungkinan limpa nya di buang.Emi mula memberontak takmau dicucuk ubat.Anjang tepon mama minta pujuk Emi.
“Nanti Long bawa gameboy dan hadiah bagi Emi,nak tak?”pujuk mama ditalian.Alhamdulillah Emi mahu bekerjasama ngan Nurse pastu, ditambah lagi dapat hamper plak sempena Hari raya Cina.
Ini gambar Emi masa mama sekeluarga melawat di spital tempohari.
buku scrap Azim dan Roket angah
March 29, 2007 at 4:51 am | In Uncategorized | Leave a CommentSemalam Azim tido lewat nak siapkan buku scrap siviknya.Mama yang memang suka benar bila tengok anak anak mama buat buku scrap sebab itulah masanya depa akan baca suratkabar,belek satu satu helaian paper tu nak cari bahan.Kalau tidak nak suruh baca suratkabar memang zero…Tapi kesian tengok tersenggok-senggok dia cuba menyiapkannya…esok Azim ada peksa, pastu petang ada motivasi..pastu malam ada tuisen sekolah pastu…pastu…
Last last mama yang kena belek belek suratkabar pulak carikan bahan dan siapkan….Takpa kan cikgu?Sian anak mama….
Along dan angah memang mama dah boleh berbangga dengan buku scrapnya…along menang wangtunai RM 80 masa darjah enam, angahpun dapat cek besaq replika je jugak masa darjah enam dulu tapi sampai sekarang dah form 4 duitnya tak dapat lagi.Gurubesarnya pun dah bersara.Sian angah…Tapi usaha sekolah tu sangatlah mama hargai.
Malam sebelumnya, mama temankan angah buat projek sekolahnya juga ’Roket Berparachute’ sampai waktu orang dah bangun tahajjud..baru angah tido rasanya sebab mamapun dah tertidur….zzzzzzzzzzzzzzzzz….
Esoknya angah bagitau,di sekolah ,roketnya naik tapi parachutenya tak leh kembang….pehal?
bila nak siap ni?
March 28, 2007 at 5:06 am | In Uncategorized | 3 CommentsHospital baru Aloq Staq dengan nama Hospital Sultanah Bahiyah akhirnya siap juga.Sambil pot pet Samy Velu berperang mulut ngan Chua Sui Lek, dengan nafas lega JKR akhirnya menyerahkan kepada KKM.Pihak KKM pula janji nak belek belek tengok dulu sebelum boleh beroperasi.Kabarnya 6 bulan lagi….? itupun kalau segalanya berfungsi,suisnya, plaknya,mesinnya.Terima kasih pada Samy Velu sebab buat hospital dekat ngan kampung mama.walaupun mama dah dekat 20 tahun merantau tapi mama bersyukur dapat spital canggih macam tu jadi mercutanda masuk ke kampung mama….ayah ngan mak dengan bangganya akan bagitau,”Kampung kami dekat ngan spital baru Aloq Staq” pada sesiapa aja yang bertanya di mana depa tinggai.
Cuma ada satu yang ayah agak terkilan…jalan masuk ke kampung dah tak macam dulu lagi. jalan dua lorong yang berkilat berturap tar ~500meter hanya cantik dipandang dari jalan besar kemudian berakhir dengan jalan sempit satu lorong, berlubang dan berlopak untuk sampai ke kampung kami yang berada di tengah tengah sawah.Sudah beberapa kali ayah naik turun pejabat gomen nak minta peruntukan lebarkan, turapkan jalan….tapi semuanya hampa.Mungkin sebab pilihanraya pun lambat lagi ,,permohonan ayah sbg JKK kurang diberi perhatian…
mama yang pernah bertugas di pendalaman Kelantan 10 tahun dulu pun heran,sebab batas ban yang merentasi sawah padi menghubungkan dari satu kampung ke satu kampung di sana sebenarnya adalah jalan raya dua lorong yang sangat cantik berturap.Jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan jalan kampung di Kedah yang sangat daif seperti jalan kampung mama…
sayangmu kerana apa?
March 27, 2007 at 7:39 am | In untuk pengajaran | Leave a CommentSeorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir
menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya:
”Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir…
”Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya.
”Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.
Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalukembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja
dan berkata denganbahagia, “Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.
Dengan suara perlahan isterinya berkata, “Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir
bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang …”
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk
dibandingkan dengan oranglain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki… wallahua’lam…
“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.”
ingatan bagi ku yang lupa…
March 27, 2007 at 5:05 am | In Uncategorized | Leave a CommentWaktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan…
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa membaca pembuka surah2ku
(Bismillah),
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir
melupaiku.
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
dan waktu pun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, ALLAH S.W.T
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah “Al-Qur’an” kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri….
Dalam bisu dan sepi….
nilai diri
March 26, 2007 at 10:27 am | In keluarga | Leave a Comment“Kenapa?kalau kamu balik tengok nenek kamu yang sakit tu… dia boleh baik ke?…”herdik cikgu pikachu bermekap tebal dengan bengisnya.Kawan Azim yang tak hadir sekolah Jumaat lalu dan terlepas tuisen sekolah dengan alasan mengikut ibunya ziarah nenek yang sakit di kampung jadi bingung, terkejut disergah begitu….
“Mama, penting sangat ka balik tengok orang sakit macam kita selalu balik tengok makngah tu?”Tanya Azim selamba masa makan tengahari tadi.Kisah kawannya dimarahi cikgu kat sekolah tadi benar benar mempengaruhinya.
Mama sangat bimbang sikap yang cuba di tanam oleh cikgu ni yang sorang ni….Rasa lega apabila Azim percaya bahawa tindakan cikgu memarahi kawannya adalah tindakan yang kurang bijak sebenarnya.
Ilmu akademik yang dikumpul kenalah seiring dengan pekerti mulia wahai anakku..itulah yang membezakan kita disisi Allah….
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


