haruan makan anak
November 24, 2009 at 9:37 am | In cerita kedai kopi | Leave a Comment” Pantang lepa aja malam-malam dia akan menyusup masuk ke bilik anak pempuan saya yang nak ambik SPM tu…Dia cuba meraba dan memeluk anak saya,tak senonoh betul perangainya.
Bukan sekali dua begitu, dah selalu sangat.Bila anak saya kunci pintu biliknya malam-malam,teruk kami akan diamuknya..dia jadi ganas ,tendang sana, tumbuk sini tak bagi pintu bilik dikunci.
Tau la kederat bekas askar ni , Saya sebagai isteri dah tak sabar dah ngan perangai dia.Dia macam dah jatuh hati dengan anak dia sendiri hinggakan masa bersama saya pun dia asyik bayangkan saya ni anaknya, dok sebut nama anak saya tu “
keluh si isteri berusia lebih setengah abad ini mengadu.
Mengarut sungguh bapa tua ni.Sakit jiwa jenis apa ni?
Peliknya sang suami durjana ni tak sedikitpun menunjukkan rasa bersalah dengan perangai jahatnya tu sebaliknya dia rasa sepatutnya dia berbuat begitu kerana sebagai balasan menjaga anaknya dari kecik!…Gila!!!
Mama berkerut dahi heran campur pelik..Salah siapa?
Nak kata tak cukup ilmu agama ..kopiah sentiasa di kepala,tasbih ditangan, amal ibadat tekun tapi tidak mampu mencegah nafsu jahatnya.
Anak dara suntinya berpakaian menjolok mata ke di umah ke?
“Mana ada,dalam ramai-ramai anak dara saya 7 orang ,anak saya sorang tu yang suami saya minat sangat..anak saya ni bersekolah agama, bertudung labuh, di rumah pun dia bertudung litup depan ipar-duai.Kesian dia, tekanan betul ..dia sentiasa takut..ni tengah peksa pulak. ”
” Gamaknya ini akibatnya suka tengok filem lucah dulu kot.Masa muda dulu dia bukannya baik sangat.Masa kerja dulu dia suka sangat tengok filem-filem lucah walaupun jenuh saya melarangnya.Inilah kot balasanNYA”
kesimpulan si isteri ini , nampak sangat tertekan dan kecewa dengan perangai haruan makan anak ,suaminya.
Padanlah bertambah statistik sumbang mahram di negara kita..
Erti bahagia
November 24, 2009 at 8:59 am | In family | Leave a Comment
Saat paling indah dalam hidup bila apa yang kita inginkan menjadi kenyataan dan ..setelah sekian lama menunggu akhir Arif menamatkan penantian mama selama ini..terima kasih nak..tiada hadiah yang paling berharga yang mama harapkan dari anak-anak kecuali berjaya dalam pelajaran…itu penentu masa depan mereka..
dan Arif enggan melangkah keluar dari umah walaupun mama tahu di luar sana banyak sekolah yang lebih baik menunggunya..apakan daya : (
pre-school holiday ‘09
November 16, 2009 at 8:57 am | In family | Leave a Commentwah! diam x diam dah hampir hujung tahun..seminggu lagi cuti sekolah akan bermula..anak-anak menakan dah mula booking untuk berkumpul..semangat hari keluarga dah semakin membara.
cuma Lop dan Dikmira takboleh nak senyum lagi ..nak peksa SPM sebulan..good luck!.. jadi sebagai menghormati dan nak beri mereka fokus pada peksa our family day hanya akan diadakan selepas itu..insyaallah tarikhnya dah set..harap-harap tahun ini semua nya ada.
BerSuarasa di Kampung
November 1, 2009 at 4:22 pm | In family | 1 CommentTags: suarasa NTV9

salam ..lama gak tak buat entry baru..almaklumlah sekarang sibuk bercucuk tanam di FarmVille.ehehehe..
Hujung minggu berpeluang balik kampung lagi..kali ini lebih meriah bila team Suarasa NTV9 bertamu ke rumah mak setelah penat dengan Suarasa di Aloq Setaq..
jom tengok gambar…

bersama Syarifah Nor pengacara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) NTV9


team Suarasa NTV9

Along n Aziz Desa-pengacara NLKO


team Upin dan Ipin dari Les cCopaque

nasi lemak tanpa kopi o dengan ayam berempah edisi Zaharah dan mesup utara dari Yusup…dadih from mama

musim anak padi baru mula tumbuh di bendang dan anak =anak ikan bermain diair tenang…

peringatan bagi yang lupa-MAK KU SAYANG
October 13, 2009 at 5:24 am | In family | 8 CommentsMinggu lepas mama dan famili berpeluang balik kampung selepas bercuti raya ..walaupun rasanya baru je balik tapi rindu ngan kampung sentiasa berbunga..jumpa mak dan ayah yang dah berusia.

emak dan cucu-cucunya
Mak cam biasa akan kalut sediakan makan kegemaran..dan kali ni KakAnis dah bagitau mak sibuk buat ketupat palas lagi bila mama bersungut raya hari tu takpuas makan ketupat mak..

Bila sampai atas meja ada ketupat, dah masak seperiuk..masih panas-panas.. baru masak dan lahap sekali kami menikmatinya dengan rendang daging yang adik masak.

Mak bangun duduk dimeja bila mama bagitau ada beli kuetiew goreng kegemarannya..dulu mama selalu beli KFC bila balik tapi mama terlupa yang mak tak suka makan ayam KFC..jadi tanpa mama perasan itu bukan makanan emak..yang laju makan anak-anak Ribena ehehhee mak nak makan apa? yang selalu ingat makanan feberet kita…mak.
‘Awat ketupat mak jadi gini’ abah bersuara tiba-tiba ..baru mama perasan ketupat palas yang mak balut dah tak sekemas dulu..dah tak seketat dulu cam yang mak selalu komplen bila mama dan adik balut ketupat tu..yang jadi cam herot berot dan nampak nasi pulutnya terkeluar disana-sini dibucunya yang ber3 segi tu..tak kemas kata mak.Tapi kali ni ketupat palas mak dah sehebat dulu.
Tiba-tiba airmata mama jadi tergenang..Jadi sayu.Baru mama sedar Mak sebenarnya dah semakin tua… dah semakin letih..dah takmampu nak ikat ketupat tu kemas-kemas cam selalu… tapi mak tak pernah bersungut.Bila kami balik emak akan ligat di dapur sediakan itu ini …pastu dia akan berbaring di bilik ‘rakamannya’ bila semua makanan dah siap..
15 haribulan Oktober ni genap umur mak 64tahun..lagi dua hari moga anak-anak dan cucunya akan mengingati tarikh itu.Mungkin takder suprise kek cam yang Along dan cucu-cucunya lakukan pada tahun lepas tapi mudah-mudahan tarikh itu akan di ingati..
Puisi ini menceritakan segalanya ,…….
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. MakBila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. makBila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. makAku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. makBila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. makkalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. makBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. makBila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. makBila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakkuBila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. makBila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat akuBila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon makSelalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emakRenungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
peringatan bagi yang lupa
October 9, 2009 at 3:11 am | In motivasi | Leave a CommentBila dah masuk umur 40 tawun amalkan doa ini:(*yang telah diboldkan tulisannya)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: *”Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
surah Al-Ahqaaf :46:ayat 15

I know what u did last raya
October 7, 2009 at 5:52 am | In family | Leave a Comment
senja di kampung mama..
masih dalam raya mod..malas nak tulis panjang-panjang jom tengok gambar je kali ni..
ni mak dara yang takmakan jamu makdara..ehehe dulu dan

sekarang…

Terliurrrrr la pulak..biskut dah tinggal habuk dalam balang..

pakTeh jadi toke burger

Fimie dah taksabar nak makan..panas tu
masih mood raya..masa di umah my sis Che Rohani;



Umah Maksu

makan,makan dan makan


Aidulfitri ‘09
October 2, 2009 at 12:17 am | In family | 3 Commentsmasih dalam mood raya




tetamu yang sudi bertandang:-moga ukhwah berkekalan
Isman Hijjaz dan keluarga(Bie,Helma,Alia dan Faroq)-
Keluarga Abah

kawan along

kawan angah

2nd Raya Aidulfitri
September 29, 2009 at 3:48 pm | In family | 5 Comments
Raya pertama berakhir di rumah Maksu..cam biasa tiba disana dah nak masuk maghrib ..selesai semayang kami pulun nasi panas2 ngan asam pedas,puyu goreng dan ayaq asam cicah kacang botol@kacang kelisa.eh?cam de javu plak 2 tawun dulupun gini juga kan?
Raya ke2..persiapan open house.Menu meesup,ayam/burger/sosej BBQ dan ABC.
Mama ngan abah ke pasar borong mencari bahan untuk meesup..bestnya sebut je apa senarai yang nak dibeli semuanya ada..harga menakjubkan!namanya pasar borong kan..memang berbaloi.Balik singgah Giant beli sosej dan burger settle..
Rohani ngan suaminya mencari bahan ABC special..jangan lupa buah nau@kantor, kacang besar dan jagung tin
Zam ngan ayah pergi beli daging dan seangkatan dengannya..kelempung,perut untuk resepi gout la tu.
Bila tiba kat umah semuanya dengan tugas masing-masing..zup zap 35 ekor ayam untuk BBQ selesai diperap…sampai ada yang jatuh terlentang dari kerusi bersungguh menyiapkannya..ahahaha..kuah sup seperiuk besar siap dijerang…lobak masin siap dihiris..kacang ABC menggelegak direbus dalam periuk…anak-anak dan sepupu mengangkut meja dan kerusi….semuanya ready sebelum tengahari.
Nak pergi beraya plak umah Pakcik Peli..Pakcik jemput makan tengahari di situ..dalam gembira menerima kami Pakcik takdapat membendung sedih rindukan anak sulungnya yang masih enggan pulang walaupun dihariraya setelah berkeluarga.Dia rindukan cucu sulungnya yang belum pernah dilihatnya lagi..Kenapa keras sangat hatimu nak?Makcik menyeka airmata bila mama minta dia doakan anaknya dilembutkan hati untuk kembali kepangkuannya semula..jangan disumpah anak itu maafkan silapnya..mohon bukakan pintu hatinya untuk kembali mengenang ikatan kasih anak-ibabapa selama ini…Tapi bukan semudah itukan?………..
Pastu ke rumah Ton, anak maksu yang buat open house ..terpaku tengok umah teres yang dia ubahsuai sendiri dengan suaminya..dari menukar jubin lantai hingga ke plaster siling semuanya mereka lakukan sendiri! dan hasilnya menakjubkan kami semua!Hingga terlupa nak menjamah menu hari tu kerana terpesona dengan hasilkerja mereka mengalahkan Eric Leong…Agak-agak kalau jemput anjung seri nak ke mereka datang?ehehe..

Ton dan husbannya..betul kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan..dan hasilnya..design foyernya..


Then petangnya semua kembali ke rumah untuk persiapan terakhir open house malam itu..sebelum tu jom nikmati senja di kampung mama..cantik tak?


malam itu…seperti pasar malam meriah!semua saudara mara berkumpul makan-makan


ABC antik mesin aiskacangnya..manual guna tangan ja bukan letrik..teringat makan ais kepal yang selalu dibeli selepas balik sekolah dulu-dulu guna mesin ni la jugak.Teruja anak-anak menggunakan walaupun mesin tu suka ‘berlari’ diatas meja yang licin tu..
Dekna dan Ajim bertugas..eh? mana Makteh tekongnya?ehehe

anak-anak yang teruja dengan kehadiran Fimie pelakon Hikayat Putera Syazlan/pengacara nasi lemak kopi ‘o’

Raya Aidulfitri ‘09
September 28, 2009 at 9:39 am | In family | 3 CommentsTags: raya 2009
salam semua..entah kenapa kebizian melampau hingga x sempat nak update blog..citer raya belum reda..sambutan raya antara kita memang berbeza, ada yang memilih untuk beraya bersama keluarga sendiri sahaja ..ada yang lebih suka beraya beramai-ramai bersama adik beradik sepupu-sepapat..
Apapun mama dan abah dah seia sekata selagi ada hayat emak dan ayah…serta mertua masih ada insyaallah sambutan pagi raya sewajibnya bersama mereka ,secara bergilir ..jadi raya aidulfitri tawun ini disambut diumah keluarga mama di utara..
Tema kaler tawun ini warna ‘Turquoise’=blue-green(chemical formula CuAl6(PO4)4(OH)8·4H2O) melambangkan kesepakatan kami walaupun adik Melia,yang darjah satu tu, anak si Rohani mungkin warna itu agak asing dan susah sikit nak bagitau kawannya warna tu..warna ‘tortise’ jadinya..ehehehe..
Walaupun mama masih pening-pening lalat cuba menyiapkan nasi dagang dan gulai ikan mamu@tongkol sebagai juadah pagi raya hingga bocor hangus periuk kukus mak tapi lega bila nampaknya sambutan yang diberikan terhadap menu itu..pastu cam biasa semua duduk keliling ayah dan emak bertahlil,bertahmid diAidulfitri.

bersalaman,dan yang dinantikan anak-anak…duit raya..ehehehe

bergambar kenangan..sebelum sembahyang raya

cucu-cucu wan yang happening..

menyambut Along yang turun dari kayangan..

dan kerumun motor Hapit di tepi bendang

aksi biasa ditepi bendang..

Kalau biasanya bergambar raya atas sofa..sekali sekala kita bergambar di luar umah plak kan


Always my son

Dan Akmal yang dah ‘jatuh hati’ ngan keluarga mama..
Emak dan cucu-cucunya beraya di umah Tokteh yang dah uzur

Raya ke-2 buat open house plak..bersambung…
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.